Siapa je yang tak impikan kebahagiaan yang berpanjangan bersama pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat dan bertemu semula di Jannah. Dah menjadi lumrah pasangan, ada masa hubungan baik sebaik-baiknya! Ada kalanya datang ‘angin taufan’, bermasam muka, bergaduh bagai tiada hari esok tetapi akan baik semula akhirnya. Tapi itulah yang akan jadi penguat hubungan suami isteri.
Selalunya, pasangan yang dah berumur ni jarang kita nampak mereka sweet kan? Lebih-lebih lagi yang sudah ada anak dan cucu yang ‘berderet’ di belakang! Tetapi tidak bagi pasangan ‘senior’ ini yang bernama Ary Ruswandi berkongsi video ‘bersemut’ mereka di laman Twitter miliknya di tepi pantai.
30 tahun hidup bersama, dalam video tersebut kelihatan dia bersama isteri berjalan di atas pasir yang tertera dengan angka setiap tahun yang telah mereka lalui sebagai simbolik sepanjang bersama hingga kini.
Ads
“Siap melangkah? Siap!” ujar mereka berdua di permulaan video tersebut.
Manakala di akhir video pula, mereka saling berpelukan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain sambil berdiri di dalam ukiran lukisan berbentuk hati di atas pasir. Cerita cinta yang indah ini sudah pasti diidamkan oleh semua orang.
Ads
30 th berlalu sudah
Kita harus terus melangkah
Tetap temani aku
Disisa waktumu 💞 pic.twitter.com/lnfLxGY6gr
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut cair melihat keletah romantik pasangan ini. Di samping mendoakan kebahagian mereka berdua, ada juga berharap mereka juga mampu mengecapi kebahagian yang sama seperti dilalui kedua-dua individu tersebut.
Baru-baru ini tular berkenaan ‘unboxing’ isteri di media sosial di mana trend berkenaan akan dimuatnaik dalam bentuk video oleh pasangan pengantin baru dengan berbusana raja sehari di mana suami akan membuka aksesori yang dipakai isteri satu persatu.
Video sebegitu mendapat kritikan daripada ramai pihak dan turut terpanggil untuk Ustazah Asma Harun mengulas mengenai isu ini agar masyarakat dapat menyedari dan mengetahui bahawa budaya berkongsi sesuatu yang peribadi bagi suami isteri ini bukan budaya dan tuntutan Islam.
DAYUSKAH SEORANG SUAMI YANG UNBOXING ISTERI?
Menurut Imam al-Munawi, sifat dayus (الديوث) merujuk kepada orang yang membiarkan kejahatan / maksiat dalam keluarganya, iaitu isteri dan kerabat terdekatnya. Dalam erti kata lain, dayus juga mudah difahami sebagai seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap isteri dan anak-anaknya.
Mengapa penting untuk seorang suami dan ayah memiliki perasaan ‘CEMBURU’ ini? Cemburu seorang suami dan ayah adalah WAJIB bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya. Tanpa perasaan ini, seorang bapa atau suami tidak ada rasa sensitif dan ambil peduli terhadap apa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya. Dengan siapa mereka bergaul, dengan siapa mereka keluar, adakah aurat mereka telah ditutup sempurna dan adakah mereka ada sifat malu dalam diri? Semuanya tak diendahkan.
Di saat seorang suami atau bapa menyedari dan mengetahui kemungkaran yang dilakukan oleh si isteri dan anak-anak, namun masih tidak menegur dan mengubahnya. Maka inilah yang dinamakan DAYUS yang sebenar.
Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tiga golongan yang telah diharamkan oleh Allah daripada memasuki syurga: Iaitu penagih arak, orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya.
(HR Ahmad, hadis sahih)
Allahu Akbar, terkejut dan sedih rasa apabila melihat trend “Unboxing by Husband” yang dimuat naik beberapa pasangan muda yang baru sahaja bernikah dan masih memakai busana pengantin, sehingga ada yang sanggup membuka tudung.
Walaupun bukan sehingga tahap membuka pakaian seperti barat, namun saya tertanya adakah tidak ada sekelumit pun perasaan malu dalam diri ketika memuat naik video ini? Ke manakah peranan seorang suami yang seharusnya menjaga maruah dan kehormatan rumah tangga yang baru sahaja dibina?
MEMULAKAN KEHIDUPAN BARU DENGAN PERBUATAN MAKSIAT
Kadang disebabkan rasa teruja yang amat dalam melalui peristiwa yang sangat dinanti-nantikan, menyebabkan kita hilang pertimbangan. Mungkin ada yang terlalu gembira sehingga merasakan detik itu perlu dirakam dan dikongsikan kepada orang ramai, sedangkan ia sepatutnya disimpan kemas sebagai detik istimewa suami isteri.
Budaya berkongsi sesuatu yang peribadi bagi suami isteri ini bukan budaya dan tuntutan Islam. Bayangkan, apabila video sebegini mula tular dan semakin ramai pula pasangan pengantin baru yang ikut melakukan perkara ini, bagaimana agaknya? Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?”
(HR Muslim, hadis sahih)
Sahabat, jauhilah segala bentuk trend yang menjatuhkan maruah diri sendiri, malahan membentuk budaya yang rosak. Kita amat risau jika sudah terlalu ramai mula ikut trend yang sama, lalu akhirnya kemungkaran pun jadi suatu yang dianggap biasa. Nauzubillah.
Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran seperti ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
(Riwayat Muslim, hadis sahih)
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Tuan Puan,
Islam sangat menitikberatkan tentang sifat malu pada diri seseorang, begitu juga buat suami isteri. Antara adab yang penting namun sering dilupakan termasuklah tidak mendedahkan kemesraan suami isteri secara terbuka di depan khalayak umum.
Hikmahnya supaya tidak timbul fitnah (syahwat) kepada orang lain, rasa tidak senang orang sekeliling yang melihat atau mempengaruhi orang yang belum ada hubungan sah untuk turut melakukan perbuatan yang dihalalkan kepada suami isteri.
Larangan ini bukan sahaja dalam bab berpelukan, mencium pasangan, suap menyuap, dan sebagainya, tetapi termasuk juga posting di media sosial sama ada gambar atau video suami isteri bermesraan secara intim.
TITIPAN BUAT PENGANTIN, SEMOGA PERKAHWINAN BEROLEH REDA ALLAH
Buat adinda sekalian yang saya kasihi kerana Allah,
Yakin dan percayalah bahawa mempamerkan momen romantis bersama pasangan untuk tontonan umum bukanlah kayu ukur sebenar kebahagiaan. Lumrah lelaki suka melihat, wanita suka dilihat.
Namun, pesanan penting buat para suami, peliharalah aurat dan maruah isteri, serta didik dirinya dengan taqwa dan sifat malu. Jangan sampai menjadi seorang suami yang DAYUS. Dan buat kaum wanita, jangan pula biarkan diri kita terpedaya dengan kehendak nafsu sendiri, bimbang kelak bila sudah terlambat terpaksa menanggung penyesalan yang tiada kesudahan.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah Tahrim 66: 6)
INGATAN BERSAMA DAN DOA BUAT SEMUA PASANGAN
Pasangan bukanlah objek yang layak diperlakukan sebegitu tanpa rasa segan atau mengaibkan. Sebagai ketua keluarga, suami perlu sedar dan tahu membezakan perkara yang baik di sisi agama ataupun sebaliknya. Bersederhanalah dalam ekspresikan kebahagiaan.
Peranan suami dan isteri supaya saling menegur dan perbaiki akhlak sesama pasangan, bukan menjadi pendorong terhadap perkara yang mengundang murka Allah SWT.
Saya doakan agar semua yang sudah atau bakal bergelar suami isteri diberikan hidayah dan bimbingan dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Agar suami, isteri, ibu ayah dan anak-anak semuanya menjadi penyejuk mata kita.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN MANFAAT.
Rujukan:
1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-371: Nusyuz Bagi Seorang Suami
2. Zaharuddin.net: Siapa Lelaki Dayus? Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Ramai yang tanya bagaimana caranya tanam selom mengunakan polysterin….. Oklah hari ni saya nak tunjukkan caranya. Kaedah ini boleh juga utk tanam pokok kesom. Sbb kedua2 jenis pokok ini suka pada keadaan tanah yang lembab dan berair.
1. Kotak polysterin
Kotak polysterin mestilah dlm keadaan baik dn tidak rosak. Pada bhg dasar polysterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bhg sisi shj iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah. Bila isi tanah nnti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak nampak ada air bertakung di dlm polysterin tersebut. Nyamuk pun tidak dpt bertelur di situ.
2. Penyediaan tanah.
Saya guna tanah bakar @ hitam + tahi kambing @ tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 ) Gaul rata lepas tu masukkan ke dlm polysterin. Siram air sehingga paras lubang yg di buat tdi. Biarkan selama seminggu.
3. Penyediaan keratan btg selom.
Pada setiap keratan btg selom sekurang2nya ada 3@4 ruas mata tunas. Rendam keratan btg selom sehingga berakar. Sya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dh panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lgi. Dlm masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman utk mengelakkan keratan menjadi busuk dan air menjadi masam. Tugasan ni penting ya sahabat kalau tak nnti semua keratan selom rosak. Masa nak tanam keratan selom ni, pastikan 1@2 ruas mata tunas tertanam dlm tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok. Selepas tanam dlm masa dua minggu pertama kena siram 2x sehari. Ini juga penting utk pertumbuhan akar pokok yg masih baru.
4. Pembajaan.
Sya mula beri baja pertama bila usia pokok selom sebulan. Sya beri baja kopi. Selang beberapa hari kemudian beri baja AB pula. Selamat mencuba ya sahabat. Semuga berjaya nnti. Ini adalah cara saya. Org lain ada caranya tersendiri. Yang paling penting pokok yg kita tanam tu hidup dan dpt merasa hasilnya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Cantik, kemas dan menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Walaupun ia berupa rumah kayu setinggan, namun dekorasinya yang menarik menampakkan seolah-olah ia sebuah apartmen.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Leila Janne .Jom cuci mata dengan atur letak dan hiasan rumah kayu setinggan ini.
deko2 raya pkp rumah kayusetinggan
tq my sis tunjuk ajarku sifuAmnee Janne
x lupa sayang Azman Sulaimanturut ere bini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.