Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Berkongsi pahit manis bersama pasangan pastinya meninggalkan memori yang cukup indah dalam hidup kita. Saat-saat ini pasti akan muncul di fikiran kita, lebih-lebih lagi bila salah seorang sudah pergi terlebih dahulu.
Ini yang dikongsikan oleh seorang bapa anak tiga akan momen indah bersama arwah isterinya. Menurut Khairul Abdullah sepanjang 20 tahun mengenali arwah isterinya, banyak perkara yang dia belajar tentang wanita.
Menerusi perkongsian tersebut di facebooknya, khairul memberikan beberapa tip kepada kaum lelaki jika mahu rumah tangga yang bahagia.
Sepanjang 20 tahun “relationship” saya dengan arwah isteri dari berkenalan, bercinta dan berumahtangga, saya belajar banyak perkara tentang perempuan.
Nah ini senarai agung untuk lelaki yang nak rumahtangganya bahagia.
1. Perempuan suka dengar laki dia ucap cinta atau sayang. Diorang memang dah tahu pun yang kau sayang gila kat dia, tetapi mendengar dari mulut tu buat diorang happy. Setiap hari kau cakap sekali pun jadilah. Bila dia happy satu keluarga akan happy tau.
2. Perempuan suka jika dibantu. Sekecil-kecil benda dari tolong angkat beg plastik yang sedang dijinjing, atau tolong pegangkan beg ketika dia sedang membuka atau mencuba kasut pun sudah berbunga-bunga hati dia. Silap-silap dia belanja kau kasut sepasang.
3. Perempuan sangat appreciate kalau lelaki suka bantu kemas katil. Cuba ketika bangun pagi isteri sedang mandi, suami lekas-lekas kemas katil. Bila dia keluar jer tengok katil dah berkemas. Silap-silap boleh berselerak balik katil lepas tu.
4. Perempuan suka menerima hadiah, walau sekecil-kecil hadiah tanda lelaki ingat pada dia. Sekeping kad, sekuntum bunga atau sekeping coklat sudah memadai. Dia akan peluk kau tak nak lepas.
5. Perempuan suka lelaki yang boleh mendengar. Depa ni suka membawang. Tipulah kalau perempuan tak pernah bergossip langsung. Jadi kalau dia balik rumah cerita itu ini, kau layankan jer. Dia suka sebab dia dapat luahkan.
6. Perempuan ni suka “surprise” atau kejutan. Kalau dikejutkan dengan sejambak bunga pun dia dah gembira bukan kepalang. Apatah lagi dikejutkan dengan tiket penerbangan ke Bandung pun cukuplah, jenuh kau dengar plan dia nak shopping apa.
7. Perempuan ni suka kalau laki dia kemas, kacak bergaya. Bila keluar, pakailah kemas sikit, jangan asyik berselipar jer. Ke jamban pun pakai selipar ke shopping mall pun pakai selipar. Bini punyalah bersiap, pakai tudung pun special sebab seronok nak keluar dengan laki, tapi laki dia selebet pulak. Dia malas jer nak tegur takut kau cakap dia derhaka.
8. Perempuan ni suka dengar jawapan ya berbanding tak. Jadi kau yer kan jer apa dia nak. Yang, esok kita keluar yer? Kau jawab yer. Yang lepas ni kita singgah rumah mak kejap yer, kau jawab yer jugak. Bukan queen control tau, kita jangan serabut kepala dengan “unnecessary quarrel”.
9. Perempuan suka lelaki yang bertanggungjawab. Definasi tanggungjawab ni besar kalau nak rungkai. Mudahnya, kau kena bahagiakan dia. Jangan lepas tangan. Tolong dia buat kerja rumah, tolong jaga anak, tolong cuci berak dan tukar lampin, tolong picit-picit kaki dan belakang dia dan macam-macam tolong lagilah.
10. Perempuan tak suka lelaki ego. Kalau kau salah, cepat-cepat mintak maaf. Kalau dia yang salah pun kau maafkan dia cepat, kalau dia kata kau yang salah pun kau mengaku jer lah.
Cukuplah 10. Lain-lain tu kau tambah sendiri, dah lama kahwin takkan tak tahu lagi kan?
Jadi, sebagai lelaki kita jangan ego besar sangat yer. Sikit-sikit sudahlah.
Nampak kemas dan menarik kan. Itu kelebihan jika menggunakan langsir eyelet ini . Ia mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi menggantungnya pada rod langsir. Pendek kata, memang jimat masa nak tanggal dan pasang.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba guna langsir jenis ini, jom tengok cara DIY rod langsir eyelet menggunakan paip PVC. Sangat mudah dan menjimatkan kerana dengan kos sekitar RM50 sahaja gantung langsir pada 4 frame tingkap dan 2 frame pintu bilik.
Berbeza dengan langsir tradisional atau french pleat yang masih menggunakan cangkuk besi “iron hook”, rekabentuk langsir eyelet nampak ringkas, moden dan elegan. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian Cik Amy WD.
PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat. 4 frame tingkap
2 frame pintu bilik
Modal RM50 jer.
Hasil kerja suami sendirian.
Tq encik suami Mohd Fairuz
Try la uolss jimat banyakk.
BAHAN-BAHAN
L bracket (RM 1.60 /unit)
U clip (RM0.60 /unit)
Bolt dan nut.
PVC end cap (RM0.60/unit)
Paip PVC (RM1 /kaki)
Paip PVC ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi pastikan ukur dulu dekat mana kita nak pasang nanti.
Bolt & Nut macam ni
CARA PASANG / DIY ROD LANGSIR EYELET GUNA PAIP PVC
Caranya senang je, kita cuma drill lubang L bracket tu dekat dinding kemas-kemas supaya kukuh.
Dekat bahagian atas tu saya pasang cable tie macam ni.
Dah siap pun. Kejap je nak buat sebab simple sangat.
Ni dekat ruang tamu depan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seminggu dua ni di mana-mana sahaja mesti anda akan nampak permainan yang dipanggil latto-latto ni, sama ada orang sedang bermain atau menjual. Latto-latto ini merupakan permainan yang mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali.
Cara bermainnya melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Walau bagaimanapun, permainan latto-latto ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.
MAINAN LATO-LATO BUAT ANAK KETAGIH, RUPANYA BAHAYA
Menurut beliau, terdapat satu kes kecederaan yang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan akibat cedera bermain lato-lato. Kanak-kanak tersebut difahamkan lebam dan bengkak di bahagian batang hidung.
“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,” ujarnya.
Perkara ini terjadi kerana sekiranya kanak-kanak tersebut tersilap hayun lato-lato tersebut, ia akan terkena pada tubuh badan kerana ladungnya itu agak berat.
“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Seperti mana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.