Terlajak Sedap, Snow Almond Cookies Ni Mudah Sangat Nak Buatnya!

Share

Bercerita tentang buat biskut Raya memang banyak kisah dan kenangannya. Maklumlah kita dulu-dulu pasti akan buat biskut Raya bersama mak dan adik beradik perempuan yang lain. Walaupun pun penat berpuasa, namun terasa begitu seronok buat biskut Raya. Kalau ingin diimbau, terasa meriah sungguh waktu itu.

 

 

Jadi tidak salah rasanya untuk Raya tahun ini, kita berikan pula pengalaman berharga kepada anak-anak kita. Sama-sama sediakan biskut Raya untuk dijadikan hidangan istimewa kepada tetamu yang berkunjung ke rumah di musim perayaan ini.

Mungkin Biskut Snow Almond Cookies ini boleh dijadikan pilihan pertama untuk dibuat. Memandangkan biskut ini tidak menggunakan acuan dan mudah sangat untuk dibuat.

Malah biskut ini perlu pula  disalut dengan coklat, tentu akan membuatkan anak-anak tidak sabar menyediakannya dan sekali gus teruja menikmati rasa biskut yang dimasak dari air tangan sendiri.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

 

Nak tahu detail cara membuatnya, jom semak perkongsian daripada Haniesa Hazwani yang difahamkan resipi asal biskut ini adalah daripada arwah kakaknya iaitu Faizah Arzmi. Semoga dengan resepi ini, arwah diberi pahala jariah sedekah.. Aamiin.. Al-Fatihah..

Snow Almond Cookies

Bahan

500g butter (Brand buttercup)

1 1/2 cawan gula caster

kacau sehingga sebati. Tambah

1 cawan susu tepung

1 cawan serbuk badam

1 cawan nestum original

1 cawan tepung jagung

kacau sehingga sebati. Tambah

5 cawan tepung gandum

kacau sehingga menjadi doh lembut.. Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit-sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.

Bentukkan bulat-bulat. Bakar suhu 150’c masa 20minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Adunan ni boleh dapat dalam 190biji biskut.

2 cawan Dark Beryls coin

2 sudu cocobutter

Double boil sehingga coklat larut dan sebati.

Celup biskut dalam larutan coklat yang suam-suam dan salut dalam serbuk roti.. Ramai pelanggan confius putih-putih tu adalah serbuk kelapa tapi bukan ya tu ada serbuk roti atau breadcrumb.

Sedia dihidang.. InsyaAllah saya yakin resepi ini boleh buat jualan.. Rasanya sangat sedap lemak manis pahit coklat biskut yang rangup..

kredit El-Ain Arzmi

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN