Penyanyi Shila Amzah menyifatkan ibu kepada tunangnya, Ubai MZ iaitu Allahyarham Rohani Jamal seorang wanita yang penyayang dan baik hati.
Menerusi hantaran di Instagram, Shila berkata dia bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk hadir dalam kehidupan arwah.
Dalam masa sama, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah akui sedih apabila arwah tidak dapat bersama-sama pada majlis akad nikahnya bersama Ubai yang bakal berlangsung sekitar minggu ini.
“Mak (Rohani), terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha (Shila).
“Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.
Ads
“Sha sayang mak Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al-Fatihah.” tulisnya.
Terdahulu, Ubai menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.45 petang Ahad.
Sebelum ini, Ubai memberitahu ibunya telah ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 24 Julai lalu.
Ads
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi susulan kanser ovari yang dihidapi.
Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi 24 Julai tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Untuk rekod, Ubai dan Shila telah mengikat tali pertunangan pada pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis tertutup. Difahamkan juga, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah sekitar minggu ini.
Sumber: Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi ayam adalah antara menu yang digemari dan mudah penyediaanya. Ia termasuk nasi ayam hainan yang enak dijadikan hidangan seisi keluarga.
Bagi mereka yang sibuk dan mencari resipi yang mudah, cuba buat ni.
Ikuti resipi yang dikongsi oleh Khairul Abdullah.
Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh.
Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.
Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.
So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah.
Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.
Bahan-bahan yang diperlukan:
3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.
Cara nak masak nasi ayam:
1. Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.
2. Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.
3. Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.
4. Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa.
Siap dah nasi. Mudah jer.
Untuk sos thai lagilah senang yakmat.
Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.
Siap.
Senang dan cepat oih.
Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.
Pasangan ini pernah dilanda kontroversi suatu ketika dahulu, namun senyap begitu sahaja. Tiba-tiba kisah mereka kembali ‘hot’ di media sosial bila mana si suami memuat naik satu perkongsian di facebook dengan menggunakan nama Mosus.
Berbeza pandangan dan cara didikan, rupa-rupanya Suhaimi memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Sebaliknya, bekas anggota kumpulan nasyid In Team, ini alasan tersendiri memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Sebelum ni menurut Suhaimi, dia pernah menghantar anak-anak ke tahfiz.
Tapi disebabkan ada masalah dengan pihak pentadbiran dia menukar anaknya ke tahfiz lain. Di sana anak-anaknya dibuli dan dipukul.
Justeru, Suhaimi memilih untuk membiarkan anak-anak belajar di rumah.
Suhaimi yang mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 11, dan Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.
Jika ada kebaikan dan kebenaran,maka ambillah ia sebagai ilmu dan panduan. Jika ia tidak sesuai,maka tinggalkanlah. tak perlu kecam. Kalau nak kecam juga,silakan..tapi bukan di sini.di wall masing masing ya?
Bismillah. Setiap orang, Hidup dan beramal dengan ilmu,kepercayaan dan sesuatu yang dia yakini.
ss pernah belajar di tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,maahad tahfiz dan universiti. ss pernah mengajar di beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta.
ss pernah tinggal di bandar besar dan pernah tinggal di kawasan pedalaman.
ss dibesarkan oleh seorang guru. 5 dari 8 ahli keluarga ss merupakan guru dan ss juga ada ramai kawan dan kenalan dari kalangan guru.
Dengan pengalaman hidup itulah Allah memberi ilmu,kefahaman dan kepercayaan berbeza ini.
Bukan berniat untuk mengecam,memburuk burukkan atau menghasut orang lain. Sekadar berkongsi cerita dan rasa dengan harapan tidak timbul lagi persoalan dan spekulasi.
Inilah 7 sebab mengapa ss tidak menghantar anak anak ke sekolah.
1. Sistem Pendidikan.
Sejujurnya, ss tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada.(minta maaf)
Ia berubah ubah tahun demi tahun. Seolah olah tidak ada dasar yang jelas.
ss juga melihat ia tidak banyak membantu anak anak ss memahami dan mengamalkan islam dengan baik. Waktu dan pendedahan untuk mereka memahami Al Quran dan hadis sangat terbatas kerana diisi dengan perkara perkara lain yang kurang perlu.
Al Quran dan hadis sepatutnya bukan saja menjadi perlembagaan,tapi subjek utama dan teras dalam sistem pendidikan negara.
ss juga tidak suka anak anak ss dididik dalam suasana bercampur di antara lelaki dan perempuan dalam satu kelas. Kebanyakan sekolah agama pun dah guna sistem yang sama.
Dari kecil dibiasakan bercampur lelaki dan perempuan sehingga percampuran tu jadi perkara biasa. Hasilnya anak anak lelaki dan perempuan hilang rasa malu. Kesannya mungkin bukan sekarang.nanti..
Kalau kita pernah tersilap dan berdosa,adakah kita mahu anak anak kita juga ikut tersilap dan berdosa? Kalau ibubapa kita dulu bagi kita makan ubi kayu,takkan kita pun nak bagi ubi kayu pada anak anak,sekurang kurangnya bagilah laksa?
Selagi kita tidak meletakkan itu sebagai teras dalam pendidikan awal,generasi kita akan terus menerus gagal memahami agama dan mengamalkan akhlak yang baik.
Buktinya ada ramai netizen yang pergi ke sekolah,belajar agama,tapi jadi haters dan musuh kepada sesama muslim.
Pergi sekolah,belajar agama, tapi berwudhuk dan solat pun tidak betul. Tidak tahu hormat ibubapa dan guru.
Pakai tudung hanya di sekolah saja.
Sekolah agama dan belajar akhlak,tapi makan sambil berjalan dan hisap rokok.
Inilah hasilnya bila akhlak islam tidak dapat difahami dan dihayati dengan sebetulnya.
Akhirnya lahirlah graduan graduan yang bijak pandai dan berkelulusan tapi bila berkerja tidak ada integriti.
Nampak hebat dan berjaya secara luaran,tapi jiwa kosong dan jauh dari agama dan amalan.
Kerana kejayaan telah dipaternkan dan diukur dengan banyaknya A,ada sijil,ada ijazah,ada master dan PHD,ada banyak harta dan tingginya kedudukan dan tangga gaji.
Padahal kejayaan sebenar adalah kemuliaan akhlak dan kehebatan dalam hidup beragama.
Pentingnya pendidikan awal ini kerana ia akan menjadi asas dan dasar pertama yang akan membentuk kefahaman dan pegangan hidup mereka.
2. Tanggungjawab.
Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan guru,bukan sekolah. Sekolah itu platform.guru hanya pembantu.
Allah akan tanya setiap kita bagaimana kita didik anak anak kita.
ss ambil tanggungjawab itu sekadar yang ss mampu. Tak sempurna,tapi mencuba.
ss percaya tidak semua orang mampu mengajar anak anak sendiri. Jadi tak perlu kecam.kita lebih kurang sama je.?
Apa yang wajib dalam agama ini adalah belajar,menuntut ilmu. Memang ramai anak anak yang pergi ke sekolah.tapi adakah semuanya belajar? Berapa ramai yang tak sampai ke sekolah pun? Kalau macam tu lebih baik belajar di rumah?
3. Kos. Perkembangan teknologi dan perubahan zaman membuat ss mengubah cara berfikir.
Dulu kita tidak ada jaringan internet.
Hari ni, semua ilmu dan informasi boleh didapati hanya di hujung jari.ada handphone,youtube dan google.
Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup,ss tidak fikir ss perlu buang duit untuk tol,minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain. ss pun bukan orang kaya.
So di rumah boleh belajar. Di masjid boleh belajar. Waktu bercuti,di hotel dan di kampung pun boleh belajar. Kehidupan adalah sekolah yang real.
4. Masa
Bukankah kalian juga merasa bahawa hidup kita terlalu singkat? ss sangat menyedari hakikat itu. Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya,menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan. ss tidak suka situasi itu.ss pilih untuk mengelak.
Tapi kalau tidak ada pilihan,anggaplah itu sebagai pengorbanan.kita sama sama berkorban.
ss juga fikir, Sistem pendididkan kita mengambil masa yang lama bagi seseorang pelajar mencapai hasrat dan cita citanya.
Ini kerana setiap pelajar perlu belajar semua perkara dan subjek meskipun yang bukan dalam kemampuan dan minatnya. Akhirnya dia buat kerja lain. Belajar engineering,tapi jadi grafik dizainer.
ss beri kebebasan untuk anak anak memilih bidang yang mereka minati. Kerana minat setiap anak tidak sama.begitu juga bakat dan kemahiran mereka. Kenapa perlu ikat dan paksa. Belajar,fokus dan jadilah apa yang kamu suka dan mahu.tapi Al Quran dan sunnah,jangan tinggalkan.
5. Kasih Sayang
Inilah part yang paling touching. ss percaya bahawa ss akan mati. Apa pun kata orang,demi Allah ss juga sayang pada isteri dan anak anak ss. Sayang sampai tak mahu berpisah. Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup.
Anak pindah belajar ke Kelantan,ss dan ina ikut pindah duduk di Kelantan. Padahal ss orang Pahang..Ina orang Johor.
ss pilih untuk hidup bersama. Mudah mudahan mati pun bersama,amiiin.. ss mahu lihat mereka membesar depan mata.
Hari ini ramai orang jadi pelik pelik sebab kurang perhatian dan kasih sayang. kerja jadi lebih utama daripada orang yang kita sayang. Padahal kita berkerja untuk mereka. tapi sangat kurang masa bersama mereka.itulah pilihan kita.
Sebelum ni, ss hantar mereka ke tahfiz. tapi ada masalah dengan pihak pentadbiran. ss keluarkan. Hantar pula ke tahfiz lain. Mereka dibuli dan dipukul. ss keluarkan. Sementara mereka besar dan pandai membawa diri,ss lebih rela melihat mereka belajar di rumah.
ss boleh pantau solat mengaji dan akhlak mereka.alhamdu lillah..itu pun orang tuduh ss macam macam..takpe,ss maafkan.diorang tu bukan tahu semua perkara.
Ramai orang yang bimbang sangat pada nasib anak anak ss kalau ss mati dulu.terima kasih.. ss nak bagitau, Kalau kita hidup lagi 100 tahun pun,belum tentu kita mampu jaga dan tentukan nasib anak anak kita.betul tak?
Berapa ramai anak anak yang rosak akhlak dan agama mereka,derhaka pada ibubapa, padahal mak ayah dia masih hidup lagi.
Hidup kita, Semua berada dalam genggaman dan pencaturan Allah. Kalau kita ajar anak anak kita jaga Allah, Allah pasti akan jaga anak anak kita walaupun selepas kita dah tak ada lagi di dunia ni.itu kefahaman ss.
6. Cara Kerja.
Panas,sendu atau beku, sejak 20 tahun yang lalu, inilah pekerjaan utama ss.Penyanyi.
Kalau tak kenal,sila taip Suhaimi Saad atau Doa Buat Ibu di ruangan carian Youtube? Boleh juga la kalau nak taip Inteam – Nur Kasih.
So cara kerja penyanyi ni,tak sama macam cikgu,macam kerja kilang atau kerja pejabat. Waktu kerja pun tak menentu,cuti pun tak tentu.
Kadang kadang out station 3 hari,5 hari.so ss pilih untuk teruskan kerja ni.sebab ss percaya,inilah rezeki dan minat ss.
Kerja ni tak memudahkan untuk ss hantar dan ambil anak di sekolah. ss lebih faham keluarga dan kerja ss.so tak perlu susun aturkan.terima kasih.
7. Hadis Akhir Zaman
Beberapa tahun lepas, ss ada terbaca sebuah hadis tentang Dajjal dan akhir zaman.
Memahami hadis itu,fitnah akhir zaman dan realiti hidup hari ini,ss pilih untuk ‘ikat’ anak anak dan isteri di rumah. Semoga Allah selamatkan kami daripada tipudaya Dajjal.amiin
Setelah usaha ini,ss serahkan seluruh hidup dan mati ss dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.
Pada hemat ss, Kalian tidak mampu buat sepertimana yang ss buat.
Tapi sebagai muslim, Doakanlah yang baik baik,usahakanlah segala yang terbaik dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan redha. WAllahu a’lam
Halia, lengkuas, kunyit antara bahan masakan yang cukup penting dan mesti ada di dapur. Walaupun digunakan dalam kuantiti yang ssedikit, namun rasa makanan lebih enak dan lazat.
Penggunaannya yang sedikit dan bakinya disimpan di dalam peti sejuk. Namun, disebabkan bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tidak boleh digunakan lagi.
Apa kata cuba petua dan cara yang betul penyimpanannya. Bukan sahaja dapat memastikan kunyit, lengkuas, serai dan halia ini masih elok dan segar. Bahkan boleh bertahan sehingga dua bulan dan boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut.
Cara-caranya:
Selamat Mencuba!
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.