Pejam celik pejam celik tak sangka rupanya kita sudah ingin melangkah ke tahun baharu. Tentunya tahun 2022 yang ditinggalkan akan menjadi memori dengan 1001 kisah suka dukanya. Manakala  tahun 2023  yang bakal menjengah pula akan membawa 1001 harapan buat diri kita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Apa yang pasti begitu cepat masa berlalu dan sedar-sedar usia kita semakin meningkat. Benarlah peribahasa Melayu juga ada menyebut bahawa masa itu emas dan pepatah Arab pula mengatakan masa itu ibarat pedang!

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ekoran daripada itu, kita sentiasa ingin cuba untuk melakukan hijrah dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik untuk dijadikan bekalan di menuju kehidupan abadi.

Berkongsi antara cara untuk upgrade amalan, bolehlah jadikan panduan ini dalam menetapkan matlamat untuk perkara baharu atau ibadah yang ingin diperkukuhkan. Ianya sebagaimana yang disenaraikan oleh saudari Siti Suryani Yaakop di akaun facebooknya yang mendapat perhatian warganet.

Upgrade Diri Di Tahun 2023, Wanita Ni Kongsikan Senarainya Raih Perhatian Warganet Untuk Dijadikan Panduan!

Menjadi muslimah berhemah.

1.Bangun awal pagi. Mandi. Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.

2.Solat sunat tahajud. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.

IKLAN

3.Lepas Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi.

4.Sedekah Subuh. Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun takpa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.

5.Baca Al Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, InshaAllah mampu lindung diri dan hati.

 

6.Telefon ibu ayah. Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.

7.Solat dhuha. 2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.

8.Amalkan solat rawatib. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada’ solat wajib masa lalu yang tertinggal.

IKLAN

9.Senaman ringkas. Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.

10.Kurangkan makan. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?

11.Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.

12.Tambah satu ilmu satu hari. Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.

Upgrade Diri Di Tahun 2023, Wanita Ni Kongsikan Senarainya Raih Perhatian Warganet Untuk Dijadikan Panduan!

13.Ustaz saya pesan. Sibuk kot mana pun. Pagi baca Yassin. Maghrib Waqiah. Nak tidur Al Mulk. Ni kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran kat sini. Quran cari kita kat sana.

14.Baca 3 Qul macam Nabi ajar. Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.

IKLAN

Aamiin.

Sumber :  Siti Suryani Yaakop

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Upgrade Diri Di Tahun 2023, Wanita Ni Kongsikan Senarainya Raih Perhatian Warganet Untuk Dijadikan Panduan!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI