Andai ditanya pada wanita bergelar ibu tentang hendak atau tidak untuk kurus dengan cara mudah, pasti jawapannya semua menginginkannya.
Jadi apa kata mencuba cara ini, dengan minum secara konsisten air kisaran timun dapat membantu menurunkan berat badan malah kulit wajah bertambah cantik.
Ikuti perkongsian daripada Nurul Diana ini.
PETUA CEPAT KURUS dan jerawat tak naik secara mulajadi
bahan-bahan:
timun sebiji ( tak payah kupas kulit )
air ( 100ml) = 1 cawan
gula ( sesedap rasa) anggaran dua sudu
cara buat :
Ads
Basuh timun bersih2 , potong2 dan blend semua sekali ( kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus . . Tak payah tapis .siap di minum
Ekatra info : 1biji timun untuk 2 kali minum
pagi sekali , malam sekali
Keistimewaan air ini
-Timun adalah detox semula jadi . Apabila diminum bersama sari nya membuat kita sangat kenyang .
Ads
-95% timun berasaskan air .
-minum secawan jus timun perut terus padat .
-Membersihkan usus . sgt bagus utk bersihkan racun2 dlm badan
-Paling best kurang kan perut buncit bila usus bersih , jerawat susah nak naik
Ads
Amalkankan selama seminggu
kompem berat badan turun ! ( tapi kalau makan tak ingt dunia tak jd jugak )
Ekstra info
untuk ibu mengandung takde masalah
tapi kalau lepas bersalin , timun sifat nya sejuk , org tua2 takbg makan makanan sejuk . jd kalau lepas pantang 1-2tahun boleh lah amalkan .
anak dara ? baru kawin boleh ke amalkan ?
jawapan : Boleh je .
Pendapat dian sendiri , dian amalkan sminggu berat turun 2kilo . Sbb jumpa mak mak cakap nampak susut sikity. Yahoooo semangat rasa !! sbb tkpyh diet ketat2.
Sumber : nurul diana via petua cantik Dan sihat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekian lama menggunakan mesin basuh, kita asyik fokus untuk membasuh baju yang menimbun setiap hari.Tapi tahukah anda bahawa mesin basuh juga perlu dicuci?
Masa yang tepat untuk cuci mesinbasuh ialah apabila anda melihat kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu melekat pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam.Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Ikuti 4 langkah mudah ini demi memastikan mesin basuh sentiasa dalam keadaan bersih.
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.
LANGKAH 2
Pilih program atau course atau mode “TUB CLEANING”.
Jika tiada pilihan tersebut, pilih “SOAK”.
Sekiranya tiada juga boleh pilih mana-mana “course” cuma pastikan pilih cycle “wash” SAHAJA.
Pastikan “WATER LEVEL” adalah tahap maksima dan tekan ” START”.
Nota: Pastikan anda tidak memasukkan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.
LANGKAH 3
Bila air 1/3 penuh, letak bahan pencuci bersesuaian. Ini antara produk-produk yang ada di pasaran yang boleh digunakan.
Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate (300Gram)
Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )
Power Max Jenama COSWAY( 300gram)
Campuran 140 Gram Soda dicampur bersama cuka putih 750ML (Bancuh dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin).
LANGKAH 4
Jika anda memilih mode pembasuhan TUB CLEANING atau SOAK kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu menunggu ia siap saja.
Namun, jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja, selepas mesin telah siap cycle 3 minit, biarkan mesin terendam selama sejam.
Selepas sejam pilih mode ini :“Wash” 8 minit, “Rinse” 2 kali, “Spin”1 minit.
Pastikan selepas mode tersebut siap tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
SIAP.
INFO EKSTRA:
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, kerana proses pembersihan ini memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2. Pastikan bahan-bahan yang saya cadangkan itu sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.
Sumber Facebook Panda Bekki
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila tubuh badan sihat barulah selesa dan mudah untuk kita mengerjakan ibadah. Apatah lagi di bulan Ramadan yang merupakan bulan diberikan ganjaran pahala berlipat ganda bagi setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan.
Pasti kita dan ahli keluarga tidak mahu terlepas anugerah istimewa ini daripada Allah untuk dapat melakukan lebih banyak ketaatan.
Oleh itu, memastikan tubuh badan kekal sihat adalah penting. Jadi ada baiknya kita dengar perkongsian daripada doktor ini.
5 PERKARA PENTING KENA JAGA SUPAYA SIHAT DI BULAN RAMADAN INI
Kita nak sihat fizikal dan jiwa kita supaya kita dapat beribadah dengan lebih efisyen di bulan pulun pahala ni. Sokmo setiap tahun saya dapat berita sedih, ada sahabat kita tak mampu puasa dan solat tarawikh jamaah sebab sakit.
Waktu awal puasa ni terutamanya, badan akan stres sebab tak biasa..tak adapt lagi bakar dan guna lemak sebagai tenaga menggantikan gula darah yang kurang. Maka kita kena bantu badan kita berfungsi lebih baik.
1) PEMAKANAN
Elakkan makan berlebihan. Makan sikit je supaya tak bebankan perut kita. Masa puasa ni kita nak ambil makanan padat nutrisi sebab lagi stres badan, lagi lah perlu nutrisi yang cukup..superfood lah macam sayur, protein, sedikit makanan karbohidrat dan pelbagaikan sayur dan buah.
Minum air secukupnya..sekerap mungkin sampai air kencing jadi jernih ya.
Elakkan makanan tinggi gula, makanan proses dan fastfood yang meningkatkan “kebakaran dalaman” badan kita. Memang sedap moreh dengan mekdi..tapi cedera usus dan sel hati nak proses tu hehe.
2) STRES DAN SENAMAN
Stres emosi dan stres fizikal perlulah kita minimakan. Masa puasa ini, bila emosi tak stabil mulalah jantung berdegup kencang dan rasa senang marah je kan. Guna teknik pernafasan untuk bertenang. Elakkan join golongan toksik supaya jiwa tak stres.
Elakkan buat aktiviti bawah matahari terik. Ada yang bersenam habis-habisan demi body smart masa raya tapi kena waspada ya.. Boleh pitam, heat stroke dan shock ye terutamanya awal puasa ni.
Cukuplah bersenam regangan atau angkat berat 15-20minit sejam sebelum berbuka puasa. Masa yang lebih 30 minit tu, doalah pada Allah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan beribadah.
3) AKTIVITI DAN PERGERAKAN
Tak molek kita tidur lepas dah bersahur. Bukan sahaja ia sunnah untuk menghidupkan amalan selepas subuh, tetapi juga bagus untuk kesihatan hormon badan. Hormon jaga (kortisol) ini biasanya tinggi di waktu pagi..Kalau tidur balik, mungkin huru hara jadinya kitaran jam biologi badan kita.
Waktu siang memang best tidur bulan puasa..apatah lagi waktu kelaparan. Ini kerana metabolisma badan menurun untuk simpan tenaga..kita jadi mengantuk. Jadi kalau nak kurus dan detox badan masa puasa, kekallah aktif ya!
4) TIDUR
Perkara yang sering dianggap remeh ini sangat mempengaruhi kitaran hormon dalam badan kita. Semua jenis hormon! Contohnya ramai tak tahu bersenam berat pada waktu malam berisiko mengganggu hormon tidur (melatonin) . Ini menyebabkan kita sentiasa kepenatan, toksin tidak dikumuhkan dengan sempurna serta pemulihan tisu badan jadi terganggu.
Cukuplah tarawikh sebagai senaman pergerakan dan rehat yang terbaik di bulan puasa ini insha Allah. Kalau nak kurus, pulun sebelum berbuka puasa ya.
5) HUBUNGAN SESAMA INSAN
Bagi kebanyakan orang, hubungan yang keruh merupakan sumber utama stres dalam hidup sama ada dengan suami/isteri, majikan, ibu-bapa dan anak dan rakan-rakan.
Apa kaitannya dengan kesihatan? Stres yang berpanjangan merupakan punca meningkatnya hormon stres yang mengganggu fungsi hormon-hormon yang lain. Stres emosi juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman (radikal) menjadikan badan kita sakit-sakit, fungsi badan terganggu dan penuaan menjadi cepat. Stres juga mengganggu sistem mitokondria yang menjana tenaga..maka kita jadi lesu sentiasa.
Berilah sokongan kepada orang terdekat kita. Kita perlu lebih empati dan juga bekerja keras ke arah hubungan sosial yang lebih baik.
Paling penting sudah tentulah hubungan kita dengan Allah. Panjatkan doa dan mohon pertolonganNya di bulan mulia ini sesudah kita melakukan amalan-amalan di atas..kerana hanya Dia yang menjadikan kita sihat..
Semoga kita mendapat keredhaanNya di bulan Ramadhan mubarak serta kesihatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna . Selamat berpuasa dan beribadah dari saya Hafiz Sulaiman,Pejuang Kesihatan.
Pembelian kereta sama ada kereta terpakai atau baharu merupakan suatu komitmen jangka panjang.
Secara umumnya, banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli kereta supaya tidak mengganggu aliran tunai bulanan.
Namun perkara paling utama adalah ansuran bulanan yang tidak membebankan dan sesuai dengan gaji bulanan. Sekali gus tidak menganggu aliran tunai anda.
Nak tahu caranya ikuti panduan perunding kewangan ini, saudara Azizul Azli Ahmad
KENDERAAN SESUAI UNTUK GAJI RM3000 SEBULAN.
Kenderaan yang sihat buat kita adalah setahun gaji kita. Gaji RM3000 x 12 = RM36,000 sahaja.
Kadar ansuran bulanan yang sesuai hanya sekitar 15% sahaja dari gaji kita. Jika lebih kita akan mula rasa sensara. Jika gaji RM3000 bersamaan sekitar RM450 sahaja.
Kadar pembiayaan yang baik bawah 7 tahun sahaja. Jangan lebih dari itu. Nanti kita rasa peranakkan kita nak jatuh asik bayar hutang kereta.
“gaji saya bawah RM3000 jer bang?”
Tangguh dululah beli kereta, belajar naik motor sahaja dulu dik jika masih bujang. Ada keluarga beli sahaja kereta terpakai yang baik juga banyak.
Belum ada kereta terpakai meletup meninggal selepas seminggu pakai setakat ini.
Sampaikan buat adik kita agar bermanfaat buat semua.
Jika nak tahu berapa belanja sebuah kereta sebulan?
Darabkan dengan ansuran setiap bukan x 2. Kita tahu berapa biayanya.
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.