Ramai ibu bapa inginkan anak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dengan lancar. Ada yang menghantar anak ke kelas tambahan atau mengupah guru datang ke rumah.
Menarik dengan perkongsian seorang bapa ini, apabila latihnya anaknya bercakap bahasa Inggeris di dalam kereta setiap kali balik dari sekolah dengan cara merakamnya.
Bapanya berkongsi rakaman itu menerusi Tiktok miliknya, osman_affan
menunjukkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun sedang menceritakan kejadian yang berlaku sepanjang berada di sekolah.
“Salah satu cara saya bantu anak-anak saya yakin bercakap dalam Bahasa Inggeris.”
Penampilan terbaru Intan Salleh ketika sambutan hari lahir suami mencuri tumpuan ramai apabila ada yang meneka selebriti media sosial ini sedang hamil.
Sementelah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menerusi video yang dimuatnaik ini dilihat memberi hadiah berupa ujian kehamilan sebagai kejutan buat suaminya.
Dia dalam pada itu mengakui biarpun keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun hanya boleh mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor.
Jelasnya lagi, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum. Begitupun, dia akan memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar.
Terbaru, dua keping gambar yang dimuat naik oleh Intan di Instagramnya ketika bercuti bersama keluarga jelas menjawab segala persoalan.
“Bagi can la ek… tak tau nak tulis caption apa,” tulis Intan ringkas di kapsyennya.
Baby bump Intan yang jelas kelihatan menarik perhatian dan seolah-olah mengiyakan teka teki pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah malah menitipkan nasihat serta mendoakan kebahagian wanita ini selepas melalui waktu-waktu yang suram suatu ketika dahulu.
Malah mereka turut mendoakan Intan agar dipermudahkan hingga melahirkan kelak.
Apabila anak-anak tak sihat, mak dan ayah orang yang paling tak senang duduk. Rengekan si kecil menahan kesakitan membuatkan hati terasa sedih.
Di tambah pula waktu menerima rawatan, pelbagai cara dilakukan supaya si anak tidak meragam.
Demikian dengan anak penyampai radio Hotfm, Haziq Husni apabila kedua-dua anaknya dimasukkan ke wad akibat radang paru-paru.
Menurut Haziq, anak-anaknya Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan dan Chayra Aulia, empat bulan disahkan terkena penyakit berkenaan selepas doktor melakukan ujian X-ray.
Sebelum ini dia sering membawa anak-anaknya ke klinik tetapi doktor hanya menyatakan ia batuk biasa.
“Lebih tiga bulan kedua-dua anak saya mengalami batuk berterusan sehingga memaksa saya membawa mereka ke hospital.
“Heidy sebelum ini hanya mengalami batuk biasa malah dia sangat aktif, tetapi ia menjadi teruk apabila dia mula mengeluarkan batuk berkahak sehingga muntah.
“Manakala Chayra pula batuk setiap hari dan tidak sangka ia adalah punca radang paru-paru,” katanya.
Katanya, kedua-dua paru-paru Heidy mengalami masalah dan Chayra hanya sebelah saja.
Tambah Haziq lagi, kemungkinan anak-anaknya akan ditahan selama seminggu di hospital untuk memudahkan doktor melakukan pemantauan dan pemeriksaan lanjut.
“Sebagai seorang bapa pastinya saya bimbang melihat keadaan mereka apatah lagi Chayra sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit Pertussis (batuk kokol).
“Sekarang penyakit lain pula yang dia hidapi. Saya mohon doa semua semoga anak-anak saya segera sembuh kalau boleh saya tidak mahu mereka lama-lama di hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang memujuk anaknya mendapatkan rawatan neb.
Menariknya, Haziq menggunakan pendekatan menyanyi bagi membolehkan anaknya senyap dan tidak meronta-ronta ketika rawatan tersebut.
“Ni cara daddy bagi Heidy senyap time neb. Kesian memang kesian. Tapi nak sihat kan? Kena juga neb. Dengar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Macam kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu.
“Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ketepi. Kunci pakai tangan kita. Tapi kunci lembut-lembut je. Kemudian, kaki dia kunci dengan kaki kita. Kepala dia pun tak boleh duduk diam juga.
“Jadi, tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia tak boleh gerak. Last, nak bagi suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar,” Tulis Haziq di kapsyennya.
Perit rasanya bila mengalami alahan ketika awal mengandung atau morning sickness. Jika wanita sanggup berkorban demi anak yang dikandung dalam perut, macam mana pula halnya dengan suami atau bakal bapa. Mampukah?
Melalui perkongsian oleh satu akaun Tik Tok, Shah Nazri berkongsi pengalamannya yang terkena pembawaan ketika isteri hamil.
Apa yang menarik katanya, dia terpaksa menanggung alahan itu malah kerap merasa loya dan pening kepala. Bahkan di tempat kerja sekali pun, dia terpaksa bergantung kepada plaster koyok untuk bertahan.
“Kerja dengan alahan bukan senang,” tulisnya dikapsyen.
Tambahnya berkongsi, ketika bekerja dia menghadapi kesukaran bila mana asyik merasa loya dan pening bahkan kerap mengambil cuti sakit kerana merasa tidak selesa ketika berada di pejabat.
Bukan itu sahaja, melalui perkongsian beberapa videonya, bakal bapa ini juga turut mengalami hal yang sama di rumah namun dia beruntung kerana sepohon pokok limau di hadapan rumahnya menjadi pengubat.
Melalui perkongsian videonya, dia dilihat kerap kali ke pohon limau itu bagi menghidu kesegaran daun limau yang sememangnya boleh meredakan alahan yang dialaminya.
Makin bertambah lucu bila bakal bapa ini turut sering mengambil kerusi dan duduk melepak di hadapan pokok ini bagi meredakan masalahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat bakal bapa ini yang bermacam ragam gayanya ketika menahan alahan.