Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata tarkala melihat anak menderita sakit. Sebelum itu dia berlari riang, bermain tanpa sebarang sakit. Dalam sekelip mata segalanya berubah.
Tambah memilukan apabila doktor mendapati terdapat ketumbuhan di bahagian kepala hadapan dan belakang bola mata anak kecil itu.
Inilah yang dikongsikan oleh Nursasabila Kamarulzaman, ibu kepada Muhammad Iman aal Khausar. Hanya kerana terhantuk biasa rupanya melarat dan doktor mengesahkan ada pendarahan dalam otak anaknya.
“Muhammad iman al khausar bin ismail” seorg kanak2 yg sgt riang dan petah berkata-kata..Namun ketentuan Allah sudah tertulis,mama dan papa redho akan ujian allah ini.
Ads
Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yg diberi..pada mulanya iman hanya terantuk biasa sahaja..iman bukan jatuh di tmpat yg tinggi atau terantuk yg mnyebabkan dia cedera luka.
Hanya terantuk di kerusi dan benjol biasa shj..kami membawa iman ke hospital utk periksa keadaan kepala iman..selepas ujian xray dibuat..kputusan xray mnunjukkn mmg ad kesan benjol tp tiada kesan retak atau kecederaan serius.
Kami pulang ke rumah dgn hati tenang..selps smggu iman demam on off..kami bawa iman ke klnik swasta biasa utk ambil antibiotik..seminggu iman ambil antibiotik iman masih lagi demam on off…
Ads
Jadi kami ambik kptusan utk bawa iman ke hospital smula untuk follow up kes iman jatuh tu..kpla iman pun naik benjol besar sikit dari mula2 dia benjol..sampai di hospital hsnz kuala terengganu iman terus dibawa ke bhgian kecemasan dan diletakkan di zon kuning..
Selepas diperiksa darah hb iman rendah dan ct scan dibuat..hantukan yg dialami iman terkena betul2 di saraf darah di kepala nya..hasil ct scan iman menunjukkan mmg ad pendrahan di dlm kpla iman..
Luluh dan remuk hati mama mendengar ape yg pihak hospital katakan..iman terus dimasukkan ke wad dan bntuan darah diberikan..semasa di wad doktor ad memanggil kami untuk memaklumkan hasil ct scan yg dibuat tu juga ad dijumpai ketumbuhan di kpla bhgian hadapan dn dilbkg bola mata iman..
Ads
Ketumbuhan itu terjadi dr kelenjar yg aktif dan semakin teruk bila iman demam dan darah dijagkiti kuman..seminggu iman di wad diberi antibiotik utk mmbunuh kuman yg ad…tapi iman tetap demam..jadi pada hari ini iman disarankan untuk ambik sum-sum tulang belakang..
Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yg dialami iman..kami akn menunggu keputusan dr pihak hospital ats ujian sum-sum tulang iman..
Mama dan papa berharap agar keputusan yg diterima adlah keputusan yg mengembirakan dan iman akan dirawat dengan secepatnya…
Mohon sahabat2 doakan agar iman dapat sembuh sepenuhnya dan segala urusan untuk merawatnya dipermudahkan oleh NYA..aaminnn3.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yatie Kamarzaman bila bersama dua anak dara, nampak macam kakak dan adik, semua cantik-cantik. Bagi mereka yang kurang mengikuti perkembangan mengenai Yatie Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi, anda mungkin beranggapan bahawa dua gadis yang sering muncul di media sosialnya adalah adik-adiknya.
Namun sebenarnya dua gadis tersebut adalah anak-anak perempuannya. Tanpa kita sedari, anak-anak gadisnya ini semakin meningkat dewasa, semakin cantik, dan semakin pandai bergaya seperti ibunya.
Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohamad Zaidi.
Dua anak kesayangan mereka itu ialah Noor Uzma Raisah yang kini berusia 16 tahun dan Noor Aleya Baheerah, 13 tahun.
Noor Uzma Raisah dikatakan lebih mirip dengan bapanya, manakala Noor Aleya Baheerah pula lebih mengikuti wajah ibunya.
Jika anda perhatikan, apabila Yatie dan anak-anak gadisnya bergambar bersama, mereka kelihatan seperti adik-beradik dan bukannya ibu dan anak.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak selama enam bulan. Keputusan itu dibuat susulan kekurangan bekalan mikrocip yang kini sedang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya masih meneruskan proses pendaftaran bagi permohonan MyKid seperti biasa.
Jelasnya lagi, JPN akan melakukan pengeluaran MyKid secara berperingkat dengan menggunakan bekalan sedia ada dengan mengutamakan kes-kes tertunggak.
Dalam pada itu, Ruslin mengatakan JPN kini sedang berusaha menyelesaikan tunggakan pengeluaran MyKid sejak industri mikrocip seluruh dunia berdepan dengan krisis akibat pandemik COVID-19 yang berlaku.
“Kita dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan permohonan disebabkan masalah kekurangan mikrocip di peringkat global kerana MyKid ini menggunakannya.
“Jadi, JPN bercadang dalam tempoh masa ini kita akan membuat penangguhan sementara pengeluaran MyKid.
“Bagaimanapun, proses ini pasti dilaksanakan juga setelah perolehan bekalan mikrocip dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan,”katanya.
Tambah beliau, ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka seperti permohonan sekolah kepada mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid).
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas Program Serahan Kad Pengenalan MyKad kepada orang kurang upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar di Bukit Godek, Melaka, hari ini.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan, setiap ibu ayah akan risau mengenai pembelajaran anaknya terutama apabila anak usia enam tahun masih tidak tahu lagi membaca dengan lancar. Lebih menakutkan tahun hadapan akan ke sekolah rendah. Memang stres je rasanya.
Namun pendapat Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail ini mampu memberikan kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Kenapa tu? Ikuti pendapatnya ini.
SETUJUKAH ANDA, anak-anak yang bakal berumur 7 tahun yang akan memasuki tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastIkan telah pandai membaca?
Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak, jawapan saya ialah sangat tidak bersetuju sama sekali. Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya, aduhai mengapa perlu menekan dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi?
Sebenarnya, kita sebagai pendidik dan ibu bapa belum memahami anak-anak. Dan paling parah, kita tidak memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak.
Suatu ketika dulu, saya pernah membuat kesilapan dalam merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak ini kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun . Ketika itu saya mengusahakan perniagaan TADIKA saya sendiri. Matlamat akhir saya dan juga bagi memenuhi harapan tinggi ibu bapa ialah di akhir tahun pembelajaran nanti, anak-anak ini mesti sudah boleh membaca. Maka , saya akan sedaya upaya memastikan matlamat tersebut tercapai. Apa yang saya buat? Antaranya, saya perkenalkan kepada ibu bapa program membaca dengan cepat, adakan sesi belajar ‘one to one’ dengan anak-anak kecil ini , adakan kelas tambahan membaca. Lagi, saya beri latih tubi membaca setiap hari dan hakikatnya saya paksa emosi anak-anak ini untuk belajar. Hasilnya, kerana anak-anak ibarat span yang mudah menyerap apa sahaja, lalu ramailah anak-anak keluaran TADIKA saya boleh membaca dengan baik . Malah, bukan sekadar bacaan dalam Bahasa Malayasia bahkan bacaan dalam bahasa Inggeris juga. Itulah yang diimpikan ibu bapa.
Aduh, bangganya saya kerana dapat melahirkan anak-anak yang boleh baca di awal usia. Anak-anak itu terus dilabel sebagai anak yang cerdik dan pintar yang boleh membaca di awal usia sebelum 6 tahun. Itu yang kebanyakan TADIKA akan cuba capai. TADIKA yang dapat mengeluarkan anak-anak yang boleh baca, itulah TADIKA yang terbaik pada pandangan dan persepsi ibu bapa. Secara tidak langsung inilah perkara utama yang dapat mempromosi TADIKA supaya ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak ke situ.
Tetapi, saya mula perasan, anak-anak yang boleh baca awal usia biasanya adalah anak-anak yang kurang keyakinan diri, penakut, pemalu, pendiam, kategori anak-anak yang tak banyak bermain malah kurang pandai bergaul dan berkomunikasi. Mereka mempunyai emosi yang kurang sihat dan self esteem yang rendah. Saya perasan itu semua.
Saya juga perasan , anak-anak yang tak pandai baca pada usia 5@6 tahun adalah anak-anak yang tak boleh duduk diam, aktif dan banyak bermain serta banyak meneroka dan banyak keinginan serta perasaan ingin tahu. Saya mula tertanya mengapa?
Bila saya terjun ke bidang pendidikan awal kanak-kanak yang lebih muda sedari 0 hingga 4 tahun, saya mula sedar akan kesilapan saya. Saya mula belajar mengenai tahap demi tahap perkembangan kanak-kanak. Saya korek pelbagai potensi awal yang boleh dibentuk di peringkat awal usia anak-anak. Dan apa yang penting saya mula belajar memahami tingkahlaku , kerenah serta sikap semulajadi kanak-kanak.
Saya teruja untuk mengetahui bahawa antara sikap atau tabiat semulajadi anak-anak ialah BERMAIN. Kerja hakiki anak-anak di bawah umur 7 tahun ialah BERMAIN dan bukannya belajar.
Selama ini persepsi saya dan juga kebanyakan ibu bapa di luar sana terhadap pendidikan awal kanak-kanak andalah salah. Pendidikan awal bukan bermaksud memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Pendidikan awal bermakna mengenalpasti tahap perkembangan dan memberi galakan untuk anak mencapai tahap perkembangan yang tertentu. Pendidikan awal juga bermakna mengenalpasti potensi diri anak dan membantu mengilap potensi tersebut.
Justeru itu, saya dan anda sebagai pendidik maupun ibu bapa perlu tahu dan faham akan setiap aspek tahap perkembangan kanak-kanak supaya kita dapat beri galakan ,sokongan dan dorongan untuk anak.
Apakah aspek perkembangan awal kanak-kanak?
Perkembangan sosiemosi – bentuk emosi yang positif pada anak seperti yakin diri, berani
Perkembangan bahasa – galak anak menggunakan bahasa yang betul dan bijak berkomunikasi
Perkembangan kognitif – galak anak berfikir , menggunakan deria untuk meneroka dan belajar pelbagai dari alam dan persekitaran.
Perkembangan kerohanian- terapkan nilai moral, akhlak dan ketuhanan
Perkembangan fizikal – galak anak tingkatkan moto halus dan moto kasar
Perkembangan kreativiti dan estetika – galak anak supaya kreatif dan mempunyai imiginasi pelbagai
Malah mengikut kurikulum PERMATA yang menjadi panduan perkembangan pembelajaran di TASKA , antara perkembangan lain yang turut perlu dibentuk pada anak ialah perkembangan sahsiah – belajar bergaul dan komunikasi serta literasi awal.
Bagaimana pula cara terbaik menggalakkan semua aspek perkembangan ini? Adakah melalui pembelajaran formal seperti di sekolah? Adakah dengan memberi anak-anak kecil ini latih tubi dan pelbagai tugasan atau kerja rumah.
Tahukah anda sebenarnya setiap aspek perkembangan ini boleh diterapkan kepada anak-anak dengan mudah hanya melalui bermain sahaja. Bukankah bermain kerja hakiki anak? Mereka memang bermain tetapi secara tak langsung mereka banyak belajar menyuburkan pelbagai aspek perkembangan tersebut hanya melalui bermain. Jadi, biarkan anak-anak bermain.
Anak main blok, mereka berfikir bagaimana susun blok menjadi tinggi
Anak main pasir, bina istana, mereka cuba merealisasikan imiginasi mereka.
Anak berlari sekeliling rumah@ taman, mereka belajar meneroka persekitaran
Anak main olok-olok dengan kawan sebaya, mereka belajar bersosial dan bergaul serta berkomunikasi dengan bahasa yang betul.
Anak yang suka usik itu ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Anak yang aktif berlari, mereka membina kecergasan diri.
Jad, mengapa perlu dipaksa anak duduk sebelah anda dengan keadan anda marah dan tinggi suara untuk ajar mereka membaca. Mengapa pula masih ada TADIKA yang menyusun ruang susunatur dalam kelas sama seperti belajar di sekolah? Mengapa pihak TADIKA perlu stressajar anak-anak membaca dan beri pula kerja rumah yang banyak.
Entah kenapa saya memang tak boleh terima kalau dengar seorang cikgu di TADIKA cuba menakutkan dan menginggatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak boleh baca dengan baik sebelum masuk tahun 1. Mereka terangkan pada ibu bapa betapa hebatnya persaingan akademik anak-anak di tahun 1. Kalau kebetulan jika anak 6 tahun itu tak boleh baca, cikgu cadangkan pula ibu bapa hantar anak ke kelas tambahan. Bagi saya, memadai sajalah kalau anak yang tak boleh baca itu telah kenal huruf dan boleh menyebut dua sukukata. Mereka bukan tak pandai , mereka cuma belum bersedia. Percayalah.
Ini cerita anak saya yang berumur 6 tahun. Saya hanya hantar dia ke TADIKA sebaik umurnya 6 tahun. Baru ni, saya baca ‘whatapp group’ dari guru TADIKA nya. Cikgu post jadual peperiksaan akhir tahun dan pesan ibu bapa pantau anak-anak belajar di rumah.
Kalau ibu bapa lain, mungkin akan rasa cikgu TADIKA sangat prihatin .Aduhai kesian anak-anak, tahun-tahun di mana kerja hakiki mereka sepatutnya bermain tetapi mereka perlu pula duduk menelaah seperti kakak abang yang akan menghadapi peperiksaan di sekolah.
Sekali lagi, ingin saya ingatkan, hakikatnya anak-anak memang perlu bermain. Hakikatnya anak-anak ini tidak perlu dipaksa untuk belajar. Percaya tak bahawa apa yang perlu diterapkan terlebih dahulu ialah ilmu mengenai kehidupan disamping membentuk anak dalam setiap aspek perkembangan yang telah saya nyatakan tadi. Keinginan untuk belajar akan datang sendiri bila anak telah bersedia menerima pembelajaran formal. Masanya pasti akan muncul juga. Yang pasti setiap anak adalah berbeza pencapaiannya.
Teringat saya pernah terbaca bahawa pendidikan awal anak di Jepun bermula dengan mendidik akhlak. Pendidikan berteraskan peperiksaan bermula hanya bila anak berumur 10 tahun sahaja.
Berbeza dengan sistem pendidikan kita yang telah diwarisi begini, bila nak masuk tahun 1 sebolehnya anak mesti dah boleh membaca dengan baik. Cikgu di tahun 1 suka kalau anak-anak sudah boleh membaca. Lalu kasihan anak-anak yang dikelompokkan dalam kumpulan belum boleh membaca. Seawal usia 7 tahun anak-anak telah mula dinilai tahap pencapaian akademiknya. Bukahkah sebenarnya dalam silibus pembelajaran tahun 1 anak-anak perlu diajar semua huruf dan gabungan sukukata hingga boleh baca. Akan tetapi, anak-anak ini pula dikategori sebagai anak-anak yang ketinggalan.
Lain orang mungkin lain pandangan. Mungkin ada ibu bapa tidak setuju dengan pandangan saya bahawa anak tidak perlu dipaksa untuk belajar membaca.
Tapi saya membuktikan salah seorang anak saya yang tidak boleh membaca di awal usia dan yang kurang penonjolan akademik ketika di sekolah rendah ( kini dia berusia 19 tahun), dia merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahnya,. Bakal menduduki STPM tahun ini dan dia akan membuktikan dia bakal pelajar terbaik STPM di sekolahnya juga. Satu ketika dulu, ketika di sekolah rendah dia tidak pernah dapat nombor 1 dalam kelasnya.
Apa yang penting, biarlah anak-anak kecil yang di bawah 7 tahun ini belajar kerana minat dan kesediaan mereka. Tugas kita beri dorongan dan galakan bukan paksaan. Apa yang penting, kejayaan anak-anak bukanlah hanya diukur dari kejayaan akademik sahaja. Lihatlah kejayaan anak pelbagai aspek. Setiap anak mempunyai potensi diri yang berbeza. Apa sahaja potensi yang berjaya digilap dan diserlahkan oleh anak, itulah kejayaan buat anak-anak. Jangan lupa juga doa kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa.
CHILDREN ARE NATURAL LEARNERS.
CURIOSITY IS THE ENGINE TO ACHIEVEMENTS
Norazura Childcare Practitioner
Sumber: pnnorazuraismail.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.