
Setiap hari kita dikejutkan dengan berita kadar jangkitan Covid-19 yang kini semakin menjadi igauan kita semua. Ia menjadi paranoid buat kita apabila saban hari laporan kadar jangkita bertambah.
Terkini, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi facebooknya mengesahkan positif Covid-19. Beliau juga menyeru orang ramai yang hadir di majlis yang sama supaya melakukan saringan segara.
Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




