Terkini: Semua Sekolah Seluruh Negara Ditutup Mulai Esok, Kembali Sekolah Bermula 20 Januari 2021.

Share

Merujuk ucapan yang dibentangkan sebentar tadi secara langsung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan semua sekolah di seluruh negara ini ditutup bermula esok hingga ke hari akhir persekolahan pada 17 dan 18 Disember depan.

Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin berkata, bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala bagi Kumpulan B pada 18 Disember.

Sekolah di negeri Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak bagi mengekang penularan gelombang ketiga Covid-19 sehingga 6 Dis.

Home-based Learning

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Di sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

Kembali sekolah pada Januari 2021 secara berperingkat.

Kredit foto: Aminah Mat Yusoff Yusoff

Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.

Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka
pada tarikh yang sama.

Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.

Tunda Peperiksaan 

Mengambil kira situasi semasa, KPM telah membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut. Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021.

Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021. Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan oleh YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, sebentar tadi.

RUJUK CARTA

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN