Ads

Wardina Safiyyah Syukur Anak Kedua Selamat Bernikah, Titip Pesanan Penuh Makna

Bekas pelakon dan pengacara popular, Wardina Safiyyah meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya, Azra Sareera, selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ali. Perkhabaran gembira mengenai majlis pernikahan itu dikongsikan sendiri oleh Wardina menerusi laman Instagram miliknya sehingga menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pengikut.

Wardina yang kini bertugas sebagai ahli psikologi bertauliah dan menetap di Brisbane, Australia berkata, detik bersejarah itu menjadi satu nikmat besar buat seluruh keluarga mereka.

Menurut Wardina Safiyyah, majlis akad nikah Azra dan Ali telah berlangsung dengan lancar pada 11 Julai lalu dalam suasana penuh sederhana, tenang dan diberkati.

Wardina Safiyyah Syukur Anak Kedua Selamat Bernikah, Titip Pesanan Penuh Makna

Wardina Safiyyah Luah Rasa Syukur

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Azra yang cantik, anak perempuan kedua kami yang amat berharga. Dengan keberkatan daripada-Nya, Azra selesai menyempurnakan akad nikah bersama Ali, yang kini bergelar anak lelaki saya.

“Alhamdulillah, bertambah lagi seorang anak lelaki dalam keluarga kami yang semakin membesar. Saya sangat menyayangi mereka berdua,” coretnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang menzahirkan rasa gembira melihat keluarga kecil Wardina terus berkembang serta mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baharu tersebut.

Wardina Safiyyah Syukur Anak Kedua Selamat Bernikah, Titip Pesanan Penuh Makna

Ads

Pesanan Bermakna Buat Pengantin Baharu

Sebagai seorang ibu, Wardina Safiyyah turut menitipkan pesanan yang cukup bermakna kepada Azra dan Ali dalam melayari alam rumah tangga.

Beliau berharap pasangan itu sentiasa bekerja keras, bersabar dan tidak mudah berputus asa ketika berdepan setiap ujian kehidupan.

“Bekerja keraslah, jalani kehidupan dengan penuh kesabaran, jangan mudah berputus asa terhadap diri sendiri, sesama pasangan dan juga impian kamu.

“Semoga perkahwinan ini membawa limpahan rezeki daripada Allah kerana perkahwinan adalah sumber barakah dan pelengkap separuh daripada agama. Kini masanya untuk fokus pada masa depan bersama,” kongsinya.

Wardina turut mengingatkan bahawa sebuah perkahwinan yang bahagia memerlukan kerjasama, komunikasi yang baik serta saling menghormati antara satu sama lain.

Ads
Wardina Safiyyah Syukur Anak Kedua Selamat Bernikah, Titip Pesanan Penuh Makna
Gambar IG Wardina Saffiya

Semoga Terus Menjadi Sahabat Baik

Selain mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka, Wardina Safiyyah berharap Azra dan Ali akan terus menjadi sahabat baik yang saling menyokong dalam apa jua keadaan.

“Semoga kamu berdua terus menjadi sahabat baik dan mengharungi segala cabaran serta liku-liku kehidupan ini bersama-sama sebaik yang mungkin.

“Alangkah indahnya apabila mempunyai seorang sahabat yang boleh dipercayai di sisi untuk sentiasa mendorong kita menjadi insan yang lebih baik,” titipnya.

Menurutnya lagi, persahabatan yang kukuh antara suami dan isteri mampu menjadi asas kepada sebuah rumah tangga yang harmoni dan berkekalan.

Berbakti Kepada Ibu Bapa Dan Mencari Keredaan Allah

Dalam masa sama, Wardina Safiyyah mengingatkan pasangan berkenaan supaya tidak melupakan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu bapa walaupun telah mendirikan rumah tangga sendiri.

Ads

“Bekerjalah bersungguh-sungguh, berbakti kepada kedua-dua ibu bapa dan jalanilah kehidupan ini dengan sentiasa mencari keredaan Allah. Sentiasalah berbuat baik, bermurah hati dan rajin memberi kepada orang lain,” katanya.

Di akhir perkongsian, Wardina turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat keluarganya.

“Semoga Allah mengurniakan kita semua peluang untuk merasai kemanisan sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa melindungi kita semua. Terima kasih atas doa-doa anda semua,” katanya lagi.

Kehidupan Wardina Safiyyah Di Australia

Untuk rekod, Wardina Safiyyah mendirikan rumah tangga bersama arkitek, Ikhwan Johari pada tahun 2002. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

Mereka sekeluarga berhijrah ke Australia pada tahun 2014 selepas Wardina menyambung pengajian di negara itu. Kini beliau aktif sebagai ahli psikologi bertauliah di Brisbane selain terus berkongsi pandangan berkaitan kekeluargaan, pendidikan dan pembangunan diri menerusi media sosial.

Kisah yang dikongsikan Wardina Safiyyah bukan sahaja menggembirakan peminat, malah menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa mengenai pentingnya doa, kasih sayang dan bimbingan yang berterusan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia serta diredai Allah SWT.

BACA SINI : Faizal Ismail Sebak Lepaskan Puteri Sulung Jadi Isteri Orang

Sumber: Instagram
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Tak Boleh Bezakan Ibu Kandung Dan Mentua”, Ikhlas Jaga Mentua Lumpuh,...

Kisah menyentuh hati seorang menantu yang ikhlas menjaga ibu mentua angin ahmar selama dua tahun membuktikan kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan mampu membawa rezeki yang tidak disangka-sangka.