Lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya pelakon Jasmin Hamid baru-baru ini selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, yang juga pembantu peribadinya.
Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.
“HAPPY BIRTHDAY Encik Sayang.
“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku. Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya.
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu yang bekerja mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk juadah berbuka bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu Kerapu Kukus Asam Boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya waktu berbuka nanti. Jom ibu-ibu cuba resipi ini!
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sehari dua ini kita ada terbaca perkongsian kurang seronok malah membuatkan kita turut berasa marah dengan kluster oversea yang dilihat jauh sekali adab dan akhlaknya jika ingin dibandingkan dengan kluster tabligh.
Warganet sekali lagi tergamam apabila membaca perkongsian daripada Doktor Sakinah Sulong. Seakan tidak masuk akal, golongan ‘turun dari kayangan’ ini sanggup melontarkan kata-kata jelik kepada petugas-petugas kesihatan yang membuat pemeriksaan.
Baca perkongsian penuh ini dan pasti ramai antara anda turut berasa marah, geram malah menyampah dengan sikap golongan tersebut.
Kami Bukan Anjing
Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.
Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.
Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.
Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi.
Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.
Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!
Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami.
Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.
Kuali atau periuk kesayangan bocor pasti membuatkan ibu-ibu berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di