Kita beruntung ada banyak jenis hidangan nasi. Bila pergi kenduri, tak selalunya orang hidang nasi minyak. Ada yang hidang nasi hujan panas, nasi tomato termasuk nasi mandy walaupun bukan menu Melayu.

Kadang-kadang teringin nak rasa menu nasi yang tak pernah cuba lagi. Ala thai, ala arab atau ala china? Eh tapi semua tu ada ke menu untuk nasi? Tentu lah semua bangsa pon ada menu nasi tersendiri termasuklah mat salleh kan.

Kalau nak cuba menu baru boleh cuba menu nasi khomok. Apa tu nasi khomok? First time dengar ke? Nasi khomok ni berasal dari Thailand atau Siam. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.

Biasanya orang Kelantan dah pernah makan. Tambah lagi yang selalu pergi jalan-jalan di kawasan Golok dan Rantau Panjang. Haa dah dengar penjelasan ni tak terliur ke nak cuba? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan di bawah.

Nasi Beriani Popular Di Golok, Jom Cuba Buat Nasi Khomok Wangi

RESEPI NASI WANGI THAILAND 

BAHAN-BAHAN:

-Ayam dipotong, cuci bersih dan kemudian toskan

Nasi Beriani Popular Di Golok, Jom Cuba Buat Nasi Khomok Wangi

BAHAN PERAPAN AYAM:

-4 batang serai
-Ketumbar
-Kunyit hidup & serbuk
-1 labu bawang putih
-Halia
-1 sudu tepung gandum
-Sedikit pewarna merah
-Sedikit garam secukup rasa

CARA MEMASAK AYAM:

IKLAN

Nasi Beriani Popular Di Golok, Jom Cuba Buat Nasi Khomok Wangi

-Kisar bahan perapan dan gaulkan pada ayam
-Biar perap selama satu jam dan goreng ayam

BAHAN NASI KOMOK:

-1kg beras basmati yang dibersihkan kemudian toskan
-Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit)
-Kulit kayu manis
-Bunga lawang

CARA MEMASAK NASI:

-Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau
-Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras
-Letak gula, garam atau secukup rasa
-Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak

IKLAN

BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):

-2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
-1 sudu serbuk kunyit
-1 sudu serbuk jintan manis
-1 sudu serbuk jintan putih
-1/2 sudu serbuk kayu manis

CARA MENYEDIAKAN:

Nasi Beriani Popular Di Golok, Jom Cuba Buat Nasi Khomok Wangi

-Satukan semua rempah

BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:

IKLAN

-3-4 ulas bawang putih
-4 biji cili merah
-5-6 biji cili padi
-Akar daun ketumbar
-Sedikit garam
-Gula
-2 sudu cuka
-Air

CARA SEDIAKAN SOS:

-Kisar halus semua bahan-bahan
-Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN:

-Boleh hidangkan semua bahan yang telah dimasak

-Boleh makan seperti biasa

MESTI BACA: Menu Open House Untuk Perantau, Jom Cuba Resepi Kuzi Ayam Kelantan

Kerabu Ayam Sedap Untuk Ratah, Wajib Cuba Resepi Ini

Resepi Sup Wonton Ayam Ala China, Sedap Makan Panas Panas

SUMBER GAMBAR DAN RESEPI: Rasa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI