Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon, Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).
Bahkan kata Elizad menerusi perkongsiannya di Harian Metro, dia lebih dulu mahu menjaga kesihatan mentalnya memandangkan usianya kini hampir mencecah usia 40 tahun. Malah dia kini reda dengan ketentuan itu.
“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.
“Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.
Ads
Tambah pelakon jelita ini, doktor ada menawarkan untuk menjalani IVF buat kali ketiga namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.
Bahkan kata Elizad lagi, sehingga kini dia dan suami tidak pernah terfikir soal mengambil anak angkat kerana suaminya sudah punya zuriat menerusi perkahwinan terdahulunya. Tambah pula dengan anak-anak buah yang ramai memeriahkan kehidupan mereka.
“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT.
“Kalau ada rezeki nanti adalah.
Ads
“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.
“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Ads
Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Jangan kata isteri murung, suami atau lelaki juga terdedah kepada perkara sebegini. Tekanan kerja melampau buat suami tertekan dan penat ditambah pula dengan konflik rumah tangga.
Jadi isteri jangan beri tekanan kepada suami kerana mereka juga punya hati. Lelaki memang nampak cool kerana mereka ‘malas’ memikirkan hal-hal remeh. Namun adakalanya mereka juga gagal mengendalikan soal-soal emosi. Sudahnya mereka kemurungan.
Hasilnya mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah berkaitan keluarga atau peribadi, meninggalkan kesan paling tinggi dalam hidup manusia. Dan bagi lelaki khususnya, masalah ini tambah berat dengan adanya bebanan kerja secara berterusan.
Dr Hans Selye, pakar endokrin dari Kanada membuktikan secara epidomologi adanya kaitan antara tekanan dan barah usus (peptic ulcer). Dan golongan paling berpotensi untuk menghadapi masalah ini adalah para doktor, eksekutif perniagaan dan juga guru.
Kurangkan tekanan dengan senaman
Bagi lelaki salah satu aktiviti terbaik paling mujarab mencegah berlakunya masalah tekanan ini adalah dengan cara melakukan senaman dan aktiviti fizikal seumpamanya. Senaman antara aktiviti paling mudah dan berkesan mengubati masalah tekanan lelaki. Ia membentuk sistem imun dan memainkan peranan penting dalam mengelakkan penyakit. Senaman antaranya lainnya dapat mengurangkan paras gula dan lemak dalam badan. Tidak disitu sahaja, paling penting senaman dan juga aktiviti fizikal seumpamanya dapat memperbaiki dan memperlancarkan pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh dengan baik. Keadaan inilah yang menyebabkan tekanan dan kemurungan dalam tubuh akibat saluran darah yang tersumbat yang datangnya dari tekanan berpanjangan dapat diatasi secara perlahan-lahan.
Senaman juga membuatkan tubuh lebih cergas dan bertenaga. Ini membuatkan tubuh yang dalam keadaan tegang dapat dilonggarkan, sekaligus meredakan tekanan dalam diri. Namun, senaman harus dilakukan dengan tepat dan berterusan. Secara puratanya, senaman biasanya harus dilakukan 3 hingga 4 kali seminggu dalam anggaran sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan senaman yang berkesan.
Tidak disitu sahaja, senaman juga dapat memberi kelebihan lain kepada lelaki. Otot-otot yang terbentuk cantik memberikan daya fizikal yang baik dan menarik kepada lelaki selain membekalkan tenaga, menjaga berat badan dan jantung serta membangkitkan perasaan selesa selepas bersenam yang membuatkan tekanan berkurangan. Malah, senaman juga dapat meningkatkan kemahiran atau keupayaan badan, terutama daripada segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindak balas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik. Waktu terbaik untuk memulakan senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testosteron.
Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;
Fasa Pertama
Senaman selama 5 – 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi dan berat.
Fasa Kedua
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berenang, berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.
Fasa Ketiga
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit. Ia wajib dilakukan untuk meregangkan semula otot-otot yang tegang ketika aktiviti senaman dilakukan.
Tips Senaman:
* Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan pandangan dan nasihat doktor bimbang anda mempunyai masalah kesihatan yang menghalang anda dari melakukan senaman ini.
* Mulakan dengan senaman ringan, mengikut kemampuan anda. Berusahalah tingkatkan senaman dan beban anda dari masa ke semasa.
* Pakailah pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian dan selesa.
* Pastikan kekuatan senaman anda harus mencapai tahap kadar nadi 120 – 150 kali seminit.
* Elakkan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.
* Elakkan dari terus duduk sejurus selepas bersenam.
* Elakkan melakukan senaman jika paras glukosa dalam darah anda terlalu tinggi atau boleh dianggarkan kira-kira 2 jam selepas makan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak filem Mat Kilau memasuki pawagam ramai yang teruja ingin melihat filem ini. Saban hari pasti ada yang memberi review memuji filem ini.
Malah ada yang belum pernah pergi pawagam seumur hidup pun teruja untuk melihat filem berkenaan.
Ekoran itu, ada suatu persoalan daripada netizen yang mengatakan keliru mengenai pawagam itu dikatakan tempat maksiat. Persoalan itu telah menarik perhatian seorang Namun dijelaskan lanjut oleh ustaz Ahmad Muzani Abd Rahman di facebooknya.
Saya jawab di sini agar semua boleh baca.
Saya nak tanya tuan-tuan, rumah tuan-tuan ada TV? Pernah tengok TV? Apa beza TV dengan pawagam?
Pawagam tiada hukum kerana pawagam bukan mukallaf. Golongan yang mukallaf (yang menanggung hukum) adalah manusia dan jin.
Maka hukum pergi pawagam bergantung kepada yang pergi. Pergi berduan-duan bawak awek, berlaku pergaulan bebas, berpelukan saat tengok filem hantu, filem yang ditayang melanggar syariat maka hukumnya haram.
Kalau pergi tanpa buat maksiat, tengok pula filem yang boleh mendidik masyarakat dan patuh syariah seperti Mat Kilau maka hukumnya harus.
Bukan bermaksud menggalakkan orang ke pawagam, tapi disaat manusia rosak akibat lambakan filem yang melanggar batasan syarak tiba-tiba keluar filem yang tak langgar hukum Allah maka kita kena sokong. Perbanyakkan lagi drama, filem dan sewaktu dengannya yang boleh mendidik masyarakat. Alang-alang nak sekat filem itu mustahil, maka keluarkanlah filem yang bermanfaat.
Mat Kilau dah buktikan bahawa Filem tanpa ada adegan lucah dan pelakon seksi juga boleh untung. Bahkan memberi manfaat kepada manusia.
Bayangkan surau masjid hanya sebahagian yang pergi. Namun TV, pawagam ramai yang tonton. Maka sudah tentu kesannya lebih bagi masyarakat. Maka gunakan sebaiknya untuk sabarkan kebaikan.
Nak halang hiburan tak boleh. Maka tak cukup kita cegah manusia buat maksiat, kita juga mesti tampilkan alternatif bagaimana berhibur cara Islam. Islam itu agama fitrah yang sesuai dengan segala kehendak fitrah.
Disaat lelaki diberi fitrah nakkan perempuan lalu kita larang mereka berzina kerana haram. Lalu mereka mengahalalkannya dengan nikah pun kita haramkan maka itu bukan beragama tapi melampau (mutasyaddid).
Begitu juga pawagam jadi haram kerana isi dalam pawagam itu ada maksiat. Maka disaat sudah tiada maksiat juga kita haramkan maka itu adalah melampau dalam beragama.
Saya cadangkan dua cadangan sahaja;
1) Jangan pergi pawagam atau
2) Kalau nak pergi jangan buat perkara haram.
Kerajaan Kelantan tutup pawagam itu baik, kerajaan Terengganu tak tutup tapi ada garis panduan yang wajib diikuti di pawagam itu juga baik.
Apa yang tak baik buka pawagam tanpa peduli halal haram.
Anda tak pergi pawagam, tapi tengok TV di rumah sahaja dengan menonton filem yang ada pelakon perempuan yang tidak menutup aurat, seksi dan lain-lain perkara yang diharamkan syara’ maka itu juga haram.
Menyelami perasaan ibu bapa yang pertama kali membuat persiapan anak-anak ke sekolah di tahun hadapan tentu ada rasa teruja dan tidak kurang pula yang gusar. Bimbang berapa pula bajet yang diperlukan untuk membeli semua kelengkapan sekolah.
Malah ada juga yang tidak tahu keperluan yang bagai mana perlu dibeli. Oleh itu, ikuti perkongsian tip ini daripada seorang ibu yang juga sedang membuat persiapan untuk anaknya bersekolah di tahun 1. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama.
TIP BELI BAJU SEKOLAH ANAK UTK PARENTS ADA ANAK SULUNG DARJAH 1/2018
Sebab apa?
Sebab memang tahan lama. Beg tadika Aidi (harga dalam rm90) beli awal tahun 2016, sampai sekarang masih elok. Rasa nak je suruh Aidi pakai beg sama naik darjah 1 takyah beli baru tapi macam kedeks sangat mamanya pun.
Tapi apapun depends la pada perangai anak memasing. Dapat jenis Aidi yang akan pakai beg selagi tak rosak dia takkan mintak beli baru, berbaloi la beli yang mahal sikit. Kalau jenis tiap bulan mintak ganti beg baru, errrr.
Sila jangan bagi anak bawak bekas makanan tupperware uols pegi sekolah. Smiggle smiggle tu pun aku seriau nak belikan Aidi, uiii kalau hilang mama nanges nak oii ?.
Kalau rajin, tulis guna permanent marker pun ok je. Janji berlabel.
Pastu kalau jenis malas menulis macam aku, tempah lah cop nama anak. Senang cop aje kat buku-buku sekolah anak. Haha pemalas punya mama kuikuikui.
Oh jangan lupa beli sticker kaler-kaler tu untuk tampal kat buku anak. Beli 5 kaler berbeza utk 5 hari sekolah. Contoh buku untuk hari Isnin, tampal sticker biru, Selasa sticker merah and so on. So senang sebelah mata pun boleh kita kemas beg sekolah anak nanti. Jangan korang suruh anak bawak semua buku setiap hari pulak. Bongkok cepat la anak tu huhu.
Bahasa Isyarat Malaysia bakal diperkenalkan kepada pelajar arus perdana melalui Kurikulum Persekolahan 2027 bagi mewujudkan sistem pendidikan lebih inklusif serta meningkatkan kefahaman terhadap golongan OKU.