Merujuk kepada sidang media petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia. Kes penularan melonjak naik.
Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 287 kes positif baharu dilaporkan dan ini menjadikan jumlah tertinggi dalam sejarah penularan Covid-19 di dalam negara ini.
Terkini. 2 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini paling tinggi dalam sejarah iaitu 287 dan semua kes tempatan.
Tertinggi, Kedah (129), Sabah (113), Selangor (31).
Dua kluster baharu di Selangor, Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).
Apa yang lebih membimbangkan adalah kesemua kes merujuk kepada penularan tempatan dengan dua kluster baru dilaporkan iaitu di Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).
Ads
PECAHAN KES BAHARU (287)
SABAH-113
52 saringan bergejala
35 kluster Benteng LD
15 kluster Bangau
1 kluster Laut
1 kluster Pulau
2 saringan rujukan ke hospital
2 saringan kemasukan ke hospital
1 SARI
1 saringan petugas kesihatan
1 saringan warga emas
1 saringan sebelum pulang ke semenanjung
1 saringan komuniti
KEDAH-129
128 kluster Tembok
1 saringan kontak rapat
SELANGOR-31
13 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
8 kluster Seri Anggerik
3 kluster Jalan Meru
1 kluster Seri Setia
2 saringan kontak rapat
1 SARI
1 saringan tahanan
1 saringan sebelum ke luar negara
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
PERAK-3
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Tembok
TERENGGANU-3
2 saringan kontak rapat
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
N.SEMBILAN-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
KELANTAN-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Jalan Meru
KL-1
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
JOHOR-1
1 kluster Meru
PAHANG-1
1 saringan kontak rapat
LABUAN-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Kes yang dilaporkan semua tempatan.
Ads
Terkini #COVID19Malaysia 2 Okt 2020 Kes sembuh=81 Jumlah kes sembuh= 10,095 kes Kes positif= 287 (kes import=0, kes tempatan=287) Jumlah positif= 11,771 kes Kes kematian= 0 Jumlah kes kematian= 136 Kes dirawat di ICU=22 kes Bantuan Alat Pernafasan=4 kes pic.twitter.com/cWQSwjSEu1
Dalam pada itu, laporan KKM menyatakan terdapat
-81 kes sembuh
-287 kes baharu
-8 kluster laporkan kes baharu, termasuk 2 kluster baharu
-129 kes baharu dilaporkan dalam Kluster Tembok
-22 dirawat di ICU, 4 perlukan bantuan alat pernafasan.
Setiap individu dari semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan bagi memutuskan rantaian covid 19 di negara ini. Setiasa patuhi nasihat kesihatan KKM.
Nama penyanyi popular, Datuk Hattan menjadi sebutan hangat kebelakangan ini di media sosial selepas ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita baru-baru ini.
Bukan hanya itu, isterinya, iaitu Datin Arianie Abidin mendedahkan ada menerima ugutan bunuh dan santau susulan insiden suaminya itu.
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Arianie berkata dia dan suami telah menjadi mangsa kecaman netizen selain dihina, diugut dan dilemparkan dengan kata-kata yang kurang sopan.
“Tentang kes suami sis (Arianie) yang viral, dikecam, dihentam, dicaci dimaki, disumpah, diugut daripada netizen yang sangat mulia dan baik budi bicara.
“Walaupun ramai yang kata bagi la pencerahan tapi bagi sis tak perlu kot sebab sis perhati kalau sis berkata-kata pasti ada yang cakap “ala suami dia, mestilah dia pertahankan”.
“Tidak apa lah biarlah sis simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan sis sahaja yang kenal dia.” tulisnya.
Dalam pada itu, Arianie turut mendedahkan bahawa pelantun lagu Mahligai Syahdu itu tidak pernah membaca segala komen yang ditinggalkan netizen, sebaliknya dia yang mengawal aktiviti di media sosial suaminya itu.
Menurut Arianie lagi, air matanya jatuh setiap kali membaca komen negatif yang dilemparkan oleh warganet.
“Untuk pengetahuan semua, saya yang jaga IG suami dan saya yang private IG dia. Suami tak baca pun komen. Menitik juga air mata sis bila baca komen-komen.
“Tetapi sebagai isteri, saya kena kuat dan sentiasa berada di belakang suami. Walau apa pun jadi, baik atau buruk, dia suami saya.
“Semoga semua ambil iktibar, tiada yang sempurna, setiap manusia ada buat kesalahan. Jangan komen sehingga menimbulkan fitnah”, tambahnya.
Sementara itu, Arianie turut memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan mesej ugutan yang diterimanya.
Terdahulu, nama Hattan panas dan menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas insiden menempelak penyampai berita Astro Awani kerana mendakwa tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan kepadanya.
Soalan diajukan kepada penyanyi itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir pada 27 April lalu.
Kejadian kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari 2019 lalu mula membangkitkan kembali isu penggunaan vaksin.
Ini kerana mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan dikatakan tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir!
Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019. Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.
Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.
Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.
Lebih membimbangkan apabila 5 lagi kanak-kanak disyaki positif Difteria kini ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.
Lebih membimbangkan jika jangkitan ini menular dan berjangkit kepada anak-anak lain yang tidak berdosa. Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin ini.
Seorang pakar Otorhinolaryngologi, telinga, hidung dan tekak, Dr Ezairy M.Sallih tampil berkongsi pandangan mengenai hal ini.
Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!
Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.
Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.
▪️Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.
1. Cairan pernafasan pesakit
2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit
3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan
▪️Kenal pasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!
1. Sakit pada tekak
2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman
3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya
4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan
5. Bengkak pada kelenjar leher
Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.
Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.
▪️Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?
1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan
2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher
3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung
Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.
Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.
Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi
Dr Ezairy M.Sallih Doktor Otorhinolaryngologi Telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiba musim cuti sekolah, masa ini jugalah waktu terbaik untuk khatankan anak-anak lelaki.
Buat ibu bapa yang pertama kali ingin laksanakannya, ikuti perkongsian pengalaman daripada Puan Adlil Rajiah untuk manfaat bersama.
Fuhhh ternyata pengalaman bersunat bukan saje menggerunkan si anak dan burungnya, tapi juga menggelupurkan jiwa si ibu. Si bapa toksah cakap lah. Belum jumpa doktor dah terkumat kamit berzikir mulutnya. Aiii lain macam nervous tu bang. Terkenang kisah lama ke?
Tapi sungguh.
Memang berdebar.
No wonder para ulama galakkan khatan anak lelaki sebelum mencecah umur 3 bulan. Supaya boleh minimakan kesakitan dan percepat proses penyembuhan. Dan memang betul, bila saya tengok anak2 buah lelaki yang sunat masa baby, memang jauh lebih mudah, lebih cepat baik, dan lebih senang jaga. Walaupun mak bapak tetap berdebar, at least si anak tak berdebar hahah.
Tapi nak buat macam mana, Allah tak izinkan kami sunatkan Haikal seawal itu dulu, maka terima je lah Haikal kena sunat bila dah besor.
Tapi secara peribadi, saya rasa ada baiknya juga sunatkan anak bila dah besar sikit. Sebab dia boleh belajar untuk manage rasa sakit dan atasi ketakutan diri.
Dan apa yang saya perasan, “kematangan” Haikal naik level 999 lepas dia sunat. Entah lah. Tapi cara dia react to situations dan cara dia berfikir agak berbeza. Tak tahu la pulak macam mana “penghijrahan burung” boleh beri kesan kepada cara berfikir.
Ramai yang tanya, macam mana saya pujuk Haikal untuk bersunat. Ok macam yang saya pernah post sebelum ni, sebenarnya Haikal yang minta sendiri untuk disunatkan masa hari jadinya 31 Oktober lepas.
Haa bunyi macam senanggg je kan.
Tapi hakikat yang ramai tak tahu ialah–
ini sebenarnya percubaan ketiga kami untuk sunatkan Haikal selepas 2 kali gagal sebelum ni sebab Haikal takut lalu melarikan diri.
Masa Haikal umur 6 tahun, 2 kali kitorang pernah register Haikal untuk sunat sebab DIA NAMPAK MACAM DAH BERSEDIA. Tapi rupanya bila sampai kat katil bedah tu, lintang pukang dia melarikan diri. Maka pasrah lah kami berdua apabila melihat reaksi Haikal dan wajah doktor yang saling tak tumpah seperti ini.
Nak buat macam mana– kami yang pilih untuk tak mahu menipu dan memujuk Haikal dengan ayat “sunat tu tak sakit”. In fact, kitorang sentiasa cakap SUNAT TU SAKIT, BUT IT WILL MAKE YOU STRONGER AND HEALTHIER. And kitorang siap tunjuk video prosedur sunat tu kat Haikal to make him aware tentang proses yang bakal dilaluinya.
Hmm aku pun tak tahu la kitorang ni mak bapak “telus” level apa.
Tapi to be honest, kitorang sangat tak setuju dengan kaedah “tipu sunat” dengan mengatakan “sunat tu tak sakit” atau “rasa macam kena gigit semut jurrr” semata2 sebab nak anak menyerah diri dan senangkan kerja kita.
No way!
Yang nak kena sunat ialah anak.
Yang nak menanggung sakit ialah anak.
Macam mana kau tergamak menipu dia?
Tell them the truth and wait until they’re ready!
“Uihh kalau camtu sampai ke besor la anak aku tak sunat sebab awal2 dah bagitahu sakit.”
Tak.
Kau yang sedang underestimate anak kau sebenarnya.Padahal anak2 ni fitrahnya lebih berani dari apa yang kita sangka.
Diorang sebenarnya suka ambil risiko dan sahut cabaran.
Kita yang dewasa ni je yang terlalu banyak fear dan suka overthink sampai mempengaruhi fitrah anak.
Just tell them the truth!
Bila anak dah aware tentang fungsi dan proses sunat, dia sendiri akan slowly develop that readiness dan willing untuk disunatkan. Percayalah,
and stop underestimating your child.
I’m confident to say this sebab saya dah lihat buktinya–
pada Haikal.
Pada pagi hari jadi dia tu, sebelum ke sekolah, Haikal beritahu papanya,
“Pa, sempena birthday Haikal hari ni, Haikal nak hadiahkan diri sendiri. Haikal nak sunat.”
Tepat jam 2.30pm, kami pick up Haikal dari sekolah, terus ke klinik, dan lepas 15 minit, semua settle.
And just like that–
Haikal dah sunat.
Memang mudah.
Tapi kemudahan ni datang selepas setahun lebih kami buat persediaan mental terhadap Haikal, dan selepas 2 kali kami gagal nak sunatkan Haikal.
Tapi despite semua “drama” yang Haikal tunjukkan sepanjang proses persediaan mental tu, we strongly believe–
masanya akan tiba, Haikal akan bersedia, dan semuanya akan mudah.
Dan akhirnya hari ni kami dapat lihat–
kuasa Allah yang sentiasa mengikut sangkaan hambaNya.
Dengan begitu2 saje–
Haikal minta disunatkan.
But of course Haikal tak sunat sambil senyum. Of course Haikal menangis, especially masa cucuk bius tu.
Sebab memang–
SUNAT ITU SAKIT.
Tapi sebab he’s aware and mentally ready, masa nangis tu, Haikal tak memberontak. Dia cuma pandang wajah saya dan minta saya gosok dahinya, sementara tangan dia genggam kuat pergelangan tangan saya.
I could feel his pain.
But i could feel his braveness too ?
Keluar dari bilik doktor, Haikal tengok “burung” dia dan sayup2 saya dengar Haikal cakap dengan suara bergetar,
“Alhamdulillah Haikal dah sunat.”
Hari ni genap 15 hari lepas Haikal sunat.
Alhamdulillah masa hari ke-7 Haikal dah boleh pakai seluar, dah boleh main bola, dah boleh naik basikal. Walaupun berderau darah mak dia tengok anak tetiba naik basikal.
Apa pun, lega sangat urusan jaga Haikal dan proses penyembuhan dia dipermudahkan. Mak dia pun takdelah tak cukup tidur sampai eyebag sebakul ke apa. Semuanya mudah alhamdulillah.
Tapi ada sekali tu, masa Haikal tengah terlantar dengan kain pelikatnya, dia tiba2 cakap,
“Mama, i miss your cuddles. Bila Haikal dapat peluk mama kuat2 lagi? Bila nak peluk je sakit.”
Lalu termenitiklah air mata si ibu berhati tisu ini.
Tapi bila dah boleh main bola apa semua tu, langsung tak ingat nak peluk mak kau kan.Pakpompakmustapeyy betul.
Sekian, begitu lah kisah sunat anak teruna saya. Dan sebagai orang yang baru sangat pengalamannya, let me share some of my personal tips.
SEBELUM SUNAT:
1. Stop tipu anak cakap “sunat tu tak sakit”. Tell them the truth. Dan dalam masa yang sama, ulang2 kebaikan dan ganjaran yang dia dapat lepas sunat.
2. Jangan momokkan sunat sebagai denda atau hukuman bila anak buat salah. Contohnya, “Siap kau. Satgi mak sunatkan kau baru tahu!”
3. Ada banyak kaedah sunat: Smart Clamp, Jahitan, Sutureless, etc. Do some readings dan pilihlah yang paling kena dengan keadaan fizikal anak dan kemampuan kewangan. Jumpa doctor dan tanya betul2 dulu. Jangan setakat ikut cakap2 orang. Jiran sebelah guna teknik clamp, kau pun nak clamp. Si Abah guna batang pisang masa sunat tahun 1988 dulu, kau pun nak anak guna batang pisang. Tanya doktor dulu. Yang nak disunatkan ialah burung si anak, bukan burung abah atau burung jiran sebelah.
4. Tak salah nak bagi reward untuk raikan anak sunat. Bagi la hadiah apa pun. Tapi yang paling penting, fahamkan anak tentang kebaikan sunat itu sendiri. Hadiah tu sampingan je, tapi manfaat yang lebih besar adalah daripada proses sunat tu sendiri.
SEMASA SUNAT:
1. Sebelum masuk bilik bedah, make sure anak dah makan, dah buang air dan dah bersihkan diri.
2. Teman anak kat bilik bedah dan tenangkan dia supaya tak meronta.
3. Ajar anak teknik pernafasan masa cucuk bius untuk minimize rasa sakit.
4. Jangan sesekali cakap kat anak, “Jangan nangis. Anak lelaki mana boleh nangis. Malu orang tengok.” Nonsense! Biarkan anak menangis. Itu fitrah manusia. Orang tengah sakit, takkan nak expect dia senyum pulak?
5. Nak bagi gajet masa sunat? Terpulang. Mungkin berguna juga. Banyak kajian menunjukkan screen time boleh bertindak sebagai “painkiller” dan hilangkan sakit dalam masa 3 saat. Tapi bagi saya, bila lagi anak nak belajar manage rasa sakit kalau bukan time sakit itu sendiri. Lagipun proses sunat tak ambil masa lama. 10-15 minit je.
SELEPAS SUNAT
1. Penjagaan lepas sunat bergantung kepada kaedah yang digunakan. Tapi benda basic yang parents kena tahu: tempat luka potong tu perlu sentiasa kering untuk elakkan infection. Lepas buang air atau lepas mandi, kena letak anak kat tempat berangin supaya cepat kering. Ada yang suggest guna hair dryer (without heat) atau kipas USB tu.
2. Kalau doktor ada bagi antibiotic, makan ikut masa yang ditetapkan. Doktor yang sunat Haikal tu cakap, banyak kes yang burung swollen dan infected sebab tak makan antibiotic. Hmm kesian burung .
3. Rancang aktiviti masa anak “berpantang”. 3-4 hari pertama anak akan banyak baring je. So diorang akan rasa bosan kalau takde aktiviti. So selain tengok TV, main game, dan main phone, rancang la jugak aktiviti lain yang boleh dibuat sambil baring. Macam Haikal, dia banyak main Haikal’s Game Book, main lego dan baca buku. Sebelum sunat memang dah standby banyak2 buku baru untuk dia baca. Haikal selalunya lepas 1-2 hours TV, dia akan switch off sendiri dan cakap “i need to refresh my brain.” Ok whatevsss
4. Bab makan, seminggu pertama tu pantang dulu makan udang, sotong, kerang, ketam, telur, etc. Banyakkan ikan isi putih dalam menu anak. Seeloknya ikan haruan. Macam Haikal, memang hari2 makan haruan. Tapi saya variasikan cara masakan. Haruan sup, haruan bakar, haruan goreng, haruan stim, haruan masak kicap, haruan kari, etc. Andd banyakkan makan buah. Vitamin C boleh cepatkan penyembuhan.
5. Cara basuh kencing: Boleh guna syringe atau isi air dalam mangkuk kecik (campur sikit dengan saline solution) dan rendamkan hujung ? beberapa kali sampai yakin bersih.
Ok dah. Tu je.
Fuhh dah lama tak tulis pepanjang cemni.
Semoga perkongsian saya ni dapat beri kebaikan kepada ibu bapa yang plan nak sunatkan anak masing2 tak lama lagi.
Kepada anak2 yang bakal bersunat–
GOOD LUCK.
Jangan risau, sunat tu tak sakit pun.
Macam kena gigit semut jurrr..
BAHAHAHAH.