Bukan mudah berkorban berjauhan dengan keluarga demi satu impian.  Namun pengorbanan tersebut berbaloi kini. Itu situasi yang boleh diungkapkan buat pasangan Datuk Azizulhasni Awang dan isteri.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!Berjauhan dek tuntutan tanggungjawab suami pada negara dan kerjaya tidak membuatkan jiwa Datin Athiah Ilyana Abd Samat lemah. Sebaliknya, sokongan keluarga serta suami membolehkan dia menjalani kehidupan bersama anak-anak sementara suami melaksanakan misi dalam kejohanan Olimpik baru-baru ini.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!Menyentuh mengenai situasi tersebut, akui Datin Athiah atau mesra disapa Tya, ramai yang bertanyakan bagaimana dia kekal positif apabila berjauhan dengan keluarga dan suami.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!Macam mana kekal positif bila keluarga & suami jauh berbenua?

I recevied so many Dms asking me this.
Benda pertama yang saya accept ialah “Redha” .Ini semua adalah ketentuan Allah SWT atas segala benda yang terjadi dan berlaku.

Setiap manusia akan di landa pelbagai Ujian.Ujian ini perlukan kesabaran .Saya harus berusaha untuk mendekatiNya .Saya percaya walau dimana pun saya berada , Allah akan menjaga saya dan anak-anak .

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!Minta lah doa sepenuhnya agar Allah akan permudahkan segala urusan .Tanggungjawab saya juga adalah untuk memastikan anak-anak saya cintakan agama dan sematkan “Iman” dalam hati anak-anak saya .

Saya kerap membaca buku tentang nabi-nabi kepada mereka supaya mereka nampak “pengorbanan” itu merupakan pengorbanan yang mulia jika kita ikhlas dan redha.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(al-Baqarah: 153)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Boo (@tyailyana)

Sementara itu, Datuk Azizulhasnia atau mesra dengan panggilan Jijo mengakui isterinya menjadi tulang belakang yang sangat penting di sebaliknya semua kejayaan yang dilakarnya termasuklah memenangi pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!“Terima kasih kepada isteri Athiah Ilyana dan anak-anak yang di kasihi Amna Maryam dan Amna Khadeeja, hanya Allah yang mengetahui pengorbanan kalian.

“Pepatah ‘di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat’ adalah benar sama sekali. Saya berkahwin seawal usia 22 tahun, ketika itu ramai yang kata kerjaya saya akan hancur, perut akan membuncit dan lutut akan longgar. “Biasalah, stigma masyarakat. Saya buktikan itu semua dusta, syukur Alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!Orang hanya lihat kejayaan saya adalah hasil dari kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu daripada isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya. Kebenarannya adalah kejayaan ini tidak dapat dibutirkan tanpa sokongan isteri dan anak-anak dan juga tanpa kehadiran mereka dalam hidup saya,” katanya lagi.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!Mendapat  julukan The Pocket Rocketman, Azizuhasni turut menzahirkan terima kasih kepada ibunya, Selamiah Yong yang banyak berkorban demi memastikan dia menjadi atlet negara yang berjaya.

“Sejak berusia 16 tahun, Ma (ibu) dengan rela hati melepaskan saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita untuk menjadi atlet negara. Sejak dari itu, amat jarang dapat berjumpa apatah lagi untuk meluangkan masa bersama-sama seperti orang lain.

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!“Setelah arwah abah meninggal ketika saya berusia 16 tahun, Ma tinggal sendirian dan terpaksa bersusah payah sendirian. Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara.

“Terima kasih juga kepada Ayah saya, Awang Embong. Walaupun juga jarang dapat bersua, tetapi semangat ayoh (ayah) sentiasa bersama dengan saya,” kata Azizulhasni lagi.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“Reda & Percaya Allah Jaga Saya & Anak-Anak.” Ni Cara Isteri Azizulhasni Kekal Positif Bila Suami & Keluarga Jauh!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI