Ads

Anak Keempat Selamat Berkahwin, Lisdawati Luah Syukur Selesai Tanggungjawab Besarkan Anak

Setiap ibu pasti menyimpan rasa yang cukup istimewa apabila melihat anak yang dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya melangkah ke alam rumah tangga. Begitulah yang dirasai Lisdawati apabila anak tirinya, Mohd Fikri Hakimi, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nur Erina.

Menerusi perkongsian di media sosial, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin meluahkan rasa syukur apabila majlis persandingan berlangsung dengan lancar dan penuh kemeriahan. Walaupun majlis tersebut berlangsung pada penghujung Mei lalu, kenangan indah itu masih segar dalam ingatan pelakon berkenaan.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang tersentuh melihat kasih sayang dan hubungan erat antara Lisdawati dengan anak tirinya yang telah dijaga sejak sekian lama.

Anak Keempat Selamat Berkahwin, Lisdawati Luah Syukur Selesai Tanggungjawab Besarkan Anak

Lisdawati Luah Rasa Syukur Selepas Majlis Perkahwinan

Menurut Lisdawati, dia hanya sempat berkongsi momen istimewa itu selepas lebih sebulan kerana masih mengimbau kenangan sepanjang majlis berlangsung.

Ads

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Setelah lebih sebulan baru saya boleh update. Perkahwinan anak keempat kami.

“Terima kasih kepada semua team yang menjayakan persandingan ini dengan sangat meriah.

“Hampir 12 tahun Fikri Hakimi di bawah jagaan saya. Alhamdulillah kami selesaikan tanggungjawab untuk semua anak babah. Mama sayang you all, semua memori mama simpan dalam ingatan. Terus jadi anak yang soleh,” luahnya.

Anak Keempat Selamat Berkahwin, Lisdawati Luah Syukur Selesai Tanggungjawab Besarkan Anak

Majlis Persandingan Berlangsung Meriah

Pada majlis resepsi, Fikri Hakimi tampil segak mengenakan sut hitam, manakala isterinya, Nur Erina, kelihatan anggun mengenakan gaun kembang berwarna lilac.

Keluarga pengantin lelaki pula mencuri perhatian apabila tampil sedondon dalam busana rona emerald green yang menyerikan lagi suasana majlis penuh bermakna itu.

Majlis berkenaan turut dihadiri ahli keluarga, sahabat handai dan beberapa rakan artis Lisdawati serta suaminya, Fauzi Nawawi.

Ads

Doa Lisdawati Buat Anak Dan Menantu

Sebagai seorang ibu, Lisdawati tidak lupa menitipkan doa serta nasihat kepada Fikri Hakimi dan Nur Erina agar sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga.

“Buat Fikri Hakimi dan menantu mama Erin, semoga melayari bahtera rumah tangga dengan harmoni. Cari persefahaman, saling bertolak ansur dan sabar dalam setiap ujian. Semoga Allah merahmati perkahwinan ini,” titipnya.

Latar Belakang Keluarga Lisdawati

Untuk rekod, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fauzi Nawawi pada 9 September 2007. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Ads

Fauzi Nawawi turut mempunyai empat orang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Nur Hainil Fatihah, Hanna Faresha, Mohd Fikri Hakimi dan Muhammad Fareez Hazwan.

Semoga rumah tangga Fikri Hakimi dan Nur Erina sentiasa diberkati, dipenuhi kasih sayang, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan serta berada dalam rahmat Allah SWT hingga ke akhir hayat.

BACA LAGI : “Doa Seorang Isteri Memang Terbaik.” Lisdawati Bersyukur Selepas Lapan Tahun Diuji Panas Baran Suami

Sumber : IG Lisdawati

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Jangan Lupa Allah, Mama Always Pray…,Linda Rafar Sebak Lepaskan Anak Ke...

Linda Rafar tidak dapat menahan sebak apabila menghantar anak lelakinya mendaftar di Universiti Malaya. Penyanyi itu turut menitipkan pesanan menyentuh hati agar anak sentiasa mengingati Allah SWT.