Saat kita saban hari bersama anak-anak dan ahli keluarga lain di rumah, ada insan sebaliknya. Mereka ini pastinya barisan hadapan yang perlu bekerja tanpa mengira masa dan keselamatan diri demi memastikan rantaian covid-19 putus agar wabak ini disisihkan di negara ini.
Menerusi kisah barisan hadapan yang dipaparkan oleh Harian metro cukup terkesan mengenai kisah seorang anggota polis yang hilang dakapan manja anak-anak ekoran virus bahaya ini.
Mohd Rizaiman berdiri di hadapan bersama rakam sekerja.
“Biasanya balik sahaja dari kerja, saya terus memeluk anak-anak, namun kini, saya perlu lebih berhati-hati menjaga jarak demi keselamatan mereka,” luah seorang petugas barisan hadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anggota polis, Koperal Mohd Rizaiman Omar, yang bertugas di Balai Polis Rantau Panjang, adalah antara individu yang pernah terbabit memastikan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 berjalan lancar selain menjalankan tugas membuat rondaan.
Ads
Dia yang juga bapa kepada tiga cahaya mata berusia lima bulan sehingga lapan tahun berkata, situasi masa kini menyebabkan masanya bersama keluarga agak terhad namun demi tugas pada masyarakat dan negara, dia terus tabah menjalankan tugas.
Tidak mengapa, saya boleh korbankan dulu masa bersama keluarga.
“Yang penting dapat memastikan rakyat akur dan ikut segala perintah kerajaan. Memang tanggungjawab saya sebagai petugas barisan hadapan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
Ads
“Memang banyak pengalaman sepanjang 12 hari PKP dilaksanakan, saya berhadapan dengan pelbagai ragam manusia tidak kira peringkat umur yang ada masanya tidak memberi kerjasama baik. Saya dan anggota lain tidak berputus asa menerangkan kepada masyarakat pentingnya untuk kita memutuskan rantaian Covid-19 ini.
“Setiap kali pulang dari kerja saya pastikan tidak dekat dengan anak atau isteri sebaliknya terus membersihkan diri supaya saya tidak menjadi pembawa wabak tanpa disedari,” katanya yang sudah 14 tahun berkhidmat sebagai anggota polis.
Ads
Semoga rakyat Malaysia patuh kepada arahan duduk di rumah supaya memudahkan kerja barisan hadapan ini dan sekali gua mematikan rantaian covid-19 ini.
Pernah tular wajah berkedut ketika hamil, Lala kongsi keadaan terkini selepas bersalin, bukan penyakit ain. Seorang wanita yang pernah mencetuskan perhatian ramai kerana perubahan drastik pada wajah ketika mengandung kembali menjadi bualan warga maya selepas berkongsi keadaan dirinya selepas bersalin.
Wanita tersebut, dikenali sebagai Lala, sebelum ini menarik perhatian ramai apabila wajahnya kelihatan lebih berusia, kasar dan mengalami keradangan sewaktu hamil, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan andaian.
Warga Maya mula membuat pelbagai andaian, termasuklah tuduhan penggunaan produk kecantikan yang berbahaya dan juga dikaitkan dengan unsur mistik.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian di platform X, Lala menjelaskan bahawa perubahan ketara itu adalah kesan hormon kehamilan semata-mata dan bukan berpunca daripada faktor luar.
“Ini semua akan berlalu. Ia hanyalah hormon kehamilan… Saya kecewa apabila orang komen ‘ini penyakit ain’, ‘salah produk. Untuk ibu-ibu baru atau sesiapa yang pernah alami macam saya, jangan risau,” katanya.
Selepas melahirkan anak, Lala mengambil inisiatif mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah kulit yang dialaminya. Dia turut berkongsi gambar perubahan wajahnya pada hari ke-7, hari ke-21 dan hari ke-27 selepas bersalin yang menunjukkan pemulihan positif.
Antara rawatan yang diambil termasuklah prosedur Fotona Rosacea Laser yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit.
Selain rawatan laser, doktor turut memberikan ubat antibiotik, krim sapuan harian dan juga krim malam khas untuk membantu pemulihan kulitnya.
Namun begitu, Lala memaklumkan bahawa beliau belum mengambil ubat jenis makan yang diberikan kerana bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah jaundis.
Perkongsian tersebut mendapat sambutan baik daripada para wanita yang pernah mengalami pengalaman serupa. Ramai yang meninggalkan komen menyatakan sokongan, serta berkongsi kisah masing-masing sebagai tanda solidariti.
Sebilangan besar netizen turut memuji tindakan Lala yang terbuka berkongsi perjalanan pemulihan kulitnya sebagai satu bentuk kesedaran kepada para wanita hamil agar tidak merasa malu atau rendah diri apabila mengalami perubahan fizikal yang bersifat sementara.
Berbakti kepada ibu bapa sememangnya impian bagi setiap anak-anak. Apatah lagi jika mampu menghadiahkan sebuah rumah khas buat mereka, tak tergambar perasaan mereka dapat merasai nikmat tersebut yang mungkin mereka idam selama ini.
Namun, lain pula yang jadi kepada penyanyi, Mark Adam apabila kontraktor yang dipertanggungjawab untuk membina rumah baharu untuk ibu bapa mentuanya melarikan diri.
Menurut Mark, kerja-kerja pembinaan rumah tersebut dibiarkan terbengkalai tanpa pengetahuannya biarpun sebelum ini dia memberikan kerjasama yang baik kepada kontraktor berkenaan termasuk membuat pembayaran penuh.
“Baru-baru ini saya buat rumah untuk mak dan ayah mentua saya, tapi ada masalah dengan kontraktor. Sudah tujuh bulan pembinaan dilakukan, namun sehingga sekarang masih belum disiapkan.
“Saya sudah buat pembayaran penuh, tetapi mereka minta lagi bayaran tambahan sebanyak RM60,000 hingga RM80,000 walaupun struktur rumah pun belum siap lagi,” ujarnya menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam masa sama, pelantun lagu Marry Me itu turut terkilan kerana tidak dapat menunaikan janji untuk membawa ibu bapa mentuanya berpindah ke rumah tersebut menjelang sambutan Aidilfitri pada April depan.
“Sekarang ini macamana, hari raya dah tak lama lagi. Mak dan bapa mentua berharap untuk pindah sebelum raya. Saya sudah cuba buat yang terbaik, tapi ini pula yang berlaku.
“Bagaimanapun saya sudah membuat laporan polis dan kita tengok apa macamana nanti,” katanya.
Tidak hanya itu, Mark berkata, dia terpaksa menukar kunci rumah kerana kontraktor terbabit tidak memberikannya salinan kunci sekali gus menidakkan dia untuk masuk ke rumah tersebut.
“Sekarang saya sudah tukar kunci kerana mereka mengunci rumah itu dan tak bagi saya kunci. Bayangkan tuan rumah tak boleh masuk rumahnya sendiri.
“Saya ada hak untuk masuk dan tengok keadaan rumah. Bagaimanapun, kita tengok apa mereka akan buat selepas (laporan polis) ini,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengalaman membawa anak bercuti dengan menaikki kapal terbang sambil ditemani suami disisi itu mungkin perkara biasa yang kita lakukan bila ingin bercuti bersama keluarga tercinta.
Namun lain kisahnya apa yang diceritakan oleh ibu ini, bila mana terpaksa mengharungi 18 jam travel ke Abu Dhabi secara bersendirian dengan ditemani empat orang anak yang masih kecil.
Hakikatnya pengalaman itu ‘guru sejati’, jadi buat anda yang merancang untuk melancong dengan ditemani anak-anak yang masih kecil ada baiknya manfaatkan perkongsian ini. Semoga anda juga boleh berasa tenang dan tidak stress mengharungi tempoh masa perjalanan yang lama bersama anak-anak.
Jom semak.
Saya kongsikan sedikit,tips bagaimana saya travel dengan 4 orang anak-anak yang masih kecil cuti sekolah yang lalu – Dec 2015. Masatu Ammar 7 tahun, Sumayyah 5 tahun, Fateh 3 tahun dan Maryam 9 bulan.
Kadang-kadang, saya pun tergelak bila ingat semula moment tu. 18 jam Travel with 4 active kids! Giler tak giler. Hikhikhik.
Ok, sebenarnya travel dengan anak-anak kecil ini boleh jadi mudah kalau kita pandai tackle keadaan mereka.
Anak-anak akan jadi sangat aggressive dalam keadaan mereka :
1) Lapar
2) Penat/ mengantuk
3) Boring/ tak ada aktiviti
Jadi sebelum FLY, saya kena pastikan preparation yang mencukupi untuk cater 3 masalah di atas.
Saya kongsi sedikit ek apa yang saya buat sepanjang travel selama 18 jam dengan anak-anak:
1) Bawa bekalan makanan dan air yang mencukupi
>> Kalau kita travel dengan anak-anak, kita boleh bawa masuk air dan makanan masa di Airport. Tak kena tahan dengan immigration. Sebab mereka anggap ia sebagai baby food.
>> Saya bawa 2-3 botol air mineral yang kecil. Kalau habis, boleh minta stewardess isi semula atas flight. Bila nak sampai ke destinasi, saya buang je botol-botol tu. Kalau bawa botol air Tupperware, memang tak boleh buang sesuka hati lah. Mahal.
>> Bekalan makanan pula, saya bawa biskut, roti, cereal yang kotak kecil, dan Brahims (saya beli lauk kari ayam, kurma daging, ayam masak merah, nasi goreng tomato, nasi goreng cendawan). Memang dalam flight ada makanan, tapi kita kena selalu “expect the unexpected”. Anak-anak ni, bukan boleh jangka. Kadang dalam flight tak nak makan, nanti turun flight, baru nak makan.
>> SUSU. Mujur Maryam breastfeeding, so senang sikit. Tapi sumayyah & Fateh masih minum botol, jadi preparation untuk susu mereka WAJIB ada! Kalau tak, boleh terbalik kapal terbang kalau mereka tak dapat susu.
2) Bawa baju salin anak-anak
>> since travel hours kami panjang (9 jam atas flight + 9 jam transit), jadi baju extra untuk anak-anak kena ada. Terutama untuk Maryam & Fateh. Nanti muntah ke, kotor kena makanan ke, tirih berak kencing ke.. So ada baju nak ganti.
3) Bawa buku cerita
>> Saya tak bawa gadget atau toys untuk anak-anak ketika fly. Sebab susah nak manage. Kang tertinggal, habis! Buku cerita adalah yang terbaik. Anak-anak pun suka kalau Ummi dia bacakan cerita untuk mereka (walaupun cerita tu sudah berulang kali baca. Hahahahaha ) Airlines biasanya akan bagi buku mewarna dan color pencil untuk kids traveler. So selain baca buku, anak-anak saya pun akan do coloring juga.
4) Bawa bekalan Vitamin untuk anak dan ibu
>> Hah, yang ini jangan sesekali abaikan tau. Anak-anak akan buat hal bila badan mereka penat atau tak sihat. Bila travel, waktu makan kadang lari. Dan kita pun tak mampu nak provide makanan yang lengkap dan seimbang untuk mereka. Jadi suka atau tidak, kita perlu tampung dengan supplemen. Macam saya, saya bawa vitamin C & Omega (minyak ikan) untuk anak-anak. Kedua-dua ni bagus as body protection. Yerlah, travel ni pun.. Kita berhadapan dengan macam-macam jenis orang. Mana tahu, ada yang berpenyakit. Jadi kita perlu lindungi anak-anak dengan beri sesuatu yang boleh meningkatkan antibodi mereka.
>> Untuk saya pula, WAJIB ada kalsium (Ostematrix) dan vitamin C. Saya letak semua Vitamin ni dalam pill box. Fuh, penting sangat tau. Kalau badan tak sihat, bagaimana nak urus anak-anak seorang diri? Alhamdulillah, makan Ostematrix, pinggang saya tak sakit even kena dukung Maryam selalu. Dan saya still energetic even kena handle anak-anak seorang diri selama 18 jam!! Haha
5) Jangan bawa banyak sangat Hand carry bag
>> Since saya travel seorang diri tanpa suami, jadi saya perlu monitor everything. Saya bawa satu beg Simple dimple, dalamnya ada passport, handphone, beg duit, baju salin anak-anak, tisu, tuala kecil, drypers dan toilet kits. Manakala Ammar & Sumayyah, masing-masing bawa 1 beg sandang, dalamnya ada botol air, makanan & buku cerita.
>> Jangan bawa banyak sgt beg, nanti susah nak handle.
6) Pastikan duit mencukupi
>> Saya bawa kad kredit yang telah diaktifkan siap-senyap. Any emergency, senang. Masa transit 9 jam, saya Check in di airport hotel. Fuh, lega. Anak-anak boleh rest, mandi dan tidur di tempat yang selesa sedikit. Suap mereka makan dengan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia..
>> untuk yang tak ada kad kredit, boleh bawa duit yang dah ditukar siap-siap.. Sekurang kurangnya dalam RM300-RM500 (to be safe)
7) Mental preparation
>> Last but not least, mental preparation. Saya akui, bukan mudah nak travel seorang diri sambil bawa 4 orang anak-anak yang masih kecil.
>> Sebab tu penting, control emosi. Kalau kita rasa FUN, in shaa Allah.. Semua akan jadi seronok. Kalau rasa Stress, maka itu yang kita akan dapat.
>> Anak-anak pun tak kan rasa enjoy kalau Ummi mereka stress. Padahal kita travel bawa anak-anak sebab nak bagi mereka seronok.
>> Part paling mencabar bila anak-anak nak pergi toilet ketika dalam flight. Saya terpaksa gilir-gilir bawa Ammar, Sumayyah, Fateh ke toilet sambil dukung baby Maryam.
Stewardess ada offer nak dukung baby, tapi saya tak nak. Entahlah, saya ni.. Tak suka nk susahkan orang. Saya lebih suka challenge diri saya untuk buat kerja sendiri.
As I said, yang penting adalah EMOSI kita. Walau saya penat, tapi saya sangat enjoy. Budak-budak.. Biasalah ada buat hal. Fateh siap melalak menangis kuat ketika flight nak take off. Sbb dia mengantuk, dan nak minta Ummi dia peluk. Saya pujuk dia perlahan-lahan sambil doa dalam hati.. Minta Allah tenangkan hati anak saya. Alhamdulillah, dalam 10 minit je, lepas tu dia senyap.
The Power of Doa..
Dan… Saat yang paling bermakna, bila sampai sahaja Airport Abu Dhabi, anak-anak terus peluk babah mereka. They were so excited. Yerlah, 2 bulan tak jumpa babah mereka.
Bila saya tengok moment tu, hilang semua rasa penat travel.
Ok, ini sahaja yang boleh saya kongsikan. Semoga ada manfaat untuk mereka yang plan nak travel dengan anak-anak kecil.
Nanti kan cuti sekolah, mana tahu ada plan nak travel dengan anak-anak kecil.
Tips ni bukan utk travel dengan flight je, even Travel naik kereta pun kena prepare betul-betul bila ada anak-anak kecil. Especially for long hour journey…