Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurna.
Selain cili padi, ada juga antara kita gemarkan jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng, Char Kue Tiaw mahu pun Mi Goreng. Tak lengkap kalau tak ada cili jeruk kan?
Admin kongsikan cara buat nya, mudah tapi sedap. Inilah cara yang dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin.
Jeruk Cili Rangup Sedap Tahan Lama:
1. Petik cili kat tepi rumah, cuci dan keringkan.
2. Guna botol kaca 250ml atau 300ml.
Ads
3. Isikan 1/4 cuka makan, 1/4 air panas mendidih, 3 sudu makan gula dan 1 sudu teh garam.
4. Kacau dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Penuhkan botol dengan cili.
6. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
7. Guna untuk masak tumis, buat sambal belacan dan sebagai ulam.
Bila menyentuh tentang pengalaman derita mengidap penyakit tertentu atau pernah menjalani sebarang rawatan kesihatan dan kini disahkan sihat, tentu kita terpanggil untuk berkongsi info dengan orang lain tentang hal itu.
Tujuannya hanya satu, agar dapat memberi iktibar dan manfaat kepada orang lain dan dalam masa yang sama menyuntik inspirasi kepada yang sedang alami masalah yang sama untuk kembali sihat.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Sarina Mohd Som dan ini perkongsiannya.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat.
Bayangkan..
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya. Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa dilupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi.
Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Jumpa Dr segera sekiranya:
1. Heavy period.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
Makanan yang perlu dijauhi:
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
3. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
4. Banyakkan makan ikan.
5. Banyakkan makan sayur.
6. Jauhi FAST FOOD
7. Elakkan makanan dalam tin.
8. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
9. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
10. Daging merah.
11. Ikan terubuk.
12. Ikan parang.
13. Siakap bela.
14. Manisan (kurangkan gula)
15. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
16. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
17. Ikan pari.
18. Ikan bawal hitam.
Saranan Dr:
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa ikan itu dan ini tak boleh. Itu yang disarankan beberapa Dr kepada saya)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang bulan Ramadhan ini pasti yang membuatkan ibu-ibu pening apabila masuk dapur adalah menu yang bakal dimasak. Kalau hari biasa pun kadang kala mati kutu, inikan pula bulan istimewa ini.
Pasti mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk petang ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah. Resipi ini dikongsikan oleh Sitjua Jua.
Morning!
Sempena nak sambut ramadhan ni sy nak share resepi ayam panggang…tak perlu beli ayam golek kat bazar dah.
Bahan-bahan:
½ Bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar Black Pepper
1 Kiub pati ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..
3. Letakkan sesudu kicap.
4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.
5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan tenaga yang cukup luarbiasa.Tuntutan tugasan di pejabat mahupun pelbagai urusan di rumah di rumah segalanya perlu dibereskan dengan sempurna.Oleh yang demikian, aspek kesihatan dalaman dan luaran haruslah dititik beratkan.
Melalui perkongsian dilaman Facebook Rossa Dyla Mahmud, beliau berkongsi minuman kesihatan yang wajib diamalkan buat kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
BAHAN-BAHAN
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Antara Kelebihannya:
1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2.Mengeluarkan angin dalam badan.
3.Anti kanser
4.Memecahkan lemak-lemak.
5.Mengurangkan masalah bau badan
6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4.Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Dr Azu Shahadan menjadi inspirasi apabila anaknya berjaya menamatkan IGCSE pada usia 15 tahun selepas belajar di enam sekolah berbeza sebelum menerima biasiswa perubatan ke Rusia.