Bila sebut nama Shah Rukh Khan, siapa sahaja yang tidak mengenali bintang Bollywood itu yang dari dulu hingga kini menjadi kegilaan peminatnya di setiap pelusuk negara.
Meskipun filem yang dilakonkan beliau disiarkan berulang kali di kaca televisyen, tetap menjadi tumpuan ramai termasuklah di negara kita! Sebut sahaja tajuk apa, Kuch Kuch Hota Hei? Khabi Kushi Khabi Gam? Walaupun berulang kali ditonton, tetap sahaja tak akan bosan dan tetap akan mengalirkan airmata.
Baru-baru ini, Shah Rukh Khan sempat memuat naik beberapa foto kemeriahan ribuan peminat datang memenuhi jalan di hadapan rumahnya pada 1 Syawal. Walaupun tidak dibenarkan masuk, hanya menyaksikan bintang pujaan ramai itu dari jauh pun sudah memadai bagi mereka.
Ads
Selalunya kita anggap seronok kehidupan selebriti seperti beliau. Mana tidaknya, sudahlah ternama, disukai ramai dan kaya raya! Tetapi… disebaliknya kita tak tahu macam mana kehidupan sebenar mereka.
Dalam satu perkongsian di aplikasi Tiktok, seorang rakyat Malaysia yang sudah 7 tahun menetap di negara itu sempat menyinggah di kawasan rumah gah Shah Rukh Khan atau jugak dikenali sebagai singkatan SRK. Yang menjadi tumpuan, walaupun tiada susuk tubuhnya di rumah, tetapi hadapan jalan kediaman SRK tetap dilawati oleh orang ramai dan ada di antara mereka mengambil gambar dengan pagar rumahnya sebagai tanda hadir.
Meninjau di ruangan komen, soalan yang paling menjadi perhatian orang ramai adalah kewujudan pagar di sebelah kiri yang seakan sangkar burung gergasi hadapan rumahnya. Menurut pemilik akaun tersebut, besi hitam tinggi itu dibina untuk tujuan keselamatan Shah Rukh Khan termasuklah mengelakkan ada peminat tegar memanjat dan melepasi kawasan tidak sepatutnya.
Dalam keterujaan melihat rumah agam persis istana milik SRK itu, rata-rata luah rasa sedih melihat hidup SRK yang seakan-akan tiada privasi itu. Di sebalik kekayaan yang dimiliki hasil menceburkan diri dalam dunia lakonan, nikmat untuk hidup bebas ke mana sahaja ibarat menghilang daripada kamus hidupnya.
Memang seronok apabila mempunyai anak ramai. Tetapi bila anak-anak sudah mula bergaduh, memukul, tidak mahu berkongsi barang dan mencubit, semuanya jadi tidak indah. Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik-beradik.
Apabila tiadanya bonding dengan adik-beradik mulanya wujud rasa cemburu dan pergaduhan dalam keluarga. Jadi perlu dilakukan sesuatu supaya ada ikatan kasih sayang antara adik beradik.
Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik. Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak. Tip yang dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya antara yang boleh dijadikan panduan supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik.
1.Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2.Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3.Minta maaf
Pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi bukan memaksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh seperti,“Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan dalam diri anak.
4.Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan abang? Bila abang kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan, jangan marah kepadanya.
5.Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak. Begitu juga jika keluar ke pasar raya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak atau sepupu.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6.Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7.Sembahyang jemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai kebiasaan iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8.Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kahwin dengan isteri sebab isteri cantik, tapi bila isteri dah selekeh dan tak cantik, suami mula cari perempuan cantik yang lain.
Isteri aku tak cantik.
Isk… Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie. Kata si suami dalam hatinya. Handphone dibelek – belek membuka whatsapp group rakan – rakan. Ada yang share gambar wanita – wanita cantik beserta caption “Selamat pagi abang – abang dalam group nie”. Cair si suami menengoknya. Tak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar – gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang. Anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan – rakan yang sudah berkeluarga dan kadang – kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan group keluarga / keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu / anak saudara / mak saudara / sepupu sepapat lain tengok kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok LIKE gambar – gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat “berinteraksi” kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
Bila buat benda – benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.
Kenapa la isteri aku tak cantik? Bisikan nakal di hati suami. Dulu menarik gila. Tak puas tengok. Pantang bergesel lengan je pun terus jadi. Tapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu. Lemau je. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sane sini. Tak selera langsung dah. 2 minggu sekali tu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Macam makcik tua. Tepek bedak sejuk je, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain. Sedap je mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu…
Kalau si suami ada perasaan macam nie, amatlah menyedihkan. Isteri tu tak cantik kenapa? Isteri tu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?
Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Pastu nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain – lain. Silap – silap foundation pun anda taktau ape.
Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan kat badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan – jalan je pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz ! Maksiat ! Walaupun kelas tu semua perempuan. Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja – kerja rumah tu kan berpeluh? Anda nie bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazir la takut kena tipu la. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle je asalkan ade baju. Tak ke membazir? Nak cantik – cantik nie nak tunjuk kat sape? Berdosa tau. Kata si suami memberi alasan. Lepas tu nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..
Makeup pun takda? Pakai bedak sejuk je? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Tu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli kat Guardian, Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup tu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz…
Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara – perkara pelik tu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam BroOhsem nie poyo gila. Macam dia sorang je yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda. Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda.
Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah. Berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang – kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Klik ➡️ t.me/broohsemfans ⬅️
BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas menahan sakit lebih 16 jam. pelakon Ardell melahirkan bayi sulungnya pada 5 Jun yang lalu. Menurut suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell melahirkan anak mereka secara normal pada pukul 2.22 pagi.
Kegembiraan Ardell Aryana bergelar ibu bagaimana pun tidak dapat diraikan bila mana dia hanya dapat berjumpa bayinya selepas tiga hari melahirkan.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ardel. Menurutnya, sebaik sahaja bersalin dia mengalami muntah-muntah dan pengsan selepas kejadian turun darah. “Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan Umi (Ardell). Selepas je selamat melahirkan saya Umi muntah terus pengsan. “Keesokkan harinya Umi cuba bangun nurse mandi kan Umi muntah lagi kemudian Umi pengsan terus dalam tandas sebab Umi turun banyak darah tapi Umi tetap juga kuat,” tulisnya.
Ardell berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram (IG) anaknya @babyadhwardell.
Difahamkan IG tersebut diwujudkan bagi menceritakan perjalanan serta perkembangan anak mereka.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video ketika saat berada di hospital melahirkan anak pertamanya pada 5 Jun lalu.
Pun begitu, Ardell kini dilaporkan semakin sihat. “Alhamdulilah hari ini Umi saya dah semakin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . “Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” katanya.
Sementara itu nadzmi dalam satu perkongsian di laman instagramnya tidak dapat menahan rasa sebakdan gembira dengan kelahiran bayi sulung mereka. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.