Biasanya, bila sebut sahaja Sujud Sahwi ramai yang faham ia dilakukan kerana terlupa membaca Doa Qunut ketika menunaikan Solat Subuh.
Tetapi sebenarnya bukan sebab lupa membaca Doa Qunut sahaja disarankan Sujud Sahwi, bahkan Sujud sahwi juga hendaklah dilakukan apabila seseorang terlepas melakukan tahiyyat awal atau berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.
Hal ini dijelaskan lagi menerusi perkongsian video daripada seorang anak muda yang dikenali senagai Furqan Fawwaz berkenaan sujud sahwi, ia perlu dilakukan sebelum memberi salam pada tahiyyat akhir.
Ads
Malah sujud sahwi hendaklah dibuat dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturut-turut.
Kemudian, duduk kembali dalam posisi tahiyyat akhir dan barulah beri salam seperti biasa tanpa mengulang bacaan lagi.
Salah satu daripada keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah terdapatnya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan lebih dikenali dengan Lailatul Qadar yang amat istimewa dan amat dinanti-nantikan kemunculannya oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah Taala.
Rasulullah SAW sendiri memohon kepada Allah Taala agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu berkenaan menemuinya.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesugguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, di dalamnya terdapat malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam tersebut sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara tersebut kecuali orang-orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah Taala.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.” (Hadis riwayat Muslim)
PERSEDIAAN UNTUK PECUTAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN 🌙
Allahu Akbar, terasa macam baru saja masuk ke dalam bulan Ramadan. Rupanya kurang dari 2 minggu saja lagi tetamu mulia ini akan meninggalkan kita. Insya-allah bermula malam esok, kita akan mula memasuki 10 hari akhir Ramadan.
Mari sama-sama kita kerahkan segala kudrat untuk manfaatkan baki masa yang ada, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT. 🤲
Tuan Puan,
Mungkin ibadah kita selama 11 bulan yang lalu banyak cacat celanya, namun apa salahnya jika kita cuba lakukan yang terbaik pada bulan ini untuk merebut ganjaran yang sangat besar pada 10 malam terakhir, khususnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. SubhanAllah.
Saya ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir Ramadan. Semoga Allah SWT rezekikan kita bertemu Lailatul Qadar yang dinantikan, insyaAllah. 🌹
1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN MENGQADA SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.”
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.”
Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Daripada Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan? Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
c) Solat Sunat Tarawih
Daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a bahawa beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
d) Solat Sunat Rawatib
Daripada Ummu Habibah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
Maksudnya: “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
(Surah Nuh 71: 10-12)
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah aku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.”
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab 33: 56)
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”
Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling kerap diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) – “Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(Surah al-Nisa’ 4: 36)
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR Daruqutni, hadis hasan)
8. HINDARI SIFAT RIAK, ‘UJUB, SUM’AH DAN TAKABBUR DENGAN AMALAN YANG DILAKUKAN
Riak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak niatkan ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT.
‘Ujub pula ialah seseorang yang menganggap bahawa amal soleh yang dilakukannya adalah kerana diri sendiri atau sesuatu perkara, bukan kerana Allah SWT yang mengizinkannya.
Sum’ah ialah menghebahkan perbuatan baik yang dilakukannya agar diketahui orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan, dll.
Takabbur pula bermaksud sombong dengan merasa dirinya lebih baik daripada orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang merasakan dirinya lebih hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak setaraf dengannya sama ada melalui kata-kata, pandangan atau bicara hati.
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan (walau sebesar) biji sawi, dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan (walau sebesar) biji sawi.”
Maksudnya: “(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”
Maksudnya: “Tidak akan berkurangan harta apabila bersedekah dan Allah SWT pasti akan memberikan kemuliaan bagi yang memaafkan. Manakala bagi mereka yang tawaduk pasti Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.
(HR Muslim, hadis sahih)
10. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA BERPUASA
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan dari Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim dan Tirmizi, hadis sahih)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Mungkin kita tertanya pada diri sendiri, mampukah nak buat kesemua amalan ini? Di dalam kaedah fiqh, para ulama ada menyebutkan:
مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لُا يُتْرَكُ كُلُّهُ
Maksudnya: “Apa yang tidak boleh didapatkan kesemuanya maka jangan ditinggalkan kesemuanya.”
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah SWT, manfaatkan masa serta nikmat yang ada dengan sebaiknya dan rebutlah peluang sebanyak mungkin.
RUJUKAN :
1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-192: Kelebihan Solat Sunat Fajar
2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-223: Solat Dhuha Mendapat Istana Emas
3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-152: Sifat Solat Malam Nabi SAW
4. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-83: Kelebihan Solat Sehingga Imam Selesai
5. Bayan Linnas Siri Ke-194: Konsep Sedekah Jariah Menjana Kesatuan Ummah
6. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke- 131 : Siapakah Yang Mendapat Ganjaran Pahala Memberi Makan Kepada Orang Berbuka?
Umum mengetahui Wawa Zainal baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 30 November yang lalu dan kini masih lagi di dalam pantang.
Jika sebelum ini pelakon ini menjadi perhatian ramai apabila berkasut tumit tinggi selepas seminggu bersalin, kali ini dilihat ligat pula meredah banjir bagi menghulurkan bantuan.
Melalui hantaran video di Instagram miliknya, dilihat Wawa Zainal begitu bersungguh-sungguh melaksanakan misi membantu mangsa banjir dengan membeli sendiri barang keperluan seperti lampin bayi, telekung, bantal, tilam dan sebagainya di sebuah pasaraya dengan ditemani oleh suaminya Aeril Zafrel dan beberapa orang daripada teamnya.
Tidak dengan itu, dilihat juga Wawa Zainal sendiri turun ke lokasi banjir untuk menyerahkan barangan bantuan yang dibelinya. Difahamkan Wawa berbuat demikian sebab mahu merasai pengalaman dan lihat sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir besar di Selangor.
Doa adalah senjata buat orang mukmin. Setiap kali selepas solat, pasti kita akan berdoa memohon sesuatu kepada Allah Taala. Tak kira panjang atau pendek, pasti rutin ini tidak pernah miss.
berdoalah kita kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan agar semua yang kita inginkan dimakbulkan oleh s.w.t. Namun, adakalanya keterbatasan waktu membuatkan ada yang berdoa sambil lewa. Tak kurang yang ‘skip’ part berdoa kerana mengejar waktu dan sebagainya.
Di Facebook, wanita bernama Norzi Malek berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati bila dia ‘ditegur’ oleh seseorang selepas selesai solat. Teguran yang cukup ‘lembut’ itu bagaimana pun meninggalkan bekas di hati wanita ini.
“Tak berdoa ke? Kejap je angkat tangan” Tegur seseorang kepada saya.
Saya tergamam. Terkejut. Tak sangka ada orang perhatikan gerak geri saya solat.
“Errr.. Doa”, saya balas, malu alah.
“Orang yang tidak berdoa, adalah orang yang sombong dengan Tuhan,” beliau membalas lembut.
Saya cepat-cepat lipat telekung. Nak larikan diri dari situ. Tiba-tiba beliau bangun, duduk sopan di tepi saya.
“Jangan sombong dengan Tuhan. Perlu berdoa bersungguh-sungguh setiap kali solat. Kalau kita sombong dan tidak berdoa, tetapi Allah masih sayangkan kita , Allah akan bagi teguran melalui ujian-ujian hidup agar kita kembali kepadaNYA. Kembali memohon dan meminta pertolongan dariNYA.
Tetapi, kalau Allah langsung ‘tidak pandang kita’, tidak kisah pun jika kita tidak meminta kepadaNYA, Allah akan biarkan kita hanyut dengan kesombongan kita. Hinggalah tiba hari segala amalan dihitung, Allah juga tidak akan ‘pandang’ kita ketika itu. “
Saya terdiam.
Berhari-hari saya termenung memikirkan teguran lembut itu. Meresap masuk ke dalam fikiran dan hati saya. Jadi saya ambil keputusan drastik.
Saya capai buku nota kosong. Khas untuk saya tuliskan point-point penting untuk ‘isi kandungan’ doa saya. Agar tidak ada impian dan hasrat saya terlepas pandang untuk diselitkan ketika berdoa.
Saya bahagikan kepada empat bahagian. Kesihatan, Kewangan, Dunia dan Akhirat.
Kesihatan : Family, mak ayah, mak ayah mertua, suami, saya, anak-anak, saudara mara,kenalan. Disembuhkan segala penyakit, diberi kesihatan sempurna, dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Dunia : Pekerjaan saya, suami dan harapan kepada masa depan anak-anak. Dipermudahkan urusan. Cita-cita. Pandangan manusia kepada kita. Keselamatan family. Ditutup segala keaiban.
Kewangan : Rumah impian, kereta impian, bebas hutang, financial freedom. Nak bagi apa kepada mak ayah. Nak tolong siapa. Dimurahi rezeki.
Akhirat : Diampunkan segala dosa (sebut senarai nama). Diberi taubat nasuha sebelum mati. Dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhi daripada neraka. Masuk syurga tanpa di hisab. Jadikan keluarga (sebut nama) orang – orang yang soleh, mendirikan solat dan solat di awal waktu.
Macam-macam lagi lah impian dan hasrat yang menggunung tu.
Selepas itu, saya bahagikan.
Solat Subuh : saya doakan khas untuk Dunia. Solat Zohor : Kesihatan Solat Asar : Kewangan Solat Maghrib : Akhirat Solat Isya’ : Himpunan ke empat-empat di atas.
Semakin hari, keinginan, impian dan hasrat sentiasa bertambah. Dan doa menjadi semakin panjang.
Ingat sahaja, tulis. Teringin sesuatu, tulis.
Ada masa banyak, doa semua.
Doa adalah cara perhubungan kita dengan Tuhan. Satu-satunya talian hayat. Makin banyak kita doa dan meminta, makin dekat kita dengan Allah.
Semoga Allah ‘pandang’ kita di dunia dan di akhirat.
Berdoalah. Jangan kita sombong dengan Allah.
Norzi Malek Nasihat ini khasnya untuk saya yang ditegur. Sabtu, 11 Julai 2020. 18 Hari sebelum Hari Arafah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.