Desas-desus sebelum ini yang meneka pelakon dan hos popular, Elly Mazlein kini sedang berbadan dua ternyata benar.
Ia disahkan sendiri oleh empunya diri dalam satu perkongsian di laman Instagramnya.
Menurut Elly atau mesra dipanggil Kak Lina, doa semua akhirnya dimakbulkan untuk melihat dia menimang cahaya mata lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh.
Bismillahirrahmannirrahim..
Ads
Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah x lama lg akn hadir Nyawa kecil dlm keluarga kami
Atok akn dpt cucu lg .. Papa akn dpt seorg lagi anak manja dan Kakak Manja akn dpt Adik ( tp kakak Manja mintak “Sister” 🤗.. mana² pun xpe,Hanya menDoakan Baby sihat & dipermudahkan)
Dan Mama x saba nak menjaga Kesemua Nyawa Suri Hati ni
Ads
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Terima kasih di atas Doa, wahai kesayangan smua .. Terima kasih sentiasa bersama sy dari saat getir hingga Saat Pelangi kebahagian dtg menerpa .. Doa sy ,agar Allah permudahkn urusan anda smua ..
Dan akhir sekali jawapan bg smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant Terima kasih ❤❤❤
Perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah oleh rakan selebriti dan juga peminat Elly Mazlein.
elizadsharifuddin Alhamdullillah kakak ku . Moga dipermudahkan segala nya utk mu . Lapchuuuu kakak ! Thank u so much hadiahkan kita “ supplement “ dari mu . Doakan utk kita juga . Aaaa aiiii cryyyy , 🥲 so happy for u ❤️❤️❤️
missfazuraCongratulations my sweetheart Elly. Praying Semoga dipermudahkan segalanya for you and baby. InsyaAllah mudah mudahan.. Aminnn 🤲🏻💖💖💖✨
ardellaryana Masyaallah Alhamdulillah kak !!! ❤️❤️❤️ Semoga Akak sentiasa dalam lindungan nya Aamiin. Sihat sentiasa dan selamat semua nya ✨ . Love u kakak !!! 🤩
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Tular baru-baru ini di sosial media, seorang wanita mencari topi keledar arwah anaknya yang dipercayai hilang ketika pemuda itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Topi keledar itu adalah kenangan yang paling bermakna buat keluarga arwah.
Memetik laporan Harian Metro, arwah iaitu Muhammad Danish Irfan Mohd Tajul Syahrizal, 19, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika menunggang motosikal.
Menurut ibu arwah, Norazlina Abdul Aziz berkata insiden tersebut berlaku pada 6 Julai lalu semasa arwah dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Pandan Dalam ke tempat kerjanya di Selayang.
Mama angankan tangan Abang Ngah (arwah) akan pimpin tangan mama sampai mama tua. Siapa sangka hanya sementara Allah beri mama rasa itu. Nanti tarik tangan mama masuk syurga ya sayang.
Anak kedua daripada tiga adik beradik itu adalah anak lelaki tunggal dan merupakan harapan keluarga setelah wanita tersebut kehilangan suami tercinta yang meninggal dunia akibat barah paru-paru.
Semasa usianya 16 tahun, saya harapkan anak ini boleh ganti tanggungjawab arwah suami. Saya tengok dia memang sangat melindungi keluarga terutama apabila ada orang cakap bukan-bukan pasal saya.
Tapi sekarang tempat saya bergantung harap sudah tak ada, cuma doa dapat saya berikan untuknya. Bukan tak reda, tetapi saya masih perlukan masa mencari kekuatan untuk menerima kenyataan ini.
Norazlina menyatakan dia kini masih terkenangkan arwah dan terkilan kerana tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran anaknya pada 18 Ogos lalu.
Untuk hari jadi Abang Ngah tahun ini, hanya doa dan bacaan Yasin yang dapat mama hadiahkan.
Tak dapat lagi nak sambut macam tahun-tahun sebelum ini.
Dalam pada itu, wanita tersebut masih lagi berusaha untuk mencari topi keledar bertutup penuh berwarna merah (jenama Zeus) dengan meminta bantuan orang ramai menerusi sosial media.
Saya merayu kepada sesiapa yang terambil helmet (topi keledar) arwah anak semasa kemalangan itu, pulangkan semula kerana puas kami cari di lokasi nahas, tetapi tak jumpa.
Kalau ada yang terbeli dari seseorang, saya juga sanggup bayar semula duit itu.
Helmet itu sangat berharga bagi saya kerana itulah kenangan anak saya, barang kesayangan arwah yang dia usaha beli guna duit gaji sendiri.
Tiada siapa menyangka, itulah hari terakhir dua orang anggota polis ini menjalankan tugas, sebelum kedua-duanya terlibat dalam kemalangan maut. Kira-kira pukul 5,30 pagi semalam, dua orang anggota polis L/Kpl Saifullah Bin Mohamad dan L.Kpl Mohamad Johari Bin Rosli maut dirempuh sebuah lori membawa roti ketika sedang mengemas sebaik selesai melakukan sekatan jalan raya di laluan berkenaan.
Berkongsi momen terakhir sebelum suaminya maut, Norhafiza Binti Fazil, 28, balu isteri kepada Lans Korperal Mohamad Johari Rosli, teringat arwah suaminya sebelum itu memujuk anak sulung lelakinya yang berusia 4 tahun sebelum keluar bekerja malam sebelum hari kejadian.
“Hari ini ayah ‘last’ kerja”. Itu kata-kata terakhir yang diucapkan Lans Korperal Mohamad Johari Rosli, 32, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih di sini awal pagi tadi.
“Suami saya mula bertugas pada jam 12 tengah malam hingga enam pagi, jadi memang kebiasaannya bila dia kerja malam anak-anak tidur lambat untuk bermain dengannya.
“Jadi sebelum keluar dari rumah, anak saya ada merajuk suami mahu keluar bekerja, jadi itu yang dia kata malam ini sahaja dia ‘last’ bekerja dan berjanji untuk bawa anak saya keluar gunting rambut esoknya,” katanya.
Norhafiza berkata, dirinya mula khuatir dengan keadaan suaminya apabila anak sulungnya tiba-tiba terjaga pada jam 2 pagi kerana ketakutan tanpa memberitahu sebarang sebab.
“Anak saya tiba-tiba datang kata dirinya takut, saya tenangkan dia dan kami kembali tidur sebelum saya bangun semula pada jam 6 pagi untuk kerjakan solat Subuh.
“Masa selesai solat, tiba-tiba saya menerima pesanan ringkas dari rakan-rakan yang juga isteri kepada anggota. Mereka tidak maklumkan suami sudah tiada tetapi cara mereka bertanya khabar seperti itu membuatkan saya betul-betul tidak sedap hati,” katanya.
Katanya, sejam selepas itu dia dan keluarga kemudiannya didatangi dua anggota yang memaklumkan suaminya telah terlibat dalam kemalangan dan perlu pergi ke Pusat Perubatan Forensik di HSI.
“Masa ini pun saya tidak dimaklumkan apa-apa, cuma mereka (anggota polis) mahu saya ikut ke HSI. Dalam perjalanan ke sana pun saya terima panggilan daripada bapa mertua yang menyuruh saya bersabar.
“Dari itu fikiran saya memang sudah tidak menentu, memang dah fikir bukan-bukan sehinggalah dimaklumkan suami saya sudah tiada,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak Muhammad Haziq Hakimi, 4; Nur Hassya Adrina, 3 dan Nur Hanna Aleesya, 11 bulan.
Terdahulu jenazah Allahyarham bersama rakannya itu turut disembahyangkan di Surau IPD Seri Alam sebelum dihantar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Minyak, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.