Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
1.Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
2.Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa.
Ads
3. Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin.
4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan.
Ads
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan.
Ads
9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati.
Semoga tip-tip ini mampu membantu anda menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.
sumber: baituljannah.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Telefon pintar merupakan teknologi komunikasi yang sangat popular masa kini. Ia sedang membudaya di kalangan masyarakat.
Dari satu segi ia baik untuk perhubungan dan mendapat maklumat. Pada ketika lain keasyikan berpaut kepadanya menyebabkan hubungan lisan sesama manusia lain menjadi dingin dan tidak mesra.
Jika ini berlaku di kalangan suami isteri, ianya menjadikan suami-isteri kehilangan fokus. Sedangkan komunikasi lisan amat sesuai untuk meningkatkan persefahaman dan kasih sayang.
Memang penggunaan telefon pintar menjadikan suami atau isteri dalam keasyikan. Tak kira waktu memasak di dapur, dimeja makan, di depan televisyen, masa lapang di ruang tamu mahu pun di bilik tidur telefon pintar menjadi teman rapat dan erat. Ia menyebabkan hubungan natural suami isteri terjejas.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Sidek Baba, Profesor Pendidikan UIAM ketika diminta mengulas mengenai isu ini.
Kedinginan hubungan suami isteri
Pada telefon pintar ini terdapat banyak perkara yang disajikan. Darinya terdapat ceramah agama yang baik, youtube yang terkandung segala macam cerita, maklumat, hiburan malah bahan-bahan ponografi yang melekakan, whattsApp yang terkandung berbagai cerita dan berita benar dan tidak benar yang diviralkan.
Ini menyebabkan keasyikan menggunanya tidak terbatas dan ia menimbulkan masalah. Tidak mustahil keadaan sebegini menyebabkan hubungan dingin antara suami isteri boleh terjadi.
Kalau kedinginan wujud kemesraan semakin hilang dan akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan masalah lain. Suami memerlukan perhatian terutama selepas balik dari pejabat. Setelah berjarak sepanjang hari di rumahlah tempat komunikasi bermakna harus terjadi supaya pandangan dan keluhan suami diraikan.
Hal yang sama bagi isteri yang bekerja merasa keletihan apabila kembali ke rumah dan perhatian dan layanan isteri amat dituntut. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang tidak bekerja masanya banyak di rumah memerlukan perhatian suami juga.
Jangan jadikan hubungan suami isteri hambar kerana masalah lain mungkin berbangkit. Rahsia baik bagi rumah tangga yang bahagia ialah layanan baik suami kepada isteri, perhatian isteri terhadap suami yang dikasihi.
Jangan jadikan faktor telefon pintar menjadi sebab hubungan menjadi dingin kerana keasyikan menggunakannya ibarat ianya adalah kekasih baru atau teman hidup baru pula.
Alat candu ganggu emosi anak
Itu belum lagi mengambil kira hubungan dengan anak-anak. Jika setiap anak-anak ada padnya sendiri bayangkan keasyikan yang akan terjadi kepada mereka sehingga lupa dengan pelajaran di sekolah atau menyempurnakan kerja rumah kerana asyiknya berpaut dengan padanya kadang-kadang dalam tempoh yang lama.
Sekiranya hubungan natural anak dan ibu bapa semakin terhad dengan anggapan bahawa memberikan alat mengisi ruang supaya tidak mengacau dan membuat bising, ia sebenarnya menjadikan alat ini candu dan boleh mengganggu perkembangan emosi, pemikiran dan etika anak-anak.
Amat penting penggunaan telefon pintar ini dikendalikan dengan disiplin dan etika yang baik. Hubungan natural suami isteri dan anak-anak harus dijadikan keutamaan. Menggunakan alat teknologi ini harus ikut keperluan dan keutamaan.
Jangan ianya digunakan hampir sepanjang masa pada hal-hal yang tidak perlu dan bukan keutamaan. Tanpa kawalan ini amat dibimbangkan amalan salahguna menjadi sebati dan menimbulkan masalah komunikasi suami isteri dan anak-anak dan menyebabkan kedinginan dalam hubungan sesama anggota keluarga terjadi.
Dalam tradisi Islam teknologi selamanya alat ianya bukan matlamat. Matlamat dalam penggunaan teknologi membawa kebaikan kepada pengguna supaya ianya tidak disalahguna. Salahguna boleh menyebabkan akibat buruk terjadi.
Bayangkan salahguna telefon pintar hingga hilang perhatian terhadap suami-isteri dan anak-anak boleh memberi akibat lain pula. Kedinginan hubungan suami isteri adalah bahaya bagi sesuatu keluarga.
Bila kasih sayang tidak wujud lagi dan didikan terhadap anak- anak tidak berlaku ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dan anak-anak tidak dididik dengan sempurna.
Keluarga Sakinah
Oleh itu sebagai seorang manusia asas adab perlu dibina dengan baik. Adab bagi ahli ilmu bermakna disiplin fikir, disiplin hati dan disiplin amal. Keluarga yang berjaya dan bahagia ialah keluarga yang dilazimkan dengan disiplin samada disiplin dalam menggunakan waktu, disiplin dalam melakukan perhubungan, disiplin dalam mendidik anak-anak supaya suasana pembinaan keluarga terbentuk dengan adab dan akhlak yang baik.
Jika ini terjadi dan dimiliki oleh setiap anggota keluarga bayangan sebuah keluarga sakinah atau bahagia akan terjelma kerana keutamaan dalam keluarga ialah hubungan rapat suami-isteri dan anak-anak dalam suasana natural supaya naluri dan bakat anak-anak dibentuk secara disiplin dan adab dengan ibubapa menjadi contoh terbaik untuk mereka. Kekurangan ini terjadi di kalangan banyak keluarga kita dan menyebabkan masalah lain berbangkit kemudiannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan pasangan ‘gila-gila’ dan boleh dianggap loving couple ini. Karekter sang suami juga turut mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.Bagi Eira, sepanjang perkahwinannya yang dibina bersama Azad sejak 16 September 2011, pasti ada turun naik
“Awal perkahwinan pasti ada rasa cemburu kalau suami balik lewat contohnya. Cuma lama lama kita susah mula faham rentak suami. Perasaan risau dan tak yakin itu sudah kian terhakis. Cuba elak daripada fikir bukan bukan. Kepercayaan jadi teras utama.
“Apabila hidup bersama kita mula tahu sisi baik dan buruk pasangan. Kena terima, hadap dan biasakan. Saya dulu sebelum kahwin lebih serius dan dramatik. Tapi dapat pula suami yang gila gila dan penuh humor, saya mula mengikut rentaknya. Tahulah perangai dia macam kita tengok di Instagram bagaimana pula. Ada saja modal lawak dan usikan buat kita ketawa sampai terbahak bahak.
“Lebih utama apabila berkahwin, kita juga kena akrab dengan keluarga mentua. Ibu mentua pun saya sudah anggap ibu kandung sendiri. Adik lelaki nya pun sudah jadi seperti teman BFF saya,” katanya.
Eira juga mengakui kehadiran tiga anak perempuannya, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan
Areisya Suri Rose, 2 sudah mencukupi jadi pelengkap rumah tangga mereka.
“Tapi saya tahu suami memang kalau boleh nak anak lelaki pula. Saya dalam hal ini hanya berserah. Kalau ada rezeki hamil, saya tak tolak. Ikut hati cukuplah tiga anak perempuan.
“Cuma apabila bersalin ketiga anak itu dengan cara pembedahan, doktor memang minta jarakkan tempoh masa kalau nak hamil lagi,” katanya.
Sementara itu, Azad mengakui niat bersanding balik itu sudah lama terpendam.
“Tapi saya lihat angka kesembilan dengan tiga anak ini waktu terbaik untuk realisasikannya. Memang teringin nak ‘menikah’ lagi. Isteri saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan izinkannya, dengan syarat kena bersanding dengan orang sama iaitu dengan dia.
“Alhamdulillah berkat bantuan adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan,” katanya.
Kata Azad, apa yang dilakukannya juga sebagai menghargai Eira.
“Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya.
“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” kata Azad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di