Elak Baju Bau Kepam Dan Cepat Kering, 6 Cara Memang Berkesan!
Memang pening kepala dibuatnya apabila pakaian banyak tetapi masih belum kering. Malah bau kepam pakaian membuat rasa tak selesa. Baju pun bau busuk jadinya.
Situasi ini biasanya berlaku ketika musim hujan, tinggal di kediaman yang tidak mempunyai ruang jemuran kain atau kediaman di kawasan lindungan cahaya matahari akibat bangunan lain.
Nak tahu trik pastikan kain cepat kering dan tidak bau kepam, ikuti lanjut 6 trik ini .
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Gambar sekadar hiasan
GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI
Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.
ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS
Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.
Ads
KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT
Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.
Gambar sekadar hiasan
GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER
Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.
SIDAI DI TEMPAT TERBUKA
Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.
MANFAATKAN KIPAS ANGIN
Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat menjemur pakaian yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.
Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars, Irdina Hakim Jasman, 20, telah memfailkan tuntutan hadhanah terhadap adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, tuntutan hak penjagaan dibuat oleh Irdiena Hakim Jasman, Khatijah Mirdin, 71 (nenek) dan Faradilla Rohban Ahmad, 36 (ibu saudara) sebagai plaintif yang diwakili oleh Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan.
Tuntutan hadhanah pula difailkan ke atas adik bongsunya iaitu Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10.
Lebih menyayat hati, Irdina memaklumkan bahawa kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya itu adalah ketika Aidilfitri tahun lalu di kubur ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
Jelasnya, dia berkesempatan bertemu dengan Qaseh beberapa jam sahaja dan selepas ibunya meninggal, adiknya terus menetap dengan bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal.
“Sejak ibu tiada, adik tidak dapat bermalam dengan kami. Begitu juga ketika abang sulung, Mohamed Iqbar Hakim Jasman, 23, berkahwin tahun lalu tetapi adik tidak dapat datang.
“Saya tahu adik rindukan kami, namun dia tidak dapat datang kerana disyaki dihalang daripada berjumpa. Saya membuat tuntutan ini (hadhanah) kerana mahu berjumpa dengan adik, di samping nenek juga selalu sakit dan teringin berjumpa dengan cucunya.
“Dengan permohonan ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh adik melalui mahkamah sama ada mahu tinggal bersama saya dan adik beradik yang lain atau bapa tiri,” ujarnya kepada Harian Metro.
Susulan itu, Irdiena mengakui bahawa berasa terkesan apabila dihalang berjumpa dengan adik bongsunya itu kerana hubungan mereka sangat akrab dan tinggal bersama ketika ibunya masih hidup.
Dedahnya lagi, dia juga perlu berjumpa dengan pakar psikologi bagi mendapatkan rawatan gara-gara isu ini.
Oleh itu, Naimah yang mewakili anak guamnya menyatakan pihaknya telah memfailkan permohonan mengikut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002 di mana anak diberikan peluang untuk memilih sama ada tinggal bersama plaintif atau defendan berdasarkan hukum syarak dan Seksyen 85 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002.
Prosiding ‘sulh’ hari ini melibatkan kedua-dua pihak yang terbabit dalam pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan gagal dicapai kerana defendan tidak hadir.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebahagiaan buat sesebuah keluarga itu adalah cerminan buat ibu bapa itu. Kehidupan sebegini adalah kunci kepada sebuah rumahtangga yang harmonis. Biarlah hidup sederhana, asalkan keperluan anak-anak dan serta isteri lengkap.
Begitulah luah seorang bapa di laman facebooknya Mohd fadli Salleh yang menyatakan pendiriannya mengenai cara menguruskan rumahtangga secara berhemah. Moga perkongsian beliau menjadi pencetus untuk kita memberikan yang terbaik buat ahli keluarga.
“Kau asal cuti bukan main melancong sana sini. Makan mahal-mahal, berhabis duit sakan apa yang disimpan. Kereta tak nak kalah. Gaya hidup nak mewah.
Tapi rumah tak beli-beli juga. Ada satu pun kongsi nama. Aku walau pakai Myvi second hand, walau tak melancong ke sana sini, walau tak makan yang mahal-mahal, tapi rumah dah tiga. Rumah tu aset. Kena berjimatlah nak beli rumah.”
Aku setuju, rumah tu aset penting dan berharga. Tu pun kalau pandai pilih lokasi yang betul lah. Banyak juga rumah jadi bebanan pula pada pembeli.
Cuma aku ni lain macam sikit beb. Aku ini jenis yang suka enjoy dengan kehidupan. Tak sama macam kau yang enjoy kumpul rumah dan harta. Minat kita tak sama. Namun tak perlu kot memperkecilkan cara orang lain.
Kira-kira kita berbeza. Kau asal nampak ada lebih sikit, terus nampak jalan untuk beli aset, beli rumah. Aku asal nampak lebih sikit, terus nampak jalan untuk enjoy hidup aku dengan cara aku.
Aku tak boleh ikut cara kau berkereta Myvi second hand nak drive balik Kelate setiap cuti dengan anak empat orang. Kenderaan ni rumah kedua dah bagi perantau. Maka kena guna kereta yang elok sikit.
Walau mahal bayar bulanan, namun keselesaan dan safety anak isteri lebih terjamin. Bukankah itu tugas utama seorang lelaki merangkap suami dan bapa? Memastikan keselesaan dan keselamatan buat ahli keluarga?
Aku tidak boleh hidup menahan diri, terlalu berjimat sehingga apa yang anak dan isteri hajati pun aku tolak.
Sehingga suruh anak isteri berpanasan takut bil melambung sedangkan aircond ada tiga. Gunalah bila panas tak kira siang atau malam. Bil bulanan purata dalam RM350 sebulan tu aku bayarkan.
Ini untuk keselesaan mereka. Belum pernah sekali aku larang mereka guna hanya kerana risaukan bil naik. Bahkan belum pernah apa-apa bil rumah, aku suruh isteri aku bayar.
Aku suami dan ayah kot. Aku usahalah semampu aku untuk keselesaan mereka.
Takkan hanya kerana berjimat, setiap kali makan bersama kawan aku yang paling lambat seluk poket cari duit. Tidak. Itu bukan cara aku.
Hanya kerana mahu berjimat untuk bayar installment rumah, atau untuk kumpul deposit nak beli rumah seterusnya sanggup lihat anak duduk tercongok depan tv waktu cuti. Kau mungkin boleh begitu, tapi tidak aku.
Rumah sebiji cukuplah dulu. Asasnya dah ada. Tak perlu menyewa dah. Walau rumah kecil, namun atas tanah. Walau bukan dua tiga tingkat, itulah menjadikan kami rapat.
Asyik selisih dan pandang muka semua ahli yang tinggal di rumah ini. Bukan tinggal di rumah mega berkurung dalam bilik sendiri di tingkat berlainan aras sehingga tak jumpa berhari-hari.
Beginilah. Cara kita berbeza. Cara urus kewangan kita juga berbeza. Cara kira-kira kita berbeza. Komitmen dan matlamat kita juga berbeza.
Aku hormati cara kalian suka kumpul rumah banyak-banyak kemudian sewakan. Kadang-kadang aku juga cemburu lihat aset sampai berjuta yang kalian kumpulkan.
Aku hormati itu. Cuma aku memilih jalan yang berbeza.
Aku memilih jalan yang pada pendapat kau salah. Memilih keselesaan kenderaan, suka belanja kawan-kawan makan, suka melancong ke sana ke mari, suka membeli apa yang aku rasa patut beli dalam kemampuan kewangan aku.
Jalan kalian, jalan yang perlukan disiplin ketat sehingga perlu korbankan banyak sangat benda yang aku tak sanggup untuk korbankan. Teruslah kalian dengan cara kalian.
Cuma satu aku nak pesan, tak perlu la perlekehkan cara orang lain lagi. Nak sampaikan ilmu dengan cara kalian, silakan. Aku alu-alukan. Cuma biar akhirnya impak positif. Bukan merendah-rendahkan cara orang nikmati hidup mereka.
Aku akan teruskan hidup dengan cara aku. Enjoy dengan cara aku enjoy. Menikmati hidup dengan cara aku sendiri. Kerana hidup hanya sekali!
Ada geng sama macam aku tak? ?
#MFS – Lain orang, lain cara –
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam Ahad itu, bapa saudara mangsa dipercayai telah melambung kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan menyebabkan kepalanya terkena kipas siling dan cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof memberitahu pemberita, perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi meneruskan siasatan ke atas lelaki berusia 25 tahun itu yang ditahan semalam.
Menurutnya kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas bapa mangsa membuat laporan polis susulan insiden yang juga warga Myanmar berhubung kejadian menimpa anaknya.
“Pengadu berada di Butterworth atas urusan kerja sejak tiga bulan lalu manakala kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, di sini, kelmarin,” ujarnya.
Noor Azmi berkata hasil temubual polis bersama isteri pengadu memaklumkan anak saudara lelakinya yang juga warganegara Myanmar bermain dengan mangsa telah melambung mangsa yang sedang menangis.
“Mangsa terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.
Ibu mangsa bersama abangnya telah membawa mangsa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan namun keesokannya pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat,” jelasnya.
Tambah beliau hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami ‘severe head injury due to blunt trauma.
Noor Azmi berkata siasatan telah dijalankan oleh pihak polis di tempat kejadian iaitu bahagian dapur sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan Ampang, Ampang, Selangor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.