“Terima Kasih ALLAH  Pinjamkan Suamiku Buat Ku.” Sibuk Shoooting, Jasmin Hamid Tetap ‘Curi Masa’ Sambut Hari Lahir Suami

Share

Lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya pelakon Jasmin Hamid baru-baru ini selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, yang juga pembantu peribadinya.

Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.

HAPPY BIRTHDAY Encik Sayang.

“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku. Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya.

“Lain bebenor rasanya,” ungkap Jasmin sambil berkongsi gambar suami memotong kek.

Memandangkan dia sibuk dengan shooting, jadi sambutan hari lahir suami dibuat di set penggambaran.

Begitupun, Jasmin tetap memanjatkan kesyukuran kerana diberikan rezeki meraikannya sebagai suami isteri buat kali pertama.

“Apapun keadaan,kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab..

“Terima kasih pada teman-teman di set #cintaamnesia. Happy Birthday juga pada December Babies,” ujar Jasmin lagi.

Sumber: jasminhamidjh

IKLAN