Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap hari akan panjang umurnya lima tahun.
Fakta tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungkait antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Kajian mendapati, seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Ads
Oleh itu suami yang ingin isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
Hubungan seks dengan penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk kekal awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Ads
Fadhilat mencium suami
Apabila isteri bersalaman dan mencium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga jika dia kucup dahi isteri. Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami atau dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga yang bahagia pastinya idaman semua pasangan suami isteri.
Namun pastinya ada cabaran yang ditempuhi. Saling berbincang dengan pasangan antara cara untuk kekalkan keharmonian rumahtangga.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan ini. Apabila pasangan yang tiada komunikasi dan berbincang secara telus boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Malah ada yang membawa kepada penceraian!
Kisah sepasang suami isteri ini harus dijadikan iktibar apabila suami terpaksa berhutang demi kepuasan isteri.
Akhirnya, keluarga berkenaan telah hadapi masalah kewangan hingga isteri menuntut cerai!
_____________________
ISTERI TUNTUT CERAI
Seorang lelaki hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat. Di tangannya kemas menggenggam segulung kertas. Mungkin itu surat saman. Tak tahulah apa kesnya.
Setelah selesai prosedur di kaunter, beliau dibawa masuk ke bilik khidmat nasihat. Di sana suasana tenteram. Ditemani sebuah meja, kerusi dan sekotak tisu.
Saya rangkul buku catatan dan beberapa akta dan enakmen berkaitan. Biar ada rujukan. Mana tahu tengah sesi nanti saya perlukan.
Bilik khidmat nasihat saya masuk dan memberi salam. Lelaki ini menjawab salam saya. Kepalanya sedang tunduk. Matanya berkaca. Melihat saya beliau bangun dan menghulurkan salam.
“Waalaikumsalam. Eh takpa encik. Duduklah”
Mata yang berkaca tadi dilap semahu mahunya. Mungkin malu seorang lelaki menangis. Ya. Memang ramai lelaki yang hadir. Jarang yang menangis. Rata rata memang pandai cover.
“Ustaz, tolong saya..”
Suara lelaki ini lemah. Mukanya keruh. Rambutnya kusut. Tangannya kuning. Pelik juga saya. Dia buat apa sampai kuning begitu.
“InsyAllah, saya akan tolong. Sekejap ya”
Saya salin semua maklumatnya dalam buku catatan. Catatan ini amat penting bagi orang yang pelupa seperti saya. Nanti kalau dia datang lagi tak perlu saya soal lagi. Pengalaman mengajar saya begitu.
Setelah selesai. Saya meneliti borang khidmat nasihat yang lelaki ini isi. Didalamnya, beliau tanda permohonan khidmat nasihat bagi kes “Permohonan Cerai”. Seksyen 47. Ohh.
“Ustaz, isteri saya tuntut cerai. Saya masih sayangkan dia dan anak anak. Anak kami lima orang. Yang paling bongsu baru setahun. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa isteri dan anak anak. Ustaz, tolong saya..”
Saya dah agak. Tepat sangkaan saya. Segulung kertas yang digenggam tadi sememangnya saman dan permohonan cerai. Turut disertakan iqrar dari si isteri.
Lalu dokumen itu saya minta darinya dan saya teliti. Sebaris demi sebaris borang Jawi 6 dan ikrar sang isteri.
MASALAH KEWANGAN KERAP BUAT PINJAMAN
Lalu fahamlah saya, isterinya menuntut perceraian atas faktor tidak sefahaman. Di dalam ikrar dijelaskan panjang lebar. Semuanya berpunca dari nafkah yang tidak mencukupi. Untuk mendapat kepastian, saya bertanya adakah benar dakwaan isteri tersebut.
“Betul ustaz. Saya memang akui. Sejak setahun yang lalu saya tak dapat sempurnakan nafkah kepada isteri. Tapi bukan saya sengaja. Setiap bulan gaji saya negatif”
Lalu saya teliti slip gaji lelaki ini. Ya Rabbi. Baki gajinya tak sampai empat angka. Anak 5 orang tu. Tinggal pula di bandar. Memang bukan setakat sangkut lagi. Tenggelam dah.
“Encik, kenapa sikit sangat baki gaji ni?kenapa banyak tolak? Loan apa yang encik buat ni?”
“Ustaz, semua anak saya bersalin di hospital swasta. Itu memang kehendak isteri. Saya tak cukup duit, tapi saya ikutkan sahaja kehendak dia. Sebab itu saya buat loan peribadi kat bank setiap kali isteri mengandung. Puas dah overlap.
Lepas tak boleh pusing, saya pinjam lagi kat koperasi. Duit kawan kawan pun banyak yang saya pinjam untuk beli barang dapur, susu, pampers semua. Masuk anak kelima ni pun saya pinjam lagi. Last last saya tak dapat pusing, saya pinjam ahlong. Saya memang tak dapat bayar. Hari hari diorang cari saya. Isteri saya tak tahan dan salahkan saya. Sebab itu dia tuntut cerai ni.. Ustaz tolong saya. Saya tak nak bercerai”
Kali ini lelaki ini tidak malu lagi. Air mata yang ditahan tahan dari tadi melimpah akhirnya membasahi pipi. Di saat ini kotak tisu yang bisu tadi amatlah membantu.
Allahu.
Saya tak tahu samada ceritanya itu benar atau tidak. Tetapi sebagai manusia biasa saya tetap simpati kepadanya.
“Beginilah encik. Kes ini baru peringkat sebutan pertama. Mahkamah akan tanya encik dahulu. Sekiranya encik tak setuju cerai, kes ini akan diteruskan dengan Jawatankuasa Pendamai di jabatan agama, kemudian jika tak selesai juga kes ini akan dibawa kepada Hakam keluarga. Tak selesai juga, Hakam kuasa penuh.”
Saya terangkan step by step Seksyen 47 dan 48 Akta Undang Undang Keluarga kepadanya. Bermula dari jawatankuasa pendamai hinggalah kepada lantikan hakam berkuasa penuh. Semuanya ikut prosedur.
MASIH SAYANG RUMAHTANGGA
Air mata mula dikesat. Lelaki ini mencatat step step prosedur yang saya terangkan. Dari jawatannya saya tahu. Lelaki ini bukan calang calang orang. Bijak. Tetapi bila tiba masalah rumahtangga begini, tak katalah. Siapapun akan buntu.
“Encik, masalah apapun yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian. Sabar ya. Cubalah bincang elok elok dengan isteri. Mana tahu dia tertekan. Tak kata kat dialah, siapa yang tak tertekan kalau ahlong asyik datang rumah” saya memujuknya.
Lelaki ini terus lap air matanya. Tisu yang basah dipegangnya tadi mula menguning. Pelik saya.
“Encik, maaflah saya nak tanya, kenapa dengan tangan tu? Pasaipa kuning”
“Ohh, begini ustaz. Isteri saya dah keluar rumah dengan anak anak semua. Dia balik rumak mak ayah dia. Saya dok sensoranglah kat rumah tu. Jadi saya kononnya nak masaklah sebab jimat sikit. Dah gaul ikan dengan kunyit.
Tiba tiba ada orang ketuk pintu rumah. Saya basuh tangan lebih kurang sajalah. Bukak pintu ada sorang hantar surat ni ha. Minta saya sign.
Lepas baca surat ni saya terus hilang lapar. Sedih saya. Terus tak jadi makan. Call member dia suruh datang khidmat nasihat kat sini”
Allahu. Begitu kisahnya.
Selesai sesi khidmat nasihat. Lalu lelaki ini meninggalkan saya dengan sekuntum senyuman kelat. Sempat menitipkan ucapan terima kasih.
Saya tak tahu apa kesudahannya di Mahkamah. Saya juga tak tahu cerita sebenar apa yang berlaku antara mereka. Namun saya dapat belajar dua perkara.
KENA TAHU PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA
Pengurusan kewangan dan komunikasi suami isteri.
Ya. Itu key pointnya. Jika kita tak mampu, buatlah cara tak mampu. Jangan ikut trend orang.
Berbincanglah dengan pasangan terutama berkaitan pengurusan kewangan. Percayalah, ramai kini yang terjerat dengan hutang. Menyebabkan gaji mereka negatif setiap bulan.
Buat anda yang mempunyai sebarang masalah perundangan yang memerlukan nasihat, sila berhubung dengan kami di JBG. Untuk melayakkan anda mendapat bantuan guaman, anda mestilah:
●Warganegara Malaysia ; dan
●Bagi bantuan guaman dalam kes mahkamah anda mestilah :
✔️ Memenuhi kriteria yang ditetapkan
✔️ Lulus ujian kemampuan (sumber kewangan tidak melebihi RM50, 000.00 setahun); dan
✔️Mempunyai kes yang bermerit
Semoga tulisan ini memberi pengajaran buat kita semua.
Sekian wassalam.
Sumber: Anas Jamaluddin,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memberi gajet seperti telefon pintar dan tablet kepada kanak-kanak kini sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan ibu bapa. Jadi tidak hairanlah permintaan seperti “Ibu, nak main handphone”, “Mama, adik nak phone”, “Ayah, nak tab” dan macam-macam lagi kita dengar bila anak berasa bosan di rumah. Pasti telefon atau gajet yang dimintanya terlebih dahulu.
Akibatnya, anak-anak berkenaan menghabiskan masa berjam-jam untuk meneroka segala aplikasi dan permainan dalam gajet berkenaan hingga ada ibu ayah merasakan anak-anak zaman sekarang sudah tidak pandai atau bermasalah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana dunia anak-anak hanya dirinya dan gajet!
Memberi respon terhadap hal tersebut, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangannya di Twitter dan pendapatnya itu menarik perhatian warganet terutamanya bagi mereka yang bergelar ibu dan ayah.
Apa yang pasti, jangan kita sebagai ibu ayah menuding jari mencari salah daripada pihak lain, namun lupa untuk menilai dan melihat sendiri punca semua ini berlaku.
Antara punca yang diutarakan olehnya yang menjadi anak seorang pendiam, pemalu, kuat meragam dan sebagainya yang dikaitkan dengan kesan penggunaan gajet oleh sesetengah ibu bapa, hakikatnya adalah sikap ibu ayah itu sendiri yang awalnya tidak sabar melayan karenah anak atau pun sibuk dengan urusan sendiri.
Jelasnya lagi, ibu ayah cepat berasa bosan bila anak ulang-ulang soalan dan akhirnya kita juga yang minta anak jangan bertanya lagi. Kalau jawab sekali pun soalan tersebut, kita akan jawab ala kadar, sepatah dua sahaja. Itu yang bila hendak senang, kita beri gajet kepada anak-anak biar mereka tidak mengganggu kita.
Maksudnya di sini, kita sendiri yang ajar anak-anak kita tentang cara komunikasi yang salah. Bila anak itu menjadi masalah sosial, kita salahkan pula sepenuhnya pada gajet. Namun hakikatnya, pengawasan dan penggunaan yang betul boleh jadi platform yang baik untuk mendidik anak-anak.
Di dalam perkongsiannya juga, Dr Kamarul memberikan tip untuk ibu ayah agar dapat ‘tinggalkan’ emosi negatif dari tempat kerja di luar pintu dengan langkah-langkah berikut :
Perasan tak sekarang ni cuaca lain macam panas dia. Kan? Bila siang tengok panas terik nak keluar pun rasa malas! Apatah lagi bila malam, yang mana tidur guna kipas tu dapat la merasai bahang panas sampai nak tidur pun tak selesa!
Demi mengelakkan kita dan kelurga dari terkena pelbagai jenis penyakit seperti strok haba dan demam, jom ikuti tip dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk menjaga kesihatan sepanjang musim panas ini!
MENJAGA KESIHATAN SEMASA MUSIM PANAS
Minggu ini ramai yang mengadu cuaca agak panas, dan ia sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan orang ramai. Pada musim panas begini, ada beberapa perkara elok dia akan.
◾Banyakkan minum air kosong. Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi yang optimum untuk mengawal-atur suhu badan.
◾Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan bergula. Elakkan pengalambilan alkohol. Ini dapat mengelakkan dehidrasi.
◾Kerapkan mandi untuk menyejukkan suhu badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap.
◾Sentiasa berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan pelindung diri seperti payung, topi dan pelindung UV.
◾Tutup tingkap kenderaan ketika memandu. Gunakan pendingin hawa dengan memilih aturan(mode) kitaran udara dalaman.
◾Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera sekiranya anda demam, sakit kepala, lesu, pitam dan sebagainya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.