Siapa yang tak kenal dengan pasangan ‘gila-gila’ dan boleh dianggap loving couple ini. Karekter sang suami juga turut mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.

IKLAN

Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.“Dialah Supermom, Walau  Berbeza Sikap Tapi Dalam Perkahwinan Kami Saling Percaya- Azad JasminBagi Eira, sepanjang perkahwinannya yang dibina bersama Azad sejak 16 September 2011, pasti ada turun naik
“Awal perkahwinan pasti ada rasa cemburu kalau suami balik lewat contohnya. Cuma lama lama kita susah mula faham rentak suami. Perasaan risau dan tak yakin itu sudah kian terhakis. Cuba elak daripada fikir bukan bukan. Kepercayaan jadi teras utama.
“Apabila hidup bersama kita mula tahu sisi baik dan buruk pasangan. Kena terima, hadap dan biasakan. Saya dulu sebelum kahwin lebih serius dan dramatik. Tapi dapat pula suami yang gila gila dan penuh humor, saya mula mengikut rentaknya. Tahulah perangai dia macam kita tengok di Instagram bagaimana pula. Ada saja modal lawak dan usikan buat kita ketawa sampai terbahak bahak.
“Lebih utama apabila berkahwin, kita juga kena akrab dengan keluarga mentua. Ibu mentua pun saya sudah anggap ibu kandung sendiri. Adik lelaki nya pun sudah jadi seperti teman BFF saya,” katanya.
Eira juga mengakui kehadiran tiga anak perempuannya, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan
Areisya Suri Rose, 2 sudah mencukupi jadi pelengkap rumah tangga mereka.
“Tapi saya tahu suami memang kalau boleh nak anak lelaki pula. Saya dalam hal ini hanya berserah. Kalau ada rezeki hamil, saya tak tolak. Ikut hati cukuplah tiga anak perempuan.
“Cuma apabila bersalin ketiga anak itu dengan cara pembedahan, doktor memang minta jarakkan tempoh masa kalau nak hamil lagi,” katanya.
Sementara itu, Azad mengakui niat bersanding balik itu sudah lama terpendam.
“Dialah Supermom, Walau  Berbeza Sikap Tapi Dalam Perkahwinan Kami Saling Percaya- Azad Jasmin“Tapi saya lihat angka kesembilan dengan tiga anak ini waktu terbaik untuk realisasikannya. Memang teringin nak ‘menikah’ lagi. Isteri saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan izinkannya, dengan syarat kena bersanding dengan orang sama iaitu dengan dia.
“Alhamdulillah berkat bantuan adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan,” katanya.
Kata Azad, apa yang dilakukannya juga sebagai menghargai Eira.
“Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya.
“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” kata Azad.

IKLAN
IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI