



Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke klinik gigi kerana risau gigi anaknya mengalami kerosakan (karies). Walaupun anaknya belum pernah mengadu sakit gigi, tetapi si ibu risau dengan keadaan gigi anaknya yang mulai hitam-hitam.
“Doc, saya perasan gigi anak saya sekarang ni banyak yang hitam-hitamlah.”
“Anak Puan menyusu botol ke?”
“Aah Doc. Dia hisap susu botol. Tapi tidaklah sampai dia tertidur. Kalau dia tidur pun saya akan cabut botol tu dari mulut dia.”
“Oh macamtu. Puan ada berus atau bersihkan gigi anak tak ya setiap hari?”
“Ya ada Doc. Saya memang berus gigi dia setiap hari guna ubat gigi K***** **** tu. Tapi hairan sebab gigi dia rosak juga. Kenapa ya Doc boleh jadi macamtu? Risau pula tengok gigi dia dah tak cantik dan hitam-hitam gitu.”
“Maaf Puan. Ubat gigi yang Puan guna untuk anak tu, mengandungi fluorida tak ya?”
“Haa tak Doc. Saya tak guna ubat gigi yang berfluorida sebab saya dengar fluorida tu bahaya. Anak saya pula memang suka telan ubat gigi tu. Tu yang saya tak berani nak guna ubat gigi berfluorida.”
Sebenarnya ubat gigi berfluorida ini boleh dan perlu digunakan untuk anak-anak kecil yang sudah mempunyai gigi susu.
Fluorida yang terkandung di dalam ubat gigi bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat bagi mencegah gigi tersebut menjadi mudah rosak.
Seperti yang kita tahu, lapisan enamel gigi susu pada kanak-kanak tidak sepadat seperti gigi kekal yang ada pada gigi orang dewasa dan ianya mudah rosak.
Risiko kerosakan akan semakin meningkat jika anak terdedah kepada diet yang tinggi gula serta penggunaan botol susu untuk tempoh waktu yang lama.
Jadi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan ditambah dengan teknik memberus gigi yang betul berupaya untuk menjadi langkah yang berkesan bagi mencegah terjadinya kerosakan gigi.
*****************************************************
“Tapi Doc, takpe ke kalau ubat gigi berfluorida tu ditelan oleh anak-anak? Tak bahaya ke?”
Ubat gigi bukanlah sejenis makanan. Ianya adalah bahaya untuk ditelan tidak kira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak kerana ia turut mengandungi bahan kimia yang lain. Jadi jangan biarkan atau biasakan anak anda menelan ubat gigi walaupun ianya tidak mengandungi fluorida.
Disebabkan hal tersebut, maka adalah penting untuk anda memantau dan membantu anak anda untuk memberus gigi.
Jangan biarkan mereka memberus gigi sendiri kerana:
1️⃣ Mereka belum pandai dan tahu meludah. Dikhuatiri mereka akan menelan ubat gigi ketika memberus gigi.
2️⃣ Mereka belum pandai memberus gigi sendiri dan tidak tahu cara memberus gigi yang betul. Akibatnya bahagian gigi yang tidak diberus akan mengalami kerosakan.
Kuantiti ubat gigi juga perlu diperhatikan. Ini bagi mengurangkan risiko anak menelan sisa lebihan ubat gigi tersebut.
✅ Untuk anak yang berusia 1-3 tahun, gunakan kuantiti ubat gigi sebesar butir beras atau selapis tipis sahaja.
✅ Untuk anak berusia 3 tahun ke atas, kuantiti ubat gigi yang perlu digunakan adalah sebesar biji kacang pea.
Kuantiti ubat gigi ini adalah penting untuk diperhatikan kerana jika anda membiarkan anak anda menggunakan ubat gigi secara berlebihan, buih yang terhasil akan lebih banyak dan anak akan lebih cenderung untuk menelan sisa ubat gigi tersebut.
Oleh yang demikian, jika anda belum memperkenalkan ubat gigi berfluorida kepada anak anda, mulai sekarang mulalah beralih kepada ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida agar anak anda mendapat manfaat daripadanya dalam usaha kita untuk mencegah gigi mereka daripada mudah menjadi rosak.
Terdapat pelbagai jenama ubat gigi kanak-kanak yang berada di pasaran sekarang dengan pelbagai perisa yang sesuai dengan cita rasa mereka. Pilihlah jenama ubat gigi apa sekalipun yang digemari oleh anak anda, asalkan ianya mengandungi fluorida.
Jangan kerana sentimen anti fluorida dan fakta yang salah mengenai fluorida yang dilaungkan oleh kelompok-kelompok tertentu membuatkan anda takut untuk menggunakan ubat gigi berfluorida kepada anak anda.
Ingat, fluorida mengandungi kebaikan yang boleh dimanfaatkan asalkan ianya diguna dalam kuantiti yang betul. Sebab itulah pentingnya anda untuk memantau dan membantu anak anda ketika mereka memberus gigi.
Sekali lagi perlu diingatkan bahawa ubat gigi bukanlah makanan dan ianya adalah berbahaya untuk ditelan tanpa mengira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak.
Jadi jangan abaikan kebaikan serta manfaat fluorida terutama terhadap anak-anak anda hanya kerana anda dimomokkan oleh fakta yang salah berkenaan bahan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Fb Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~
Pegawai Pergigian KKM
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Peristiwa kehilangan anak bagaikan mimpi ngeri bagi ibu bapa. Kalau boleh, kita tidak mahu perkara sebegini jadi pada diri kita walaupun sekali, belum tentu kita jumpa atau tidak saja pilihannya kerana berlakunya macam-macam kes yang terjadi melibatkan kanak-kanak yang kita tidak ingini terjadi pada anak kita.
Dalam satu perkongsian seorang pengguna tiktok, Sharifah.Azhar berkongsi pengalamannya yang terjumpa kanak-kanak yang kehilangan ibunya di satu mall. Asalnya, tujuannya ke mall tersebut mahu pergi ke farmasi untuk membeli penutup muka, namun nak dijadikan takdir, perkara lain yang terjadi. Dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis.
Itu pun, beliau rasa sangat bersyukur kerana dia pergi bersama adik lelakinya yang turut membantu kanak-kanak tersebut. Pada awalnya kanak-kanak itu terlihat wanita dan adiknya itu menuju kepadanya, kanak-kanak itu larikan diri sambil menangis. Apabila dipujuk dan ingin menghulurkan bantuan, kanak-kanak itu akur.
Mereka sehinggakan buntu untuk mencari ibunya dan menenangkan adik ini dengan membelikan air yang dia nak.
Pencarian ibunya masih diteruskan, sehinggakan Sharifah menggigil, berdebar ketakutan dalam memikirkan bermacam kemungkinan yang berlaku.
Seusai keluar dari pasaraya membeli air, satu keajaiban berlaku dimana ibu dan keluarga kanak-kanak turut berada di situ.
Tanpa berfikir panjang, ibunya terus berlari kearah anak dan memeluk erat anaknya.
Bergelinanng air mata bagi yang melihatnya. peras an berdebar apabila kehilangan anak ni macam nak tercabut jantung!
VIDEO
Mulia hati dua beradik ini berusaha mencari semula ibu kanak-kanak yang hilang ni. Kalau jumpa dengan orang yang salah, belum tentu dia pulangkan semula anak itu.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada dua beradik ini. kalau tak, apalah nasib anaknya.
Berharap peristiwa ini menjadi satu pengajaran dan perkara seperti ini tidak berlaku kepada kita.
lihat kami di Youtube :https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk
Kepada ibu-ibu di luar sana. Bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku,diminta ibu bapa sentiasa perhatikan anak anda sentiasa berada bersama anda. Kalau anak berjalan, pastikan kita berada di belakang mereka. Jangan sesekali cuai dengan gadjet atau benda lain.
Sumber : Sharifah.Azhar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Dunia yang terpaksa dihadapi anak-anak zaman sekarang sangat mencabar. Sedangkan lagu Hari Raya yang sejak zaman-berzaman memuji keagungan Allah dan menggamit kenangan bersama Ayah Bonda kini dicemari hingga hilang izzah, kesopanan dan kesusilaan, apatah lagi perkara lainnya.
Zaman anak-anak kita adalah zaman membuka aib dan kebodohan diri sendiri di media sosial untuk di war-warkan kepada dunia sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.
Zaman para narsis bermaharajalela hingga sanggup melakukan apa sahaja demi ‘like’, diiktiraf dan dijulang pengikut yang terpesona.
Zaman spesies yang songsang dan melawan fitrah ciptaan Allah SWT diraikan, diberikan hak, disanjung, dikagumi dan dikasihani.
Zaman penipu menggunakan pelbagai cara untuk menjerat mereka yang terleka agar dapat hidup mewah dengan penipuan itu, malah tidak malu mempamerkan kemewahan hasil enipuan.
Zaman di mana professional yang selama ini dihormati dalam masyarakat sibuk mengejar glamor dan populariti di media sosial hingga sukar untuk membezakan antara intan dan kaca.
Zaman teknologi berkembang tetapi jiwa mengecut hinggakan semua perkara dirakam dan ditularkan dengan rasa bangga tanpa mengira akibatnya.
Zaman ramai yang menjadi pakar tahu serba serbi walaupun itu bukanlah bidangnya, malah mungkin belajar pun tidaklah setinggi mana.
Zaman para suami, isteri, ayah dan ibu tidak malu menonton perkara lucah, beraksi lucah, menuturkan perkataan lucah, bergurau lucah, menampal pelekat dengan kata-kata lucah secara terbuka.
Zaman orang Agama bertelagah dan menyindir di platform umum, malah ada yang mulut ringan mengeluarkan perkataan carutan apabila tidak sekepala.
Apa yang dihadam oleh anak-anak kita dari semua ini?
Membesarkan anak zaman dulu dan zaman sekarang tidak sama.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka…”
(Surah At-Tahriim 66:6)
Noor Afidah Abu Bakar,Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
