Berbeza dengan kehamilan terdahulunya, penyanyi, Shila Amzah mengakui dia berdepan alahan yang sama dengan suaminya, Ubai di awal kehamilannya.
Tambah Shila lagi, dia begitu teruja kerana bukan hanya dia yang mengalami morning sickness bahkan suami juga turut merasai hal yang sama.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sepanjang hamil.
“Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama berkongsi alahan morning sickness.
“Sebelum dapat tahu yang saya hamil Ubai sebenarnya boleh rasakan terlebih dulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan.
Ads
“Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tapi saya nafikan sebab banyak kerja yang harus diselesaikan.
“Lepas disahkan hamil Ubai pula yang kena morning sickness. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan dan tak boleh drive,” katanya berkongsi.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
Paling membahagiakan kata Shila dia menerima layanan bak puteri dari suaminya sepanjang hamil.
Ads
“Boleh dikatakan mengandung kali ini saya dilayan bak puteri dari suami dan rakan-rakan terdekat.
“Saya lebih relaks dan suami pun selalu pesan saya tinggalkan apa jua perkara negatif atau hal yang buat saya stres.
Ads
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sesungguhnya pertalian di antara ibu bapa dan anak ialah salah satu hubungan yang paling kuat dan tiada penghujungnya. Malah ada ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk menuruti kemahuan anak tersayang. Namun, apabila anak dijaga sepenuh hati, sebaliknya apabila semakin meningkat matang, anak menjadi degil, tak dengar cakap, naik kepala sehingga menjadikan ibu bapa seperti hamba.
Tidak harus dibiarkan situasi ini berlaku, anda harus bertindak supaya anak tahu menghormati orang tuanya. Ikuti panduan yang bermanfaat melalui perkongsian dari Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose yang berpengalaman dalam memberi motivasi mengenai kekeluargaan.
3 RAHSIA ELAK ANAK JADI ‘ANAKKU SAZALI’.
Ramai ibu bapa yang sangat sayangkan anak boleh memasuki perangkap menjadi hamba anak seperti ayah dalam cerita ‘Anakku Sazali, bila mereka tidak tahu 3 perkara ini.
Mereka kemudian bertanya diri, “Mengapa anak-anak yang disayangi sepenuh hati menjadi degil, naik kepala dan jadikan aku ni macam hamba!
Sayang anak bukan bermaksud menjadi hamba mereka! Ingat tu. Kita jadi pemimpin bukan menjadi hamba mereka. Kita perlu bijak mendidik, membimbing dan membawa kehebatan mereka.
Pertama, bila kita sebagai ibu bapa sayang kepada anak-anak kita, tidak bermaksud kita mesti mengikut segala telunjuk mereka. Lihatlah apa yang diminta.
Tunaikan jika itu memang berpatutan. Contoh, meragam nak main handfon…tak perlulah beri. Just say know kindly dan jangan beri. Melalak atau dia menjerit; teruskan cekal hati dan bayangkan bila dia besar nanti tanpa anda ikut semua kehendak dia yang tak perlu tu sekarang, dia menjadi anak yang bijak menggunakan pilihan hidupnya. Anda nak anak begini kan? Anak yang bijak mengawal nafsu? Oleh itu sabr dan cekal hati jangan mengikut apa sahaja yang anak hendak.
. Kedua berani melalui apa orang kata.
Jika anak meragam hendakkan barang berguling-guling di lantai kedai, angkat dia dan bergerak dari situ. Walaupun orang kata anda tak berperikemanusiaan. Cuma janganlah anda pun menjadi orang hilang akal di situ. Lakukan dengan tenang. Usah peduli apa orang nak komen.
Jika dia meronta pegang dia kemas-kemas. Elakkan dari membebel, menengking walaupun pada ketika itu, anda mahu sahaja memukulnya agar dia diam, elakkan dulu. . Cuma tinggikan sedikit suara untuk dia faham anda mahukan anda ‘in-charge’ dan bukan dia. Sekarang ini, dia sedang power struggle dengan anda. Lagi anda tenang lagi mudah anda mengawalnya. Lagi anda serabut, lagi mudah dia mengawal anda. Sabar.
Kalau anda suka emas dan berlian, Sabar itu lebih dari emas dan berlian. Anda akan tengok hasilnya nanti bila anak dah besar, dia menghormati anda sebagai ibu atau bapa. Hormat kata-kata anda dan senantiasa mahu menjadi anak yang membanggakan
Ketiga, berkata TIDAK dengan penuh kasih sayang dan TEGAS.
Tegas bukan garang.
Tegas itu garang adalah fahaman yang salah dan menghancurkan. Menjadi ibu bapa tidak perlu garang tapi perlu tegas. Kerana anak-anak perlu tahu yang mana baik dan yang mana buruk dan memudharatkan. No means No. No drinking alchohol today and bila-bila.
No missing solat after 10 years old, then, now and forever. No snicking out of the house after 7 pm, unless receive permission from parents. Then it is not called snicking!
Oleh itu nak kata Tidak tu tarik nafas dan pada ketika itu, nyatakan, TIDAK dengan tegas tapi tak perlu menengking. Jika dia terus meragam, biarkan dulu. Jika ada air, bacakan doa dan basuhkan mukanya. Air boleh menenangkan. Bila dia sudah tenang, barulah anda menjelaskan mengapa anda tidak mahu mengikut kehendaknya.
Jika dia tidak juga tenang, bawa balik dan lakukan sesuatu yang berbeza untuk menukar keadaan ‘state’ dirinya. Selalu yang menjadi masalah dan mengapa anak memanjat kepala ialah ketidaktegasan. Sekejab boleh, sekejab tidak. Mula-mula tidak beri, tapi bila dia mengamuk dan meragam, lalu diikutkan kehendaknya. lama-lama dia sudah tahu strategi apa yang dia hendak menggunakan kepada anda.
Remember being firm is about being loving. Ingat, ketegasan ialah kasih-sayang.
Salam Kasih, Ibu Rose. Empower With Love. Jadilah ibu bapa yang bijak, cemerlang dan berwawasan. Itulah First Class Parents, pembentuk dunia sejahtera hari ini dan masa hadapan.
Budak lelaki 11 tahun perlu bantuan tangan palsu, tangan kanan dipotong akibat kanser tulang. Seorang murid lelaki berusia 11 tahun, Muhammad Iqbal Hakim Baharin, kini berhadapan dengan cabaran besar dalam hidup apabila tangan kanannya terpaksa dipotong akibat kanser tulang tahap empat yang dikenali sebagai right humerus osteosarcoma.
Muhammad Iqbal, yang sebelum ini aktif dan menggunakan tangan kanannya untuk menulis serta menjalani rutin harian, kini sedang belajar menyesuaikan diri menggunakan tangan kiri. Dia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Paya Besar, terpaksa berhenti sementara dari persekolahan sejak menjalani pembedahan pada 22 Mei lalu bagi tujuan pemulihan.
Ibunya, Nor Athykhoh Mohd Nordin, 43, menceritakan bahawa simptom awal bermula dengan Iqbal mengadu sakit pada lengan kanannya, yang disangka hanya lenguh akibat membawa beg sekolah. Namun, kesakitan tersebut menjadi semakin teruk hingga menjejaskan keupayaan anaknya untuk menahannya.
“Masa itu saya bawa dia ke Hospital Pulau Pinang. Selepas menjalani ujian dan pengambilan sampel, doktor mengesahkan dia menghidap kanser. Berita itu amat meruntun hati saya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Kobis.
Menurut beliau, doktor menjelaskan bahawa kanser berkenaan telah merebak dan tangan Iqbal tidak dapat diselamatkan. Mereka diberi pilihan untuk membuang tangan dalam masa 72 jam atau berdepan risiko kehilangan nyawa.
“Saya cuba minta doktor cari alternatif lain agar tangan anak saya tidak dipotong, tetapi doktor beritahu tiada pilihan lain. Untuk selamatkan nyawanya, pembedahan mesti dilakukan,” katanya lagi.
Walaupun pada awalnya sukar untuk menerima kenyataan, Nor Athykhoh dan suaminya, Baharin Baharom, 42, akhirnya reda dengan ketentuan tersebut. Iqbal merupakan anak sulung daripada dua beradik, dan mereka kini memberi sepenuh perhatian terhadap pemulihan anak mereka.
“Sebagai ibu, saya sangat sedih. Tapi saya tahu saya perlu kuat. Dulu dia sangat aktif di sekolah. Sekarang kami perlu sokong dia supaya terus bangkit dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Keluarga tersebut kini hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai operator kilang. Beban kos ulang-alik ke Hospital Pulau Pinang dan rawatan kemoterapi menjadikan keadaan mereka semakin mencabar.
Tambah Nor Athykhoh, Iqbal sangat bersemangat untuk kembali ke sekolah. Oleh itu, mereka kini sedang berusaha mendapatkan tangan palsu, dan jika boleh, tangan prostetik robotik yang dapat membantunya melakukan pergerakan seperti biasa.
“Dia selalu cakap dia nak kembali belajar. Dia minat sangat melukis dan menulis. Saya harap ada pihak yang dapat bantu realisasikan impian dia,” jelasnya dengan penuh harapan.
Impian Iqbal: Jadi Anggota Polis dan Bermain Bola Kembali
Iqbal sendiri menyatakan rasa rindu untuk bertemu rakan-rakan dan guru di sekolah. Dia bertekad untuk terus belajar demi mengejar cita-citanya menjadi seorang anggota polis.
“Saya juga suka main bola. Dulu saya selalu main di sekolah,” katanya sambil tersenyum, meskipun melalui ujian berat.
Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Mungkin, silap orang senang untuk kita nampak, tapi silap kita, hanya Dia sahaja yang tahu.
Pernah beberapa kali nama tercemar dek kerana kenangan lampau, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berkongsi caranya untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik di mata Allah SWT.
Menurutnya, dia mengakui telah melakukan pelbagai kesilapan pada masa silamnya dan berusaha untuk memperbaiki diri.
Disoal pendapatnya mengenai dosa yang pernah dilakukan menjadikan manusia lebih merendah diri, Aliff mengambil contoh dirinya dan memberitahu dengan satu syarat.
“Dosa yang dibuat menjadikan kita rendah diri dengan satu syarat iaitu tiada siapa yang boleh paksa diri kita dan kena jujur dengan diri sendiri.
“Cakap depan cermin, saya buat benda tu. Saya pergi toilet, saya duduk depan cermin dan cakap dengan diri sendiri.
“Awak boleh tipu dengan semua orang, kita memang boleh tunjuk luaran depan semua orang tapi tak boleh tipu dengan orang yang depan cermin (diri sendiri). Awak kenal diri sendiri lebih dari orang lain,” katanya.
Susulan perkara itu, perlu jujur pada diri sendiri dan banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk berubah kearah yang lebih baik.
“Persoalannya kita sedia tak nak buat benda tu? Ia tak mudah sebab awak kena buang ego dan alasan dan mengakui apa yang pernah kita buat.
“Hanya dengan mengakui semua benda tu, Allah akan bagi jalan pada kita. Pada pendapat saya, itu berkat kita jujur dengan diri kita. Ia bermula dengan cara tu.
“Duduk dan fikirkan segala dosa yang pernah buat dulu dan salahkan diri sendiri diatas semua kesilapan yang kita buat. Berhenti salahkan orang lain dan bagi alasan pada diri sendiri, Insya-Allah Allah akan beri jalan,” ujarnya.
Tambahnya, diri Aliff yang dulu sering berjanji untuk berubah tetapi sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
“Macam saya dulu lah, mulut cakap saya janji tak nak buat lagi itu ini, tapi hati taknak buat, sama je kita akan kekal macam tu.
“Sebab tu kalau sekarang orang tanya saya, saya tak berani cakap apa-apa dah sebab saya tak nak jadi mangsa kata-kata saya sendiri kerana saya hanya manusia biasa.
“Saya hanya doa pada Allah kalau perkara ini baik buat saya, dekatkan kalau tak baik, jauhkan,” jelasnya.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.