Ada orang kata, kehidupan seseorang itu bermula pada usia 40 tahun. “Life begins at forty…” ini memang biasa kita dengar. Kenapa begitu? Pada usia 40 tahun biasanya seseorang itu akan mencapai puncak kehidupan baik dari segi fizikal, intelektual, emosi mahu pun spiritual.
Umumnya ketika di usia ini, kita benar-benar telah meninggalkan zaman muda dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar. Bagi golongan yang mencapai usia 40 tahun, mereka perlu berfikir lebih jauh kerana usia itu mereka sudah berada di persimpangan terakhir sebelum menempuh fasa menanti pengakhiran hidup di dunia.
Dan sebab itu juga, digalakkan untuk kita yang telah mencapai usia 40 tahun ini agar konsisten untuk amalkan doa ini. Bahkan Ustaz Khairul Anuar Basri menyarankan agar dihafal sebaiknya. Ikuti perkongsiannya tentang doa tersebut.
Pagi ini saya nak ajar kat you all, doa wajib hafaz dan baca untuk semua yang berumur 40 tahun ke atas macam saya.
‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Cuba hafaz doa ini baik-baik. Amalkan setiap kali lepas solat.
Ads
Ada 3 benda yang kita minta sekaligus dalam doa ini :
Minta jadi orang bersyukur dengan segala nikmat.
Minta supaya tetap mengerjakan amalan soleh.
Minta agar sifat kebaikan meresap masuk ke dalam diri anak-anak.
Ads
Masuk umur 40 tahun ni, kita dah sampai tahap kritikal dan sangat penting. Kita sudah tidak punya masa berbaki yang banyak. Bila-bila masa saja Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.
Selamat pagi kawan-kawan.
Mula jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut. Mula jadi orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja. Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua. Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.
Dalam kehidupan berumah tangga tak lepas dari berlakunya perselisihan faham, namun bagaimana cara untuk pasangan itu mengatasi masalah tersebut.
Ibarat kata pepatah tarik rambut di dalam tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak berselerak. Demikian juga pasangan suami isteri berbincang supaya sama-sama mendapat jalan penyelesaian.
Wawa Zainal dan Aeril Zafril, pasangan muda yang cukup terkenal dan sering menjadi contoh buat pasangan muda lain. Bukan hanya berkahwin dalam usia muda, bahkan pasangan ini sama-sama berusaha dalam bidang bisnes serta membesarkan tiga cahaya mata dengan baik.
Wawa berkongsi satu video tip bagaimana untuk mengatasi isu pasangan sukar untuk mengungkapkan kata maaf.
siapa sejenis pasangan dia susah nak minta maaf? amalkan ni k.
Itu kapsyen yang dimuat naik Wawa Zainal menerusi laman instagramnya.
Dalam video tersebut, wawa berkata jika berlaku salah faham antara dia dan suami, walau bagaimana sekali pun salah suami, dia tetap akan memaafkan dan tidak menyimpan di dalam hati.
“Saya percaya kepada rezeki. Jika kita sentiasa memaafkan pasti rezeki akan melimpah ruah dan dipermudahkan buat kami.
“Mungkin perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia akan memberi impak yang besar,” ujar Wawa lagi.
Menerusi komen yang diterima, rata-rata bersetuju dengan apa yang Wawa kongsikan.
thekakyong Betul, boss wawa dengan aeril pernah pesan supaya cuba jangan bergaduh sesama suami isteri selama setahun. Mesti rezeki tu dtg berlipat kali ganda. ❤️❤️ saya follow hampir 3 tahun Alhamdulillah rezeki saya tak pernah putus!! Thankyou boss nasihatkan kami 😢😢
fezolzninaIngat lagi masa seminar, lady boss (wawa) pesan, jgn masam2 muka dgn suami. Kalau gaduh cpt mtk maaf. N kena ikhlas maafkan. Mcm tu jugak suami. Sbb utk kelancaran rezeki, dipermudahkan rezeki, rumahtangga dan pasangan tu kena sentiasa berkasih syg.. sampai sekarang melekat dalam hati dan minda pesanan tu 🤍 dan btul alhamdulillah.. mmg terbukti ☺️
einasakinah Thankyou wawa for your tips n advice❤️
Baru-baru ini tular di media sosial seorang Tiktoker dikenali sebagai Cikgu Ayu menegur supaya orang ramai bertolak ansur dengan anak-anak kecil yang membuat bising di kedai makan berikutan kejadian yang dilaluinya apabila anaknya yang menangis di kedai makan dipandang pelik oleh sesetengah individu.
Namun, tegurannya itu mengundang pelbagai reaksi dari warganet kerana merasakan peranan ibu bapa juga penting bagi tidak membiarkan anak-anak menjadi tidak terkawal.
Salah satunya, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad yang menyatakan dia tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan TikToker tersebut kerana dia juga mempunyai anak kecil dan kerap makan di luar.
Kata Betty, sebagai pengunjung kedai makan, sudah tentu pelanggan membayar untuk mendapat makanan dan suasana yang selesa, bukan mendengar tangisan serta riuh anak-anak kecil.
“Diorang datang ke kedai makan nak makan, diorang bayar diorang nak makan bukan nak dengar anak kita menangis.” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok miliknya.
Jadi, dia merasakan ibu bapalah yang memainkan peranan sama ada membungkus makanan dan membawa pulang supaya tidak mengganggu orang lain ataupun membawa mainan bagi melekakan seketika anak-anak ketika penjaga sedang makan.
“Mak ayah tak boleh selfish. Saya pun sakit hati, saya pandang 360 darjah kalau tengok mak ayah elok makan tapi anak tengah menangis dan ganggu orang lain” tambahnya.
Dalam pada itu, pengarah Micheal Ang juga turut meluahkan pendapatnya bahawa wanita berkenaan tidak seharusnya menyalahkan orang lain sekiranya mereka berasa kurang selesa, sebaliknya ibu bapa yang sepatutnya mengajar anak-anak untuk menjaga kelakuan ketika di tempat awam.
Meninjau di ruangan komen perkongsian Betty dan Micheal, rata-rata bersetuju dengan pendapat kedua-dua selebriti ini dan merasakan lebih baik ibu bapa yang mempunyai anak kecil makan dirumah kerana dapat mengawal anak-anak daripada menggangu orang lain.
Sumber: TikTok Betty Rahman, Instagram Micheal Ang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik sapu planta atau kaya je pada roti, bosan juga kan. Abak-anak pun mula la muncung mulut tak nak makan. Apa kata ibu-ibu cuba buat krim marjerin pelbagai perisa ini untuk memikat selera si anak untuk bersarapan. Selain roti, boleh juga disapu pada kek.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Masni Bahari. Selamat mencuba!
Jom kita buat krim majerin untuk anak2 kita kesekolah..x la jemu meka asyik dok calit dgn palanta skaya ja..yg akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin n gula ja..tp akak nak dia lebih rasa sedap n lemak skit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal..jom intai apa yg akak derhaka tu RESIPI..
1cwn majerin pelangi..
1cwn gula..blend
Setengah cwn susu cayaq..
4sb susu pekat..
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu cayaq..
Perisa..ikut masing2 ya..
CARANYA..
Campoq semua bahan kecuali perisa..mixer sampai kembang n jd putih gebu..bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dlm peti ais..akak nak gtau ya..klu nak buat krim ni jgn sesekali guna butter ya..sbb butter cepat cair.. Koko perisa coklat..
Hijau perisa pandan..
Putih perisa vanila..
Kuning perisa jagung..
Pink perisa strawberry..
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.