Tidak kira dipelosok media sosial mana, rata-rata rakyat Malaysia berkongsi pengalaman berharga keluar mengundi. Mana tidaknya, 5 tahun sekali lah katakan! Tidak kira orang ramai, selebriti dan pempengaruh masing-masing memuat naik pengalaman sendiri beserta jari masing-masing yang sudah dicelup dengan dakwat.

Tidak ketinggalan, usahawan dan chef selebriti media sosial, Khairul Aming juga berkongsi pengalaman sendiri yang turun mengundi semalam.

Dalam perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter semalam, Khairul Aming yang popular dengan perniagaan Sambal Nyet sempat mengajak pengikut di sosial media miliknya untuk turun sama-sama mengundi.

“Salam undi untuk Malaysia. Sampai pukul 6 petang ini boleh mengundi. Kalau kamu boleh mengundi, jom keluar hari ini. 20 minit dah boleh selesai,” tulisnya semalam.

IKLAN

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai, malah ada yang tidak sependapat dengannya dengan mengatakan mereka terpaksa beratur lama tidak seperti yang ditulis Khairul Aming yang memakan masa yang agak singkat.

Tidak cuma itu, ada seorang pengikutnya sempat berseloroh di ruangan komen seolah-olah melepaskan ‘dendam’ bertanyakan perasaan Khairul Aming beratur panjang untuk mengundi, seolah mewakili perasaan pelanggannya yang kerap kali harus ‘berebut’ untuk membeli sambal darinya di platform atas talian yang dalam beberapa saat sentiasa ‘sold out’!

IKLAN

Bagaimanapun, komen tersebut telah dibalas sendiri oleh Khairul Aming dengan membalas ‘Gif’ seakan-akan sedang terkedu.

Komen mereka menjadi perhatian orang ramai yang turut terhibur dengan persoalan individu tersebut yang samakan beratur mengundi dengan situasi membeli sambal dari Khairul Aming tersebut.

“Terkedu Khairul Aming!” Komen Beratur Mengundi Disamakan Beli Sambal Buat Ramai Terhibur “Terkedu Khairul Aming!” Komen Beratur Mengundi Disamakan Beli Sambal Buat Ramai Terhibur

IKLAN

Sumber: Twitter @khairulaming

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI