Trend kini apabila meraikan hari jadi atau meraikan ulang tahun perkahwinan pastinya menggunakan cara ‘kek tarik duit’.
Biasanya kek begitu disediakan dengan lubang kecil serta didalam kek akan diletakkan duit supaya pelanggan akan menarik duit satu persatu. Oleh sebab itu ia dipanggil ‘kek tarik duit’.
Menarik dengan kisah perkongsian seorang peniaga kek yang di muat naik di Instagramnya @nelly_atan bahawa menerima tempahan seorang pelanggan yang kurang faham dengan harga kek yang ditawarkan. Kisah ini telah menjadi tular di media sosial.
Salah faham pelanggan mengenai harga dan jumlah duit yang pelu diletakkan dalam kek telah mengundang lucu dikalangan netizen.
Pelanggan yang kelihatan terkejut selepas dimaklumkan jumlah kek berkenaan bernilai RM1,230 selepas beliau beranggapan beliau hanya perlu membayar RM230 sahaja bagi mendapatkan kek dengan wang RM1,000 tersebut.
Ads
Perkongsian itu telah menarik perhatian netizen yang melihat ia sesuatu yang melucukan. Ada juga beranggapan pelanggan tersebut menyangka duit palsu yang dimasukkan dalam kek berkenaan.
Dalam pada itu, kisah ini turut mendapat perhatian shopee sehingga menjadikan ia salah satu promosi di Instagram.
Dalam melayari alam rumah tangga, suami isteri kenalah ada sifat memberi dan menerima. Barulah aman dan bahagia. Saling bekerja sama, bertolak ansur dan terima kekurangan serta kelebihan pasangan.
Satu lagi bab yang tak boleh dipandang enteng adalah pemberian nafkah pada isteri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar daripada suami. Namun bab nafkah tidak boleh dibuat main.
Kena juga tahu, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga. Jadi para suami, haruslah ingat bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumah tangga.
Walaupun isteri tidak meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan waima RM10. Hadamkan perkongsian dari wanita bernama Maryam Elyas ini.
NAK MURAH REZEKI? JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI, JAGA NAFKAH SEMAMPUNYA
Sepanjang jadi wartawan, banyak kali CikYam jumpa kes rumahtangga runtuh sebab suami abai bab nafkah. Terutama kat isteri yang bekerja.
Ramai suami zaman sekarang pandang ringan bab nafkah. Bila sebut nafkah je, suami rasa alaaaaa benda boleh bawak bincang. Lagi-lagi kalau isteri bekerja.
Isteri bekerja ni pulak satu hal. Kadang disebabkan korang rasa korang mampu, korang pun buat tak kisah.
Yes, nafkah tu hak isteri. Kita boleh je tak amik hak tu sebab kita mampu. Tapi nafkah adalah tanggungjawab suami. Membiarkan suami pandang remeh bab nafkah akan menjadikan seorang lelaki tu sebagai lelaki lepas tangan.
CikYam tak cakap pasal orang lain. CikYam cakap pasal diri sendiri. Macam mana isteri redha dengan keadaan suaminya, itu terserah pada isteri tu sendiri. Tapi suami kena jalankan tanggungjawab sebaiknya. Tunjukkan effort tu.
Please jangan culas. Jangan ambik kesempatan. Nafkah isteri bukan duit yang korang bagi untuk beli susu anak, beli jajan, beli barang dapur. Bukan. Duit nafkah adalah duit untuk isteri pakai bagi kegunaan sendiri. Misalnya isteri simpan untuk beli gelang emas. Haaaa gitu.
Suami CikYam takde gaji tetap. Duit dia dapat tiap hari hasil niaga burger. So lepas tolak kos barang mentah dan duit gaji hari dia, dia selit la sikit kat benda alah ni sebagai duit jajan CikYam.
Tiap hari kujeling. Syok tengok makin lama makin nak penuh sampai hujung bulan. Dulu CikYam tak amalkan benda ni. Selalu Cik Abang bagi cash time CikYam nak gi keje. Best macam ni sebab nampak duit masuk tiap hari. Macam nak main tikam-tikam pun ada. Haha.
CikYam dengan cara CikYam. Orang lain CikYam tak tau. CikYam just jadi diri sendiri. Ginilah CikYam. Rumahtangga masing-masing kan?
Pada satu tempoh yang tertentu pagar rumah atau jeriji tingkap yang terdedah dengan hujan dan panas terik matahari akan menyebabkan besi tersebut berkarat.
Bahkan cat juga boleh terkopek dan menampakkan pagar atau jeriji tingkap rumah tidak menarik dan nampak usang. Malah jika dibiarkan terlalu lama bimbang juga besi akan karat mereput.
Umumnya cara paling cepat dan mudah untuk mengambalikan seri jeriji tingkap atau pagar rumah adalah dengan menggunakan cat. Namun jika hanya ditindan pada cat asal, itu suatau tindakan yang merugikan.
Ini kerana cat tersebut pasti akan mengelupas kembali dan tidak kekal lama.
Di sini ada dikongsikan cara yang terbaik boleh anda praktikkan sebagaimana yang dikongsikan oleh Ben Safwan untuk info bersama.
CARA CAT BESI OUTDOOR SUPAYA LEBIH TAHAN LAMA
Lama saya stop DIY PREMIUM kan,maka hujung tahun begini ambil kesempatan untuk touch up rumah. Hampir setahun duduk rumah ni, cat finishing asal developer guna dah mula tanggal. Kalau dibiarkan boleh melarat hingga karat makan habis tangga besi ni.
Dah mula terbit bunga karat di beberapa bahagian. Segelintir orang akan terus cat tindan je. . Tapi itu CARA YANG SALAH walau ambil masa yang cepat.
Sebab cat baru ditindan atas lapisan cat asal yang sememangnya dah mudah terkopak. Maka takkan bertahan lama. Nanti terkopak balik. Tak berapa efektif .
Cara betul dia. Kena buang lapisan cat lama dahulu . Ada 2 cara.
Guna Paint Remover cepat tapi leceh. Kena sapu bahagian demi bahagian,bersihkan bahagian itu dulu. Kalau lambat bersih ,akan jadi keras semula dan kena gosok dengan kertas pasir.
Dah setel semua,bersihkan dan saya tutup dengan plastik untuk spray.
Guna cat primer iron oxide. Cat ni juga berfungsi untuk anti rust. Brand KTH ,LSC ada. Saya suka guna primer iron oxide finishing matte dulu dan baru untuk permukaan guna iron oxide gloss.
Walaupun suka matte, tapi kalau ditoreh dengan kuku pun dah nampak pada permukaan besi. Cantik tapi mudah calar. Maka sebab tu saya jadikan gloss sebagai top.
Bancuh dengan thinner dengan nisbah 1:1 kalau guna compressor seperti saya.
Bila dah siap semua, hujannn. Tapi takde masalah. Biarkan kering dulu esok petang baru touch up balik.
Kita yang dewasa ni, bila perginya orang yang paling kita sayang dari dunia ini sememangnya amat terasa kehilangan mereka. Apatah lagi bagi bayi berusia dua tahun ini perlu terpisah buat selama-lamanya di saat memerlukan kasih sayang seorang ibu akibat sebuah kemalangan.
Semasa kejadian, bayi lelaki ini selamat biarpun tercampak keluar daripada kenderaan apabila kereta dinaikinya bersama ibu bapanya dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 291.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, bayi itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan fizikal namun kemalangan terbabit mengorbankan ibunya, Norfadilah Ismail, 34, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi yang dipandu oleh bapa kanak-kanak itu berusia 36 tahun.
Difahamkan, bayi berkenaan tercampak keluar apabila kereta dinaiki tiga beranak itu dilanggar kemudiannya menyusur keluar dari jalan raya berturap sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian jam 8.10 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi Perodua Myvi yang dipandu lelaki berkhidmat sebagai anggota tentera.
“Punca kemalangan akibat Perodua Myvi yang dipandu anggota tentera berusia 22 tahun itu melanggar Perodua Myvi dinaiki tiga beranak berkenaan dari arah belakang.
“Benar (bayi tercampak keluar dari kenderaan) dan mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan, namun setakat ini belum ada sebarang kecederaan serius dimaklumkan yang dialami bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Nazri berkata, mayat ibu bayi yang juga suri rumah akan menjalani proses bedah siasat hari ini di Hospital Kampar.
Menurutnya, Perodua Myvi yang melanggar kereta dinaiki tiga beranak itu kesemuanya dinaiki oleh empat anggota tentera berusia antara 20 hingga 22 tahun.
Mohamad Nazri berkata, selain mangsa maut, kesemua yang terbabit dalam nahas itu meliputi bayi, bapanya, serta empat anggota tentera tidak mengalami kecederaan.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.