Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan rumah tangga ceria dan bahagia dengan kehadiran si kecil. Namun, tidak semua pasangan memiliki kelebihan tersebut.
Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya, tak kurang ada yang akur tiada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Yang mampu dilakukan hanyalah dengan bersabar dan memujuk hati reda mungkin ada hikmah disebaliknya.
Perkongsian bapa 4 anak ini mengenai rakannya yang belum dikurniakan rezeki menjentik naluri terutama pasangan yang mengalami nasib yang sama. Bukan tidak berusaha, namun andai itu takdirnya, kita harus reda.
Namun, bebanan persoalan mengenai anak adakalanya menyebabkan rumah tangga berantakan. Justeru, Andy Sulaiman berkongsi beberapa tip untuk pasangan yang belum memiliki anak untuk kekal bahagia:
Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.
Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.
Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya.
Ads
Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.
Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?
Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.
Ini antara beberapa tips yang boleh kau ingat, semoga bila kau suami isteri down, kau kembali senyum dan hidup kekal bahagia :
1. Kerja Tuhan Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.
Ads
2. Rezeki Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?
3. Punya banyak waktu Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!
4. Tak banyak disoal di Akhirat. Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.
5. Pahala free. Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?
Ads
6. Jauh dari ujian. Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.
7. Tuhan tak kejam. Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.
8. Keluarga Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.
Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitu-lah.
Jangan sebab tak ada anak, hubungan kau suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.
Ok setakat itu sahaja perkongsian aku. Kau teruskan usaha, doa dan tawakal. Usaha yang ni kan sedap. Semoga berhasil.
Menjaga muka saban hari perlukan usaha yang bukan sedikit. Namun tidak perlulah berbelanja mahal untuk pastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu.
Mungkin jika anda punya bajet yang lebih tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita. Ada yang jodohnya awal, ada pula sebaliknya. Berbeza dengan pasangan pengantin ‘baru’ ini, mereka bertemu jodoh dalam usia yang sudah melebihi separuh abad.
Namun, itulah namanya jodoh. Tak kira mudah mahupun tua, andai Dia sudah menetapkan begitu siapa kita mahu menghalangnya.
Semalam tular kisah pengantin lama yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidup bersama di bawah ikatan perkahwinan. Kisah pasangan ini dimuat naik oleh Nash Nasrul yang bertindak sebagai jurugambar bagi pasangan lelaki yang berusia 74 tahun manakala pengantin perempuan berusia 67 tahun .
Hari ini dalam sejarah.
Pengantin lelaki(D) 74 tahun
Pengantin perempuan(J) 67 tahun
Bile ditanye mengapa nk kawin,
Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”
Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin
Kalau dah nama ibu-ibu, pantang nampak barang baru mesti membeli kan. Bukan sahaja pinggan mangkuk, periuk malah kuali juga antara yang menjadi kemestian dalam list membeli. Bila kuali dan periuk ni bila makin banyak, rimas kan kalau dibiarkan bertelangkup atas dapur je.
Tapi kalau disimpan dalam kabinet, susah pula nak ambil sebab kadang-kadang disusun bertingkat-tingkat.
Jadi, apa kata kita cuba DIY tempat gantung kuali oleh Reezal Jelita ini. Menariknya, idea ini boleh slide keluar masuk supaya memudahkan ibu-ibu mengambil kuali untuk digunakan.
Memang mudah, kemas dan praktikal. Bukan tu je, cara ini menjimatakan kerana modal lebih kurang RM20 je semuanya.Jom cuba!
Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah cabinet sinki.. Modal dalam RM20 saja..
1. Sebelum kejadian.
2. Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa2 kayu yg sesuai.
3. Skru kan 2 bahagian ni.
4. Hook screw ni pun boleh beli kat shoppe @ hardware.
5. Screw dulu 1 bahagian ni. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.
6. Selepas kejadian.
7. Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui kos untuk membesarkan anak pada zaman kini agak mahal ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga barang yang tinggi.