Kuali atau periuk kesayangan bocor pasti membuatkan ibu-ibu berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.

Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.

  1. KAPUR MASAKAN

Ikut Cara  Ini Jika Mahu Tampal Periuk Bocor. Cukup Mudah Hanya Guna Bahan Semula Jadi Sahaja.

Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.

Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.

Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.

  1. ASAM JAWA

Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.

Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.

  1. KULIT PISANG

Ikut Cara  Ini Jika Mahu Tampal Periuk Bocor. Cukup Mudah Hanya Guna Bahan Semula Jadi Sahaja.

Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!

Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.

Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!

  1. KERTAS ALUMINIUM

Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.

Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.

SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!

Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.

Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.

Sumber: Petua Ibu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI