Sebelum ini pernah tular tentang wanita hebat, Norfarrah Syahirah Shaari yang mampu menguruskan kehidupan sendiri termasuklah memandu kenderaan walaupun tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.

Dia yang sudah bertemu jodoh dengan kekasih hati, Zulfadli Syahrul pada Julai lalu telah mendapat ucapan tahniah serta masing-masing mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Baru-baru ini, Norfarrah ada memuat naik satu video di aplikasi Tiktok miliknya yang memaparkan dirinya dan suami sedang makan di dalam kereta.

Apa yang membuatkan ramai terharu adalah setiap kali wanita itu makan akan disuap oleh suaminya dan kapsyen Norfarrah yang mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana telah sudi menjadi ‘tangannya’ apabila menyuapkan makanan serta tidak kisah berkongsi juadah bersama-sama.

“Terima Kasih Suami Berikan Tangan…” Suami Norfarrah Bantu Suap Makanan Undang Sebak Warganet!

“Terima kasih suami berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku…Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita,” tulisnya.

IKLAN
@norfarrahsyahirahshaari Terima kasih suami @ZuL berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku.. Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita❤️❤️ #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #fypシ ♬ ιѕтιнaraн cιnтa – HLols

Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh melihat si suami menyuap isterinya dan  akui turut terharu dengan kebahagiaan yang dikecapi pengantin baru itu. Mereka juga turut menitip doa buat pasangan ini kekal bahagia selamanya.

“Terima Kasih Suami Berikan Tangan…” Suami Norfarrah Bantu Suap Makanan Undang Sebak Warganet!“Terima Kasih Suami Berikan Tangan…” Suami Norfarrah Bantu Suap Makanan Undang Sebak Warganet!

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2023 di Bagan Datuk, Perak. Difahamkan, mereka telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu dan mengambil keputusan bergelar suami isteri selepas masing-masing ikhlas menerima pasangan mereka seadanya.

IKLAN

Sumber: TikTok norfarrahsyahirahshaari

“Terima Kasih Suami Berikan Tangan…” Suami Norfarrah Bantu Suap Makanan Undang Sebak Warganet!

MARI MEWARNA MERDEKA

IKLAN

Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:

1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan

Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.

Daftar sekarang! Tempat TERHAD

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI