Terkini: Peningkatan Kes Covid, 298 Sekolah Di Daerah Petaling Ditutup Bermula Esok!

Share

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.

Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Senarai sekolah yang ditutup di zon merah daerah Petaling dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.

PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH PETALING

Kenyataan akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia

BERIKUT SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

IKLAN