Ads

Faizal Ismail Sebak Lepaskan Puteri Sulung Jadi Isteri Orang

Detik anak melangkah ke alam perkahwinan sememangnya menjadi saat paling bermakna buat setiap ibu bapa. Walaupun hati dipenuhi rasa syukur melihat anak menemui kebahagiaan, sukar untuk menahan sebak apabila insan yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya memulakan kehidupan bersama pasangan.

Begitulah yang dirasai Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI apabila puteri sulungnya, Nur Khairina Iman, selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati, Haziq Zuhaimi, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Cyberjaya pada Jumaat.

Faizal Ismail Sebak Lepaskan Puteri Sulung Jadi Isteri Orang

Lebih bermakna, Faizal Ismail sendiri menjadi wali kepada anak kesayangannya itu. Momen penuh emosi tersebut dikongsikan menerusi video yang dimuat naik di Instagram Zayan dan berjaya menyentuh hati ramai.

Faizal Ismail Jadi Wali Dalam Majlis Pernikahan Anak

Dengan hanya sekali lafaz, Haziq sah bergelar suami kepada Nur Khairina Iman atau mesra disapa Kayna. Pasangan mempelai turut menerima doa daripada keluarga dan tetamu yang hadir agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT.

Ads

Majlis pernikahan itu turut menyaksikan Kayna menerima mas kahwin sebanyak RM7,777 secara tunai.

Pasangan pengantin tampil anggun dalam persalinan serba putih, manakala keluarga Faizal pula sedondon mengenakan busana rona kuning pastel yang menyerlahkan suasana sederhana tetapi cukup indah dan penuh makna.

Faizal Ismail Sebak Lepaskan Puteri Sulung Jadi Isteri Orang

Ads

Momen Sebak Faizal Ismail Sentuh Hati Ramai

Suasana majlis bertukar hiba apabila Kayna selesai dinikahkan lalu berjalan mendapatkan bapanya untuk bersalaman sebelum memeluknya erat.

Ketika itulah Faizal Ismail dilihat tidak dapat menahan air mata. Wajahnya jelas menggambarkan perasaan seorang ayah yang bergelut antara rasa gembira melihat anak memulakan kehidupan baharu dan rasa sayu melepaskan puteri sulung yang selama ini berada di bawah lindungannya.

Momen penuh emosi itu turut membuatkan ahli keluarga serta tetamu yang hadir sama-sama mengalirkan air mata. Hubungan akrab antara Faizal dan anak sulungnya jelas terpancar sepanjang majlis berlangsung sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang menonton video tersebut.

Ads

Faizal Ismail Bersyukur Bersama Empat Cahaya Mata

Untuk rekod, Faizal Ismail mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Azlina Ahmad Din. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Khairina Iman, Muhammad Khalish Iman, Khayla Nur Iman dan Qalisya.

Seluruh warga Majalah Keluarga mengucapkan tahniah kepada Nur Khairina Iman dan Haziq Zuhaimi atas ikatan suci yang terbina. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT, dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

BACA LAGI : Anak Keempat Selamat Berkahwin, Lisdawati Luah Syukur Selesai Tanggungjawab Besarkan Anak

Sumber: Instagram Zayan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Noryn Aziz Dedah Rahsia Hidup Lebih Sihat, Tinggalkan Makanan Segera Bertahun-Tahun

Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.