Doa seorang ibu cukup besar nilainya dalam kehidupan anak-anak. Selagi ibu masih ada, jangan sesekali mensia-siakan peluang untuk meminta restu dan doanya, walaupun untuk perkara kecil dalam kehidupan seharian.
Itulah antara pesanan yang dikongsikan pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin, menerusi satu hantaran di Threads. Menurut Syatilla, ramai orang berlumba-lumba mahu ke Mekah dan berdoa di hadapan Kaabah agar segala hajat dimakbulkan.
Ads
Namun katanya, ada yang terlupa bahawa di rumah sendiri terdapat sosok seorang ibu yang doanya juga sangat mustajab di sisi Allah.
“Dengar ceramah seorang ustaz, dia kata ramai orang berebut nak pergi Mekah dan berdoa di hadapan Kaabah untuk terkabul segala hajat.
Tapi mereka lupa dalam rumah mereka sendiri ada sosok seorang ibu yang lebih hebat, dahsyat dan mustajab doanya.”
Dalam perkongsian sama, Syatilla turut menitipkan nasihat buat mereka yang masih mempunyai ibu agar tidak mensia-siakan nikmat tersebut.
Ads
“Bagi yang masih ada ibu, minta hari-hari doa ibu walaupun sekecil-kecil hal.”
Perkongsian itu cukup menyentuh hati kerana hakikatnya, ibu adalah insan yang tidak pernah berhenti mendoakan anak-anak. Dalam diam, setiap kebimbangan, kejayaan dan ujian hidup seorang anak sering diiringi doa tulus seorang ibu.
Sebagai anak, jangan tunggu sehingga ibu tiada baru mahu menyesal. Selagi masih berpeluang, hubungilah ibu, tanyakan khabar, mohon maaf dan mintalah doanya. Kadang-kadang doa ibu yang dilafazkan dengan penuh kasih itu menjadi asbab urusan kita dipermudahkan.
Tular di media sosial apabila seekor kucing didapati menanggung kesakitan akibat tertelan tulang ikan. Malah keadaan ini boleh membawa maut.
Melalui perkongsian yang dipaparkan oleh Motif Viral Kucing, dengan caption ringkas.
“Ini sebab kita sebagai manusia perlu buang mindset kucing hanya cukup sekadar diberi tulang ikan. Ubah lah mindset tu.. Bagi isi ikan atau ayam, JANGAN BAGI TULANG”
Malah perkongsian ini telah tular sehingga 11K share, dengan warganet yang meluahkan simpati kepada si bulus berkeaan.
Rata-rata warga net berpendapatan pihak yang memberi makan tulang ikan kepada si bulus berkenaan adalah tindakan yang tidak wajar.
Bagi warga net, biarlah kucing itu jalanan atau peliharaan, elakkan memberi tulang ikan.
Antara warga net berkongsi cerita.
“Kesian dia.. abah aku selalu pesan kat anak² dia. “Kita sedap makan isi , bagi kat kucing tulang buat apa?. Bagi la isi jugak.. dia akan doakan kan kita.. murahkan rezeki kita”. Dan alhamdulillah….. Memang betul la kucing ni pembawa rezeki . Sayangi la binatang kesayangan nabi kita. Insyaallah terselit doa dia bawak kita ke syurga
“Betul tu… saya kalau nak bagi kucing saya makan saya akan pastikan semua ikan bebas tulang….bukan nak mengada, leceh memang leceh tapi sian kat kuxing nie…. nanti diwang sakit dan menderita…biarlah asalkan kucing yg comel nie sihat
“Ni la punca kenapa tak nak bgi tulag dkat kucing.. bahaya..
“Pernah skali bg kucing tulang ayam. Dia mmg ggt dgn lahap. Aku sronok tgk dia “ratah” tulang ayam tu sehingga lah tulang tu tersekat kt gigi dia. Allahu, punya dia meronta nk kluarkan tulang tu dr gigi dia. Aku gelabah tolong skali. Tulah last aku bg tulang kt kucing.
“Cian klu tulang tersangkut kat kerongkong ,cmana ,saya ada dua ekor kucing ,sekor dah 26thn sekor tiga thn lebih ,saya kutip dia tepi jln hujan lebat ,xsampai sethn saya dpt g umrah percuma,nama terpilih,. Alhamdulillah,berkat doa kucing2 saya,sayangi lah kucing ,insyaAllah Allah akan sayang kita.
Wahai ibu ayah. Ketahuilah anak anak memang akan diam di depan TV, laptop dan handphone kerana mereka sedang mengalami ‘sensory lock’ bila berhadapan dengan gajet tersebut
– tangannya terkunci
– tubuh badannya terkunci
– pendengarannya terkunci
– matanya terkunci
– dan seluruh sensori tubuhnya terkunci
Memang anak kita akan diam dan “tak mengganggu” kita lagi tapi ketahuilah ianya sangat memberi kesan buruk jangka panjang jika ianya berlarutan tanpa kawalan
Walau sesibuk mana pun kita usahakan lah untuk berbual, berkomunikasi, bergurau senda dan saling mengisi tangki emosi dengan anak anak kita sendiri.
Akan sampai masanya mereka tak akan berminat lagi untuk bermain dan bergurau senda dengan ibubapanya sendiri. Ketika itu kita akan sangat rindukan gurauan dan kemesraan yang telah kita abaikan selama ini
Sering kali kita mengaitkan urusan kerja rumah dengan kaum wanita. Tidak hairanlah jika kebanyakan ibu bapa hanya meminta anak perempuan yang melakukan kerja rumah dibandingkan anak lelaki.
Seharusnya anak lelaki tidak dibiarkan menjadi ‘raja’ di dalam rumah. Sedari kecil seharusnya dididik supaya besar kelak mereka tahu akan tanggung jawab di dalam rumah. Mungkin ada yang bagi masih menganggap ‘orang perempuan duduk di rumah, orang lelaki cari duit di luar’.
Tapi hakikatnya pandangan sedemikian sudah tidak lagi relevan dengan zaman sekarang. Lihat sajalah berapa ramai graduan di kalangan orang perempuan dan pekerjaan yang memerlukan kemahiran wanita di luar rumah.
Justeru, bukan sesuatu yang ‘pelik’ andai anak lelaki rajin dan ringan tulang di dapur misalnya kelak apabila sudah memegang status ketua keluarga, isterinya akan lebih bahagia dan bersyukur dikurniakan suami yang suka membantu.
Sekalipun anak perempuan melakukan kerja-kerja rumah dengan sukarela, anak lelaki juga tidak boleh ketinggalan dilatih untuk menjadikannya satu kebiasaan – bukan sekadar pada hari-hari yang penting atau istimewa.
Dengan kata lain, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua pun kenalah rajin kan? Nah, hadamkan perkongsian dari saudara Ariff Ismail ini. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana.
JANGAN AJAR ANAK LELAKI JADI PONDAN
” Kakak tolong mama masak, kejap lagi tolong jemur baju, lepastu kain yang dah kering, lipat susun dalam almari “
Rata rata keluarga dalam masyarakat memang akan menitik berat supaya anak perempuan tahu urus soal rumah tangga. Manakala yang lelaki diajar supaya jadi ” King “.
Maka keluarlah dialog :
” kau nak jadi ape? perempuan tak reti masak, tak tahu kemas rumah, besok besok dah besar nak kahwin ape pun kau tak tahu “. Bebel mak nya.
Itu ayat yang biasa mak mak zaman dulu keluar bila membebel perihal anak perempuan. Memang setiap kerja rumah atas bahu anak perempuan.
Anak lelaki kita lebih ditugaskan untuk bertukang, beli barang dan lain lain kerja luar. Itu yang bila dah besar, bini suruh pergi pasar pun tak kenal ikan, tak tahu rupa sayur. Suruh beli lengkuas bawak balik halia. Hahaha ? kau ingat lawak?
Jom ubah sikit cara didikan anak lelaki, jangan letak dalam kepala anak lelaki tak perlu tahu cara urus rumah tangga.
Benda boleh ubah kita ubah. Cukup lah bila suruh kami golongan bapak zaman sekarang ni tak tahu buat.
Kita ajar cara urus rumah tangga bukan nak ajar anak lelaki jadi pondan. Tak salah ajar ilmu memasak, mengemas dan mengurus rumah kat anak jantan kita. Nanti depa tahu buat, kita juga yang senang.
3 cara didik anak lelaki urus rumah tangga :
1. Kemas Rumah
Perkara paling asas perlu di didik dari kecil, ajar anak lepas makan basuh pinggan, lepas mandi masuk baju dalam bakul, lepas main kemas barang, susun semula barang pada tempat nya.
Resam anak jantan ni, lepas makan tinggal je, lepas mandi baju bersepah. Bilik tidur selimut tak kemas, cadar tak betul kan. Sikap ” king ” ni boleh diubah. Bila kita ajar dari kecik sampai ke besar lah mereka akan ikut.
Bila hujung minggu, galakan anak untuk gotong royong basuh toilet, sapu rumah, mop lantai. Jangan manjakan anak dengan kita yang jadi bibik mereka.
2. Pergi Pasar
Kenalkan barang basah dan kering pada anak, jangan fikir ala anak kecik lagi tak perlu tahu. Kalau kita fikir macam tu, memang sampai besar lah dia tak tahu.
Ajar anak beli ikan dan sayur di pasar. Macamana nak tengok ikan tu segar lagi atau tidak. Tunjuk jenis ikan pada mereka, tak da lah besar nanti suruh beli ikan kembong dia bawak balik ikan selar.
3. Masak
Bab ni sangat penting untuk ajar anak kita, ajar masakan asas yang mudah untuk mereka ingat. Ajar macamana nak goreng ikan, goreng nugget, buat nasi goreng. Benda paling simple ajar mereka masak nasi dan goreng telur.
Bukan kita nak ajar dia masak nasi beriyani, tu dah advanced sangat. Bila ajar masak kenalkan pada anak jenis bawang, garam, gula, kunyit. Kunyit ni pesan siap siap kau jangan dah besar mengunyit pulak.
Inshaallah, bila kita dah ajar perkara asas memasak ni, takda lah nanti bila kita outstation ke ada event, anak duk makan maggi je kat rumah.
Semudah ABC dan Alif Ba Ta sahaja nak didik anak lelaki ni supaya jadi lebih bertanggungjawab dan tahu urus rumah tangga. Ajar mereka 3 langkah diatas, jangan hanya focus ajar anak perempuan sahaja bab bab bantu kita urus rumah.
Teringat zaman kecik dulu, saya duk membebel kat arwah mak bila kena masuk dapur, ikut pergi pasar dan belajar masak. Bila dah besar baru tahu ini lah ilmu paling berharga yang mak ajar. Terima kasih mak atas didikan yang di beri.
Dalam keluarga saya memang tak kira lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah. Gambar dibawah anak sedara saya umur baru 12 tahun dah boleh masuk dapur, kemas rumah, dan jaga adik.
– Ariff Ismail –
#family
#ayahanak1
#keluargabahagia
#doublefbrothers
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.