Bercakap tentang menu istimewa yang sering dijadikan pilihan merai tetamu ketika Hari Raya, selain juadah ketupat, lemang dan rendang ada satu lagi menu yang digemari ramai iaitu laksa.

Jadi sebab itu juga, jika anda perasan bila raya saja mesti susah nak dapatkan bunga kantan ni di pasar-pasar. Jika ada pun harga yang dijual lebih mahal berbanding hari-hari biasa. Oleh itu, sekiranya ibu-ibu merancang untuk membuat laksa untuk Hari Raya nanti, lebih baik membeli bunga kantan tersebut sekarang!

Usah bimbang akan kualitinya bila ingin digunakan. Ini kerana, tahukah ibu-ibu bahawa bunga kantan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang?  Di sini ada petua atau trik yang boleh anda lakukan untuk pastikan bunga kantan dapat disimpan lebih lama dan kekal elok.  Ikuti perkongsian ini.


Percaya tak kalau saya kata bunga kantan ni saya beli +-5 bulan lepas? Masih cantikkan?

Bunga Kantan 5 Bulan Simpan Pun, Masih Ok. Ketahui Caranya!Bunga Kantan 5 Bulan Simpan Pun, Masih Ok. Ketahui Caranya!

Siapa pengemar laksa asam tu boleh le ikut petua saya ni. Saya beli bunga kantan ni masa harga dia murah dan musim bunga banyak.

IKLAN

Caranya:
1. Beli bunga kantan yang segar.

2. Kemudian masukan dalam plastik dan ikat kemas.

3. Simpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku.

“Boleh tahan bebulan-bulan lamanya. Saya pernah buat sampai setahun lebih. Ada masa bunga kantan payah nak dapat (bukan musim) bolehlah ikut cara ni. Bila nak masak baru keluarkan”

IKLAN

Apa yang pasti ibu-ibu memang bijak mencari cara untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan dapat disimpan lama dan kekal segar. Antara cara paling popular dan mudah adalah dengan bekukan di dalam peti sejuk.

Selain bunga kantan, ibu-ibu juga sering lakukan perkara yang sama untuk bahan-bahan yang lainnya sebagaimana komen di bawah.

Pisang

“Sama jugak dengan pisang..beli dulu belum tau nak buat bila2 menu kegemaran..Bekukan..setahun pun tak per..nanti nak masak keluarkan..elok seperti baru.”- Irra Sharmiella.

IKLAN

Lengkuas

“Saya pun buat macam ni jugak pada lengkuas, tahan lama,”- Cahaya Malaika Khaira

Serai

“Saya pun buat macam tu.. bukan bunga kantan ja macam-macam lagi boleh praktik macam tu.. serai.. daun kari.. daun limau purut dan banyak lagi. Semua saya bekukan.”-D Bunga Florist Hampers

Sumber : Norhizam Harum Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI