Kanak-kanak memang terkenal dengan gelagat yang tak suka duduk diam dan cukup aktif, bermain sana sini terutama apabila bertemu dengan kawan seusia mereka. Namun perkara sebaliknya berlaku kepada adik ini.
Semasa ayahnya sembahyang adik kecil ini kelihatan sedang jaga adiknya di bahagian belakang masjid. Apa yang membuatkan hati tersentuh dan kagum bila mana si ayah selesai solat, kanak-kanak tersebut pula mengambil giliran untuk solat. Perkongsian saudara Shahrin Nasir cukup menyentuh hati. Kagum penulis akan didikan ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Semoga anak-anak kita juga memiliki akhlak sebegini. Berdiri kagum aku seketika…melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya…Cantik sungguh akhlak anak ini …tidak melepaskan tnggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dya juga masih kecil…setelah ayahnya selesai solat…aku terpegun sekali lagi…melihat dya pula yg beribadah kepada Tuhan…Tahniah kepada ibuBapa anak ini…Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sngat jelas dalam diri anak anda yg comel dan taat ini…rasa cemburu bila melihat anak ini..
#minta izin ambil gmbar ya bang…lupa bgtaw tdi.. “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.”– – Surah luqman : ayat 14
Sesuatu yang dikatakan nostalgia dalam hidup kita pastinya ia begitu indah dan istimewa yang pernah kita lalui suatu masa lalu.
Umpamanya bila terlihat bus lama ini, pasti bekas mahasiswa Universiti Malaya suatu ketika dulu ada cerita dan kenangan yang tersendiri bersama bas ini.
Difahamkan bas ini tidak lagi digunakan semenjak 2019 dan siapa sangka bas yang semakin usang ini boleh bertukar wajah menjadi inapan yang cukup luar biasa.
Tranformasi
Idea asal untuk mengubahsuai bas ini adalah daripada Bekas Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.
Pada tahun 2019 bas tersebut tidak lagi berfungsi sebagai kenderaan yang boleh bergerak dan semakin reput.
Namun hasil kerjasama dengan arkitek dan jurutera yang berkhidmat di Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan Harta (JPPHB) UM, bas tersebut berjaya diselamatkan dan kini menjadi tempat sewaan.
Arkitek JPPHB iaitu Puan Nurul Husna Binti Abd Rahman dan Pegawai Projek The Rimba Project Cik Nurul Fitrah Marican telah mengilhamkan idea untuk rekabentuk dalaman bas ini.
Jana Pendapatan
Pada asalnya bas tersebut berada di tempat letak kenderaan berhampiran UM Arena. Ianya kemudian di tarik menggunakan trak tunda dan diangkat menggunakan kren.
Kini bas tersebut ditempatkan di Rumah No.2, Universiti Malaya yang juga merupakan ruang kerja untuk Water Warriors dan The Rimba Project dibawah UM Sustainability & Living Labs Secretariat.
Antara tujuan asal bas ini dijadikan tempat penginapan adalah untuk menjana pendapatan bagi menyokong inisiatif kelestarian dan kemasyarakatan di UM dan komuniti luar.
Sememangnya bas ini mempunyai nilai nostalgik kepada staf dan bekas pelajar UM terutamanya mereka yang pernah menaiki bas ini suatu masa yang dahulu.
Penangan drama Cemburu Seorang Perempuan yang viral tahun lepas benar-benar mengubah kehidupan Amyra Rosli dan suaminya Amar Baharin.
Kedua-duanya memegang watak suami isteri di dalam drama adaptasi tersebut. Sementelah, Amyra sedang mengandungkan anak kedua. Begitu pun dia mengakui tidak menghadapi sebarang masalah.
“Sepatutnya watak yang dipegang oleh Emma tu adalah untuk saya, tetapi waktu dapat tawaran sebelum mengandung. Jadi, saya berbincang dengan suami dan juga produksi. Jadi pihak sana setuju untuk tukar watak.
“Walaupun karekter walaupun nampak berat tapi pihak produksi tak ‘pressure’ cuma ada satu scene saya kena jerit dan menangis, sehinggakan baby dalam kandungan jadi ‘keras’.
“Semua agak panik termasuk Amar. Jadi saya diberi rehat seketika. Selepas tenang baru kembali shooting. Alhamdulillah, pengarah faham memandangkan dia seorang perempuan,” ujar Amyra ketika di temu bual ketika sesi penggambaran bersama Majalah Keluarga bertempat di Santuari Park Pantai, sebuah kediaman yang cukup menarik dengan reka bentuk moden.
Pandai seimbangkan masa
Ditanya mengenai alahan ketika mengandungkan anak kedua, jelas Amyra pengalaman terdahulu banyak mengajarnya untuk lebih kuat berbanding anak sulung dahulu.
“Alhamdulilah kalau diikutkan ini memang kami rancang untuk menimang anak kedua untuk tahun 2020. Kebetulan pula due date saya bulan februari, kira cantik tarikh yang Tuhan kurniakan. Amar yang plan, alhamdulillah rezeki kerana memang sebelum ini kami kalau boleh nak anak sulung umur dua tahun baru rancang nak tambah anak.
“Soal teruskan lakonan tak jadi masalah kerana tahu rezeki memang ada lagi-lagi anak dah bertambah. Yang penting tanggung jawab jangan tinggal, niat dan betul serta tahu apa yang kita nak buat. Kalau kita pandai seimbangkan takkan jadi masalah,” ungkap Amyra lagi.
Beauty is pain
Mengulas mengenai kandungan kedua ini, Amyra jujur mengakui sangat menitikberatkan soal berpantang bagi menjaga kecantikan dan kesihatan.
“Sebagai isteri kita kena sentiasa cantik untuk suami. Dalam masa yang sama, sebagai public figure, takkan saya nak abaikan tubuh saya tak terjaga. Jadi, saya memang mengamalkan amalan tradisional sewaktu berpantang. Mungkin orang nampak saya moden tapi saya rasa petua orang lama hasilnya menjadi.
“Malah lagi ramping berbanding zaman anak dara. Memang berhasil bila ikut cakap mak seperti tak minum ais, pakai bengkung, tak keluar rumah dan sebagainya. Alhamdulillah hasil memang terbaik.
“Semua orang tahu ‘beauty is pain’ tapi kalau rasa nak dapat hasil cepat dan menjaga kesihatan dan kecantikan, janganlah melanggar pantang,” seloroh Amyra yang sudah tahu jantina anaknya, manakala Amar memilih untuk tidak ambil tahu sehinggalah ‘baby shower’ nanti.
Amal pantang dan petua tradisional
Menjadi ibu muda tak susah yang penting kena bersedia dan matang. Jujur mengakui banyak ambil ilmu dari ibunya.
“Saya berkahwin pada usia 25 tahun dan dapat anak umur 26 tahun. Kini umur 28 tahun bakal menimang anak kedua. Saya banyak ikut mama macam mana jaga anak, handle rumah tangga dan dalam masa yang sama bekerja.
“Kebetulan saya tak ada pembantu rumah, jadi kena bijak bahagi masa. Kalau tak boleh set semua dalam otak, setkan dalam diari setiap aktiviti kita. Kalau disiplin dan aktiviti tersusun tak akan timbul sebarang masalah. Yang penting kena tolak ansur dengan suami dan saling membantu antara satu sama lain.
“Anak sulung dulu saya agak ‘manja’ tapi yang kedua ni saya terlebih aktif, dan memang alami pendarahan seperti kandungan pertama tapi sebab ada pengalaman jadi tak cepat gelabah.
“Selain itu, saya juga ada ambil makanan tambahan yang asas sahaja untuk ibu mengandung memandangkan saya tak suka ubat banyak-banyak kerana kurang minum air.
“Sejak anak pertama lagi, saya suka mengaji dan membaca surah-surah yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Malah, petua dan segala pantang untuk ibu mengandung juga saya praktikkan kerana saya tahu pada masa akan datang ia memudahkan untuk diri saya sendiri,” ungkap Amyra lagi yang akan berehat panjang selepas bersalin seperti mana yang dilakukannya waktu anak sulung dahulu.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2020
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mudah, sedap dan simple je cara buatnya. Biskut Peanut Butter, resipi tradisional penuh nostalgia ni sememangnya cukup menjadi pilihan ramai.
Malah, biskut ini cukup digemari ramai. Admin selitkan resepi biskut peanut butter gebu sukatan cawan dari Aisyah My untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Biskut peanut butter old school Resepi biskut peanut butter opah
Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.