Adat bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti melalui fasa pasang surut dalam hubungan.
Perbalahan yang terjadi adakalanya menjadi ‘pemanis’ untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dalam menelusuri alam perkahwinan secara matang.
Dramatis jelita Lisdawati bersyukur perkahwinannya bersama suami iaitu pelakon Fauzi Nawawi yang meniti usia 15 tahun kekal harmoni, walaupun berdepan cabaran mempertahankan keutuhan mahligai yang dibina.
Ujar pemilik nama lengkap Nisdawati Nazaruddin itu, bohong jika tidak berdepan ujian demi mengekalkan perkahwinannya, lebih-lebih lagi untuk menangani sikap ‘panas’ suami tersayang.
Pertemuan ketika meraikan majlis ‘persandingan semula’ mereka baru-baru ini menyingkap rahsia keharmonian rumah tangganya bersama Fauzi.
“Alhamdulillah, usia perkahwinan kami kini mencecah 15 tahun. Setiap lima tahun ada cabarannya. Saya tahu suami jenis cepat ‘panas’ (pemarah), jadi saya kena tahu untuk hadapinya,” kata selebriti berusia 44 tahun itu.
Kongsi pelakon filem KL Menjerit itu lagi, lapan tahun pertama usia perkahwinannya, kesabarannya teruji apabila perlu bersabar menangani sikap panas baran Fauzi.
Ads
“Lapan tahun pertama perkahwinan, kesabaran saya teruji dengan sikap suami. Tapi selepas berdoa, alhamdulillah dia banyak berubah.
“Doa seorang isteri memang terbaik. Sekarang suami lebih ‘cool’. Sikit-sikit biasalah. Kalau tanya saya, 70 peratus sifat suami telah berubah daripada seorang yang panas baran, jadi lebih tenang.
“Saya tidak boleh ubah diri suami 100 peratus sebab saya sendiri pun ada kekurangan dan kelemahan. Apa yang penting kami saling menerima,” katanya.
Ads
Disoal tentang pendekatan yang diambil jika berlaku salah faham, Lisdawati memilih untuk berkomunikasi melalui mesej telefon berbanding bersemuka.
Menjadi ibu kepada sembilan orang anak termasuk empat hasil perkahwinan pertama Fauzi serta seorang anak angkat, Lisdawati seboleh-bolehnya mengelak daripada berbincang secara berdepan kerana bimbang akan berlaku pertikaman lidah.
“Sejak dahulu kami memang tidak berbincang depan-depan jika berlaku salah faham. Apa sahaja masalah, kami berbincang melalui SMS (dahulu) dan sekarang melalui WhatsApp.
Ads
“Kami elak pertelingkahan lidah sebab takut akan bertindak di luar jangkaan. Sampai sekarang kami amalkan cara begitu.
Membesarkan anak-anak di zaman serba moden ini memang sangat mencabar. Pelbagai cara dan teknik keibubapaan digunakan demi untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang baik dan berakhlak.
Dalam pada ibu bapa sibuk mempelajari pelbagai teknik keibubapaan, jangan sesekali melupakan keampuhan doa sebagai senjata seorang mukmin.
Ada pelbagai surah-surah dalam al-Quran yang boleh menjadi amalan doa terbaik dalam kehidupan setiap manusia.
Perkongsian video di akaun TikTok n.dibsy mendapat perhatian wargamaya apabila ramai kagum dan memuji cara seorang ayah mengalunkan ayat suci al-Quran kepada bayinya yang baru berusia dua bulan.
Dengan kapsyen yang ditulis, “Ingat tak dulu Uwais 3 bulan surah Ad-Dhuha, now adik dia Maryam 2bulan surah Taha” menunjukkan bahawa ibu dan ayah anak ini sememangnya sudah biasa membacakan surah-surah al-Quran kepada dua orang anaknya.
Pesanan untuk para ibu bapa, daripada kita asyik membebelkan anak lebih baik kita buat amalan doa surah Taha ayat 1-6 sebagai salah satu usaha untuk melembutkan hati anak dan mudah mendengar kata.
Menurut sumber dalam Hijabista, surah Taha adalah surah yang ke-20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembutkan hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas, degil untuk beribadat kepada Allah SWT.
Boleh diamalkan sebagai ayat pendidinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk IIslam pada hari tiu juga di hadapanan
Nabi Muhammad SAW.
Rajnlah amalkan ayat 1-5 Surah Taha. Ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami, isteri dan anak yang kurang mendenar kata, yang tak mahu solat, mudah marah dan berhati keras.
Maksudnya:
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurukan al-Quran kepadamua (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahmaan yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Ayat ini seeloknya dibaca tiga kali. Kemudian hembuskan ke muka atau ubun-ubun anak dan pasangan yang sedang tidur nyenyak. Hembus pada waktu mereka sedang menarik nafas masuk.
Kenapa dibuat pada waktu malam? Ini kerana waktu tidur, jiwa anak-anak dan suami/isteri berada dalam keadaan tenang.
Meninjau ruangan komen, ternyata ramai mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa yang mendidik anak mencintai al-Quran sejak usia bayi lagi dan turut mendoakan si comel membesar sebagai anak solehah dan terus mencintai al-Quran.
Peluang hidup dikatakan 50-50 dan koma selama enam hari. Itulah kisah tragis yang dialami oleh seorang ibu yang disahkan positif Covid-19 suatu ketika dulu. Namun semua itu tinggal memori untuk dikenang seumur hidup. Beliau kini telah kembali sihat dan menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga.
Menerusi facebooknya beliau berkongsi cerita ketika disahkan dijangkiti virus bahaya itu.
IKUTI PERKONGSIAN INI
DIARY BEKAS PESAKIT COVID-19
Ramai yg bertanya BILA DI MANA dan BAGAIMANA kami dijangkiti virus si corona yg ditakuti oleh semua org di dunia hari ini.Sy tiada jawapan utk semua soalan itu..
Semuanya bermula pd 10/3.. sy mengadu kpd kakak (ank perempuan sy) tekak sy tidak selesa.. apa jua yg sy mkn tidak dpt merasa..tak boleh menilai mknn..x da rasa.. sy x dpt merasa manis masin @ tawar. Semua mknn rasa hambar..
18/3 sy dmm di sblh mlm (sy anggap ini biasa bg pesakit SLE selalu dmm sblh mlm) dan sy mengalami kesukaran bernafas n sakit tekak.
RED ZONE
Pd 19/3 pagi sy msh dmm dan anak bergegas menghantar saya ke hospital. Sy ke hospital dgn ditemani hakim (ank sy) dan kakak. Suami sy tidak dpt hantar kerana dia juga tidak berapa sihat..selepas tiba di hospital sy diperiksa dgn terperinci di bahagian saringan dan mengesyaki mengalami demam denggi tetapi keadaan pernafasan sy tidak stabil & terus dihantar ke red zone bahagian decon unit kecemasan & trauma pd jam 12 tghari kerana suspek covid-19. Bdn sy berpeluh2 luarbiasa dan sesak nafas, sy muntah2 sehingga lembek di situ lalu sy di beri bantuan oxygen yg semakin berkurangan di dlm bdn. Sy tidak tahu apa yg berlaku. Kemudian sy hanya mendengar Dr berkata puan rehat ya… kami nk intubate puan & tidurkan puan. Dan slps mendengar kata2 itu sy sudah tidak sedar. Menurut kakak selepas maghrib sy telah fully intubated dan anak2 sy balik ke rumah hanya selepas sy ditolak dari red zone ke bilik isolasi ICU jam 2 pagi pada 20/3. Menurut kakak, keadaan sy kritikal..
21/3, Dr off sedation kerana bdn sy memberi respons ketika disuction membuang kahak, rupa2nya si corona cuba merobek paru2 sy dan mungkin dia telah menumpang lbh awal di tubuh bdn sy tanpa sy ketahui. Keadaan ketika itu 50:50. Dan pd hari ini juga sy disahkan positive covid-19 (stage 5). Virus yg amat ditakuti org diseluruh dunia itu ada didlm tubuh sy. Maka sy menjd patient pertama positive covid-19 di icu HEBHK ini.
Kakak hampir pengsan ketika mendpt panggilan mengenai berita ini dan semua ahli keluarga menjd sgt sedih ketika itu apabila sy disahkan positive , pihak hosp telah menelefon kakak supaya semua ahli keluarga di rumah hadir utk ujian saringan. Maka kesemuanya (kakak bersama suami & ank mereka berusia 3 thn,suami sy ,ank lelaki sy & seorg ank saudara perempuan yg kebetulan sedang bercuti di kluang) hadir ke hospital pd 9 mlm dan saringan berakhir jam 4 pg(22/3)
23/3 jam 3pm, kakak mendpt panggilan telefon dari pejabat kesihatan kluang supaya bersiap sedia utk dijemput oleh ambulance ke hospital kerana keputusan dia positive. Pd mlm pula keputusan suami sy juga positive dan sekali lg ambulance dtg menjemputnya. Keputusan bagi yg lain2 adalah negative dan mereka hanya perlu kuarantin di rumah. Alhamdulillah. Pd mlm itu juga unit kebersihan pejabat kesihatan kluang dtg mensteril n disinfeksi seluruh kwsn luar dan setiap ruang didlm rumah.
Akhirnya kakak & suami sy ditptkn di wad yg sama wad 8A hosp kluang.. maka bermulalah episod mereka sbg pesakit covid-19.. Pd mulanya mereka akan dihantar ke pusat covid-19 permai JB tetapi memandangkan hosp kluang telah dijadikan pusat covid-19 dan saya pula berada di bilik isolasi ICU maka kami ditptkn bersama di HEBHK.
Keadaan sy stabil (info dr kwn2 kakak) keajaiban berlaku dan dgn ketentuan Nya.. kun fa ya kun…sy tersedar lbh awal dr waktu yg ditetapkn oleh Dr.
Pd 24/3 sy tersedak & bdn sy memberi respons utk sedar dan bernafas sendiri , tiub didlm mulut dan bdn sy dikeluarkan dan segala wayar yg melengkar di tanggalkn. Disblh ptgnya sy fully extubated, Dr memasang venturi mask utk membantu sy bernafas. Ini bermakna sy hanya koma selama 6 hari sahaja. Allah swt telah memberi pinjam kekuatan kpd sy. syukur kehadratNya..sesungguhnya Engkau lah tuhan bg segala dzat..
Walaupun sy dah fully extubated sy masih lg di ICU, terlantar letih dan separuh sedar tetapi waktu ini sy telah dpt mendgr alunan bacaan alquran yg dipasang di dlm wad ICU dan suara2 jururawat & Dr yg memberi semangat.. Dr juga telah meleraikan segala ikatan di tgn n kaki saya. Menurut kwn kakak, ketika jururawat memberitahu kakak dan suami juga dlm wad… didlm keadaan separuh sedar sy menangis.
Pd 27/3 Dr telah menggantikan bantuan oksigen saya kepada nasal prong, walaupun msh lg separuh sedar sy telah dapat membuka mata. 9 hari di wad ICU.
WAD BIASA
Akhirnya pd tghari hari ke10, 28/3 sy ditolak ke wad biasa wad 6A. Apabila kakak mendpt berita sy berada di wad 6A..pd ptg hari yg sama dia mohon dipindahkan dr wad 8A ke 6A utk membantu menjaga saya.. keadaan dia sgt baik, symptoms covid kakak hanyalah batuk yg ringan & dry mouth (class 2). Jadi dia dpt meringankan masalah sy kerana ketika itu tiub urin msh terpasang dan sy msh lg memakai diaper keadaan sy masih lagi separuh sedar & mamai sehingga sy cuba menarik segala tiub yg msh ada di badan ketika itu.
Fikiran sy juga terganggu seolah2 msh trauma dgn apa yg tlh terjadi.menurut kakak sy berckp perkara2 pelik dan pertuturan sy sukar utk difahami.
Aturan Allah sgt menakjubkn.. apabila tiba di wad biasa Dia permudahkan urusan sy.. kakak byk membantu menguruskan diri saya.. dari separuh sedar sehingga sy benar2 sedar. Walaupun keadaan msh lemah dgn bantuan oxygen melalui nasal prong, sy mula bersolat duduk di atas katil . Progress diri sy sgt cpt.. sy yakin Allah bersama sy..
30/3 sy tidak lg menggunakan tiub makan & urin… Dan sy bole bgn utk ke tandas menggunakan kerusi roda & bersolat duduk di kerusi dgn bantuan kakak, sy juga dpt mandi di bilik air dengan menggunakan kerusi roda.. .
Sepanjang di wad biasa saya telah menjalani proses rehab bersama kakak (kakak seorang fisioterapi), dia telah mengajar saya senaman pernafasan di mana ianya membantu hampir 80% keadaan respiratory sy, senaman di atas katil untuk menguatkan pinggang dan kaki, duduk berdiri serta berjalan. Allahuakbar..Allah maha besar.. sy belajar berjln & bertutur semula.. pertuturan sy tidak lancar dan suara sy tidak kuat spt biasa.. sy kena kuatkan diri n time for me to build up my antibody to fight the virus.. sy perlu kuatkn paru2 jika sy x kuat mcmana nk mlwn si corona yg mengganas sementelah sy merupakan pesakit SLE .. sy yakin dgn bantuan Allah sy pasti boleh..zikrullah sentiasa bsh dibibir sy .
Pd 31/3 kakak membuat saringan @ swab test yg ke2.. sy tidak mahu manjakan diri sy lg dgn bantuan dia. sy belajar berjln dgn bantuan kakak sehinggalah sy bole berjln sendiri perlahan2 tanpa bantuan. Sy membuat latihan suara kerana pertuturan sy msh tersangkut2 dan x lancar dan mencungap2 ketika berckp. Muka dan badan sy juga msh bengkak.
1/4 Astaghfirullah alazim aladzi laaillaaha illa huwalhayul qayummu wa atubuu ilaih( aku mohon keampunan kpd Allah yg maha agung,tiada tuhan selain Dia yang maha hidup dan memelihara kehidupan dan aku bertaubat kpd Nya). Hari ini tiub oxygen (nasal prong)sy pula ditanggalkn.. Alhamdulillah sy dpt bernafas bebas sendiri.. sy dan suami berhubung melalui video call setiap hari.. saling memberi kabar masing2..suami sy semakin sihat,batuknya telah berkurangan (class 3). Hari ini Sy mula mendpt simptom ke 3 iaitu batuk n selsema.
2/4 Allahuma inni aauzubika minal barosi wal jununi walhuzami wamin sayilasqami (Ya Allah aku berlindung dgn Mu dari penyakit sopak gila kusta dan penyakit2 yg buruk) Sy msh lg di wad.. harini sy mengurus diri sy sendiri tanpa bantuan kakak. Dia hanya memerhati dr jauh..sy msh ada teman utk berbual2. Pd hari ini juga sy mula menulis diari ini , (catatan di ICU berdasarkan nota yg ditulis oleh kakak n nota Dr didlm discharged notes)
3/4 Alhamdulillah.. kami mendpt khabar gembira keputusan swab kakak negatif,dia telah bebas dr si corona.. keberkatan hari jumaat.. walaupun berita gembira sy berasa sgt sayu kerana kakak tidak bole tinggal bersama sy lg disini. Terima kasih kakak jg ibu spjg bersama di wad.. semoga urusan kakak n keluarga terus dipermudahkan Allah swt.ibu syg kakak lillahitaala..Luka2 didalam mulut masih lg pedih & kebas.
4/4 Allahumasalli ala sayidina muhammad wa’ala alihi wassabihi wasalim .. Walaupun didlm kesukaran sy berjaya mengurus diri sendiri … jiran2 di dlm wad yg senasib sentiasa ingin membantu tp sy menolak dgn baik. Kakak terus menyambung kuarantinnya dirumah selama14 hari lg..dia terpaksa mengurung diri didlm bilik berasingan dgn suami n ank dia.
5/4 Bismillahiladzi laayadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi walafissamaii wahuas sammiula’liim (Dgn nama Allah yg namanya tidak ada yg membahayakan,samada dibumi mahupun dilangit, Dia maha mendengar lg mengetahui). Sy meneruskn kehidupan sy di wad dipantau jururawat2 dan Doctor2 yg baik hati n prihatin. Sy berasa diri bertambah baik. Exercise pernafasan untuk menguatkan paru2 diteruskan. Sy membuat latihan mengeluarkan suara dgn membaca alquran spjg berada disini.
6/4 hari ke 19 sy di hosp.Tiada aktiviti lain sepanjang di wad selain menambah masa ‘Me time’ bersama Allah swt ..dimulai dgn solat fajr dan solat subuh ishrak..berzikir slps solat mengaji… Dan keindahan hari ini terus disambung dgn bacaan alquran hingga membawa ke waktu solat dhuha taubat n hajat. Disblh ptg masa byk diisi dgn latihan pernafasan dan kekuatan tangan. Luka2 di dlm mulut n bibir juga beransur pulih. Sy bersyukur sangat msh mampu bernafas di bumi Allah.. Allah memberi byk masa n peluang memperbaiki diri dan mendekat diri kpd Nya..Alhamdulillah.
7/4 Laillhailaanta subhanaka inni kuntu minazzalimin (tiada tuhan melainkan engkau(ya Allah)!Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari pada org2 yg menganiya diri sendiri) Kalimah yg sering bermain dibibir x kira waktu. Sy n suami msh lg di wad masing2. Suami sy msh menunggu keputusan swab yg telah dibuat beberapa hari yg lps. Sy? Alhamdulillah kekuatan bdn sy meningkat 80%..suara sy msh sama..msh belum kuat spt biasa. Pd pagi ini juga Dr mengambil sample(swab) yg ke2.. harapan menggunong agar ujian ini negative. Pd sblh mlmnya suami sy dipindahkn dr wad 8A ke 8B. Keputusan saringan ke2 dia msh positive. Pd hari ini juga diet sy berubah dari bubur kpd nasi.. Alhamdulillah syukur atas nikmatnya.
8/4 inna robbi ala kulisyaiin hafeez (sesungguhnya Allah itu maha memelihara) Engkau berikanlah kesembuhan kpd kami. Engkau ambillah si corona ini jauh2 dr kami.. Berikanlah kami kesihatan yg baik spt sediakala.. aamiin..tiada sebarang perubahan hari ini.. batuk n mulut msh lg kebas akibat extubated aritu. Pd hari ini suami sy mengadu kehilangan deria bau (simptom ke2)dia.
9/4 Aauzubikalimatillahi tammatti min syarimahalak.(aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna dari kejahatan makhluknya) Routine hari ini tiada perubahan..solat dhuha taubat dan aktiviti membaca alquran sbg latihan mendpt suara.
BEBAS COVID-19 Berkat hari nisfu syaaban, Dr dtg dgn membawa berita gembira.. keputusan swab sy adalah negative.. subahanallah Allahuakbar.. Alhamdulillah saya dapat pulang ke rumah hari ini dan menyambung kuarantin dirumah. Sy dah bebas dr si corona. Alhamdulillah syukur syukur syukur yg amat sgt..
Pd 14/4 suami sy disahkan negative covid-19.. dgn SOP br suami sy tidak dibenarkan balik dan terpaksa meneruskan kuarantin nya di hospital.. Alhamdulillah..Terima ksh ya robb
Akhirnya suami sy dibenarkan pulang pd 29/4 setelah 38 hari berada di wad dan menyambung kuarantin 14 hari lagi di rumah.. syukur pd mu ya Allah akhirnya kami berkumpul semuladan in sha allah dpt bersama2 menyambut hari raya.
‘maka yang mana satu nikmat tuhan kamu yg hendak kamu dustakan (surah alrahman :13).. syukur kehadratNya.
Sepanjang 22 hari berada di hosp, saya belajar menjadi seorang yg sgt positive,sy x pernah memikirkan perkara2 yg mengganggu fikiran dan sy buang segala rasa sedih kerana sy sgt yakin Allah swt bersama2 dgn sy.Doa adalah senjata sy setiap hari didlm melalui saat2 sukar ini. Sy juga belajar menjadi seorang yg sabar memandangkan persekitaran dlm wad yg panas, kipas @ air cond tidak boleh dibuka dan tiada langsir yg menutupi tingkap agar virus tidak tersebar di dalam wad.
Alhamdulillah syukur ke hadratnya. Dari lubuk hati yg plg dlm sy mengucapkan terima ksh yg tidak terhingga kpd semua sahabat handai, pelajar2 kami n saudara mara yg tidak jemu2 mendoakan kami , mengirim zikir n doa, membaca yassin & melakukan solat hajat buat kami sekeluarga.Hanya Allah swt yg dpt membalas semua kebaikan dan semoga anda semua di limpahi dgn rahmat Allah jua.
SYUKUR ANAK PANDAI BERDIKARI
Sy berasa berlapang dada kerana Ank2 yg ditinggalkan belajar survival tanpa ibu n ayah dirumah.. mereka membersihkan rumah bergilir memasak n mengurus diri sendiri..penat memasak mereka membeli secara online..mereka juga terpaksa kuarantinkn diri mereka spjg pkp.. dan terima ksh tidak terhingga kpd pejabat pegawai daerah kluang yg perihatin menghantar bekalan mknn utk mereka yg ditinggalkn dirumah.. sy tidak putus2 berdoa agar ank2 n keluarga sy dijauhkan dr virus ini, selamat didlm perlindungan Allah dan dipermudahkan urusan mereka.. robbi yassir walatuasir robbi tamim bil khair…aamiin
RAMAI YANG PRIHATIN
Sepanjang berada di wad..ramai yg prihatin & bersedekah. sumbangan tidak putus2 setiap hari..ada saja pihak yg menghulurkn bantuan mknn air mineral air kotak susu kotak burger biskut nasi lemak mihun sejadah buah buahan dan bermcm lg kpd pesakit covid-19 di wad 6A pusat covid-19 kluang (HEBHK). Semoga segala kebaikan2 berpulang semula kpd semua penderma dan penyumbang dan terus dimewahkan rezeki dgn kesihatan yg baik.
Sy berasa amat bersyukur walaupun sy dipilih merasai saat getir ini seketika, pada lg patient covid-19 yg bersama2 dgn sy spjg di wad ini yg lbh kritikal dr sy dgn dugaan yg lbh hebat..sakit yg lbh teruk dan kehilangan ahli keluarga sekelip mata.
Sy amat redho dgn ujian ini dan terima ksh kpd Allah.. Engkau yg menyedarkan aku yg sering alpa sebagai hambaMu. Semoga sy dan keluarga terus di dlm peliharaan, lindungan n ksh syg Allah swtv
Ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd semua staff ICU dan staff wad 6A,8A n 8B HEBHK yg sgt cemerlang & berdedikasi dalam merawat serta menjaga pesakit. Tidak lupa juga kpd semua frontliners di hosp kluang & di mana jua mereka berada. Semoga mereka terus diberi kesabaran yg tinggi,dimewahkan rezeki dan dilindungi Allah swt setiap waktu.
Sy juga mendoakan semua pesakit covid-19 dan semua rakyat Malaysia bebas dari virus corona.
Kini yg berlegar diminda bagaimana penerimaan rakan taulan, saudaramara dan org sekeliling terhadap kami yg pernah menjd pesakit covid-19 walaupun telah bebas dari virus corona, virus yg digeruni dan telah menggegarkn dunia dgn kematian yg ramai.. wallahualam
Terima kasih kerana sudi membaca catatan yg agak pjg ini hingga ke noktah terakhir.
Jika dilihat pada gadis-gadis lain seusia dengannya, pasti jauh perbezaan. Sedang rakan-rakan memilih untuk bergerak terus dalam dunia digital namun gadis ini memilih untuk mendalami seni budaya tradisi bangsa uang cukup dicintainya.
“Secara jujurnya, saya memang berminat dengan seni budaya tradisi bangsa kita yang tinggi nilai estetikanya.
“Saya meminati seni silat dengan menyertai Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia kira-kira 10 tahun lalu semasa di tingkatan satu,” katanya.
Amira yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor berkata, hatinya tertarik pada silat setelah melihat abangnya melakukan tarian silat ‘bunga tanjung’.
Jelasnya lagi, rentetan itu, dia terus aktif dengan aktiviti persilatan dan menyertai pelbagai pertandingan silat.
“Saya mula aktif semasa di sekolah dengan mempelajari seni ‘tarian’ dan buah persilatan.
“Pada masa sama, saya menyertai pertandingan silat semasa peringkat sekolah hingga universiti.
“Saya turut bertanding dalam Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) pada tahun lalu dan berjaya memperolehi gangsa menerusi silat olahraga puteri kategori kelas B,” katanya.
Amira menjelaskan, silat sudah sebati dengan dirinya dan seni itu banyak mengajarnya tentang disiplin dan memantapkan ukhuwah sesama insan.
Anak kepada pasangan Amri Hassan, 61, dan Zabedah Mohamad, 61, itu menambah, silat adalah aktiviti yang menyihatkan dan mampu memberi stamina bagi menjalani kehidupan seharian.
“Saya juga gemar melakukan aktiviti ‘outdoor’ bersama rakan-rakan di kawasan semula jadi seperti tepi sungai dan bukit.
“Aktiviti sedemikian membolehkan saya meredakan stres setelah penat menghadiri kelas yang memerlukan tumpuan 100 peratus,” katanya.
Menjawab pertanyaan tentang isu kebebasan bersuara dalam kalangan pelajar universiti, Amira berkata, golongan tersebut wajar diberi hak melontar pendapat selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
Katanya lagi, mungkin ada perkara yang terlepas pandang oleh pihak di atas, namun disedari oleh golongan pelajar.
“Jadi, kami mahasiswa akan bersuara tentang perkara tersebut.
“Biarlah siswa diberi peluang dan ruang untuk memberi pendapat kepada pihak terlibat.
“Namun, platform yang digunakan perlulah terkawal dan kondusif,” katanya lagi.
Mengulas mengenai artis dan yang digemari, gadis manis itu memberitahu, dia amat meminati lagu tradisional nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.
Untuk segmen lakonan, gadis periang itu berkata, dia begitu menggemari drama dan filem lakonan pelakon Beto Kusyairy.
“Minat dalam bidang seni dan teknologi maklumat bukan sesuatu yang pelik pada era digital ini.
“Kita boleh menonton YouTube pada bila-bila masa untuk melihat video dan lakonan artis yang kita sukai dari seluruh dunia.
“Namun, menikmati hiburan biarlah berpada-pada, jangan sampai hilang fokus kepada pelajaran,” katanya.
Katanya, sebagai seorang pesilat, dia juga meminati tarian tradisional seperti zapin, mengumpul busana Melayu dan membaca buku sejarah tentang Tanah Melayu.
“Hobi-hobi tersebut turut disertai minat membaca novel dan menyanyi,” ujarnya.
Peminat pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United itu berkata, minat terhadap bidang sains komputer telah mendorongnya menyimpan cita-cita untuk bergelar pembangun perisian yang berjaya pada suatu hari nanti.
Namun buat masa ini, dia ingin melengkapkan pengajian semasa yang masih berbaki satu semester.
“Sebagai orang muda, jangan bazirkan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah.
“Inilah masa untuk kita menuntut pelbagai Ilmu.
“Bagaimanapun, jangan kita menuntut ilmu akademik sehingga lupa tentang adat dan budaya.
“Ini kerana nenek moyang kita kaya dengan harta intelek bangsa yang dipelihara zaman-berzaman,” jelasnya.
Akhir bicara, Amira menitipkan pesanan kepada para belia supaya jangan terlalu mengejar kemajuan teknologi.
Ujarnya, adat dan budaya bangsa juga perlu dipelihara supaya tidak ditelan arus kemodenan.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.