“Thank You Jadi Ibu Penyayang & Memahami.” Hadiahkan Gelang Emas Sempena Hari Jadi, Mawar Rashid Dipuji Hargai Mentua!

Share

Bagi Pelakon cantik manis dan juga pengasas produk kecantikan, Mawar Rashid ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya.

Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu. Tidak hairanlah hubungannya bersama mentua cukup baik dan rapat.

Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.

Terbaru, Mawar membuat kejutan dengan menghadiahkan gelang emas sempena hari jadi ibu mentuanya yang ke 58.

Kejutan yang dilakukan bersama suami tersayang, raf Yaakob dimuat naik menerusi laman instagramnya.

First time hadiahkan gelang emas kat ibu. Birthday surprise to ibu my MIL @rsd.umi 🤍 sweet kan

Demikian kapsyen yang dimuat naik Mawar bersama video meraikan ibu mentuanya. Lebih istimewa lagi, ibu kepada sepasang anak ini turut memakai busana yang sama dengan mentuanya. Sweet sangat kan!

Malah, ibu mentua Mawar turut menitipkan komen dengan berterima kasih atas apa yang dilakukan oleh menantunya itu.

Tq Mawar dan abang suprise kan ibu. Sesungguhnya kasih sayang mawar kepada ibu amat ibu hargai. 

Menerusi komen, rata-rata memuji cara Raf dan Mawar meraikan hari istimewa ibu mereka.
Rezeki dikongsi bersama
itsanisabdullah semoga dimurahkan rezeki buat MekWa dan suami.. ❤️
ayumarlisaayumarlisa Sweet nya…❤️
meebandung_power Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama
kamacaliff Selamat hari lahir datin @rsd.umi.. Semoga dilimpahi rezeki lbh lagi dn diberkati sepjg hayat… Kegemaran datin pd inai smp sekarang ye… Warna inainya cantik sgt dn kemas…😍😍😍😍😍
Baiknya menantu
lindabahari20 Baiknya menantu
jih4hstor3 😍😍😍😍😍 So sweet masterose. Alhamdulillah rezeki wlw sikit janji niat kita kan @mawarashid
isukadeko Seronoknya dapat buat MIL happy coz MIL is our mother too.. ❤️

Sumber: mawarashid

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN