Mungkin bagi follower figura kewangan Syafieqah A’lya ini sudah cukup sebati dengan setiap posting fbnya. Penuh dengan perkongsian tip kewangan yang cukup bermanfaat dan mengujakan.
Postingnya sering menjadi viral, dan salah satunya adalah bila mana beliau dapat membeli rumah 5 bilik dan 5 bilik air, serta mempunyai kereta Subaru dalam usia yang muda! Kisahnya cukup memberi inspirasi dan pastinya wanita ini cukup hebat merancang perbelanjaan wang gajinya.
Untuk itu, jom kita ketahui antara tip kewangan yang dipraktikkan oleh icon kewangan ini.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan ‘bekal’ untuk kita mengurus kewangan dengan lebih bijak di tahun 2018 yang dikatakan lebih mencabar!
TIP KEWANGAN CARA SYAFIEQAH A’LYA
Ads
1. Hari pertama dapat gaji, mula buat kira-kira. Tolak Komitmen yang wajib dibayar dan lebihkan bayaran sekiranya mempunyai lebihan.
2. Selepas menolak komitmen, saya akan tolak duit gaji saya untuk simpanan. Dan akan segera ke bank untuk masuk kan duit ke dalam ASB/ TH/ Sijil SSP/dll
Ads
3. Sekiranya masih mempunyai lebihan sedikit, baru saya reward diri saya seperti shopping sehelai baju kerja/ makan sedap-sedap.
4. Saya hanya tinggalkan duit cukup-cukup untuk belanja harian saya + duit minyak + toll untuk tempoh satu bulan.
Ads
5. Jarang pegang cash jumlah yang banyak dalam satu masa. Cara ini mampu tahan nafsu kalau ternampak/ teringin beli pakaian baru atau membeli sesuatu bukan untuk keperluan. Tengok wallet tinggal banyak duit color biru, jangan mimpi nak shopping lagi. Cukuplah sekali.
6. Saya terhadkan perbelanjaan barang dapur contohnya RM100. Saya akan masuk kan barang-barang yang ingin dibeli Dan termasuk lah makanan yang teringin nak makan. Saya Akan buat Kira-kira sebelum ke kaunter bayaran. Sekiranya berlebihan. Saya akan keluar kan yang mana tidak perlu. Cukup kan semula jadi RM100 atau kurang.
7. Saya bukan kedekut, Inilah Cara saya berjimat. Sampai pernah over budget sebelum gaji. Saya makan biskut tiap-tiap malam.
sumber :Syafieqah A’lya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di negara ini, ramai rakyat negara ini mula berkebun di rumah bagi memenuhi masa mereka. Sejak itu, bermacam-macam jenis tanaman di belakang rumah.
Kebanyakannya adalah sayur-sayuran yang mudah ditanam di dalam pasu atau polibag kerana ruang yang sempit dan tidak mempunyai tanah lapang.
Namun ada cabarannya untuk, menanam cili terutama serangga perosak. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui cara untuk menghalang masalah tanaman ini.
Alhamdulillah.. berbunga hati bila pokok cili dah berbuah n subur. Dh bnyak kali cuba tanam sebelum ni, asyik tak menjadi je. Berbunga, tapi gugur n daun jadi kuning. Selepas sembur dgn Fumakila waterbase waktu petang sekali seminggu, baru la ada buah. Terima kasih yg kongsi petua ni.
Guna penyembur nyamur water base. Saya sembur kat daun n batang pokok yg ada bena. Guna macam sembur nyamuk..
Menanam pokok di laman tumah tentunya kita mahu lihat pokok tersebut hidup subur dan dapat berbuah lebat untuk dituai hasilnya. Pun begitu, sebagai beginner tentunya ada yang belum tahu ada banyak petua untuk pastikan tanaman menjadi subur dan berbuah lebat. Selain perlu disiram atau dibaja mengikut jadualnya, sekali sekala elok juga jika di berikan booster yang dibuat menggunakan bahan perasa makanan, iaitu Ajinomoto.
Mungkin ada yang belum tahu, fungsi ajinomoto ni yang dikatakan sebagai penambah rasa pada hidangan ia juga bagus untuk tanaman. Ini sebagai mana ada beberapa perkongsian di laman facebook.
Jadi buat anda yang ingin tahu detail, di sini dikongsikan untuk info bersama.
AJINOMOTO BOOSTER UNTUK POKOK
saya nak share BOOSTER baja untuk tanaman. Saya sendiri dah cuba. Ingat kita je ke kena ada booster. Pokok pun perlukan jugak
Ajinomoto kaya dengan MSG antaranya ialah:
*meyuburkan pokok yang susah berbunga dan berbuah.
*Daun sayur pulak, akan membesar 2x ganda dari size asal.
*pertumbuhan akan naik lebih cepat.
Cara Bancuhan:
-1 sudu Ajinomoto (15g) campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi.
Lepastu peram semalaman. Esoknya baru boleh siram dekat tanah spray dekat daun sikit-sikit je. Penting tanah.
-Siram sekali seminggu je. Jangan over siram hari-hari nanti pokok mati jangan salahkan kita tau.
-Sesuai untuk pokok sayur dan juga bunga.
Ini hasilnya
Selain perkongsian daripada Malmisa Swak Lis Lis di dalam group Berkebun D Rumah, ada juga pengguna facebook iaitu Kak Kay Maria Actress Ori turut berkongsi kebaikan MSG sebagai baja pada tanaman.
Kebaikan Ajinomoto Pada Tanaman
Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan-segan malu-malu buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga.
Sukatan :
1) 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Kekerapan :
2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.
Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok:
1. Menyuburkan tanaman
Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sehat
2. Mempercepat pertumbuhan tanaman
Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.
3. Mempercepat munculnya bunga
Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.
4. Memenuhi kebutuhan nutrisi pada tanaman
Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.
5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati
Ada juga yang guna campuran minuman redbull seperti terungkap di group A Small House With A Large Garden kelolaan Pn Sara Saad
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Rasa susah diawal perkahwinan merupakan lumrah bagi pasangan suami isteri. Walaupun hidup di dalam rumah yang serba kekurangan, namun itulah syurga buat kita anak beranak.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Shamira Mira yang mencuri perhatian warganet apabila berkongsi gambar transformasi kediaman yang dihuni oleh mereka anak beranak.
Dia sedikit pun tidak berasa malu malah bersyukur dengan hasil titik peluh suaminya. Bermula daripada rumah tersebut dapat mereka anak beranak berteduh daripada hujan dan panas.
Difahamkan juga, pondok tersebut dibina menggunakan kayu-kayu terpakai dan itu sedikit pun tidak menghalang Puan Shamira untuk mempastikan rumah yang dihuni tetap selesa dan cantik mata memandang.
“Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Titik permulaan kami suami isteri. Memang nekad sungguh-sungguh, apa orang kata pekakkan telinga sahaja. Cara kita hidup kita.
“Tak sedih pon, tak malu pun nak share awal-awal kejadian rumah kami, mungkin masa ni layak dipanggil pondok.” tulisnya berkongsi kisah.
Turut dikongsikan juga bahawa suaminya begitu gigih menyiapkan rumah tersebut dengan bertukang siang hingga ke malam.
Masa ni lah plan dari pondok bertukar rumah. Buat sikit-sikit.