Selesai haji baru update, fokus buat ibadah, warga maya puji cara Amy Mastura. Ibadah haji adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan sekali seumur hidup.
Selesai Haji Baru Update, Fokus Buat Ibadah, Warga Maya Puji Cara Amy Mastura
Perjalanan ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga perjalanan rohani yang memerlukan keikhlasan, kesabaran, dan fokus yang penuh kepada Allah SWT.
Melalui satu hantaran dilaman Instagramnya, penyanyi, pelakon, dan pengacara, Amy Mastura telah berkongsi tentang dirinya yang menunaikan haji bersama keluarga.
Assalamualaikum salam Jumaat semua, alhamdulillah akak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun Islam yang kelima. Semoga allah menerima ibadah ini. Akak minta maaf akak tak update apa-apa masa akak di Mekah.
Akak nak ambik kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staf dan petugas Eiman travel terutama ustaz Zawawi, ustaz Zulkifli, ustaz Wahairi, ustaz Wadi Anuar dan ustaz-ustaz lain yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan.
Dugaan memang banyak. Tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua. Akak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat akak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah SWT serta direzekilan untuk umrah atau haji nanti. Insya Allah, ” tulisnya diruangan kapsyen.
Sedih baru laporan mengenai kes kematian bayi berusia 11 bulan yang telah meninggal akibat perbuatan manusia yang rakus dengan mendera dan dirogol. Perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh III di laman facebooknya mengenai cara memilih pengasuh. Moga bermanfaat.
Negara kecoh lagi bila seorang bayi berusia 11 bulan mati didera dan dirogol bangsat yang tidak berperikemanusiaan.
Aku cuba mengelak menulis hal ini kerana tak sanggup nak membayangkan penderitaan anak kecil usia 11 bulan didera sebegitu rupa.
Cuma, sangat perlu aku berkongsi tips yang betul untuk mengelakkan kejadian ini dari berulang di masa hadapan. Ini Tips yang aku syorkan.
1. Pilih adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan rapat terlebih dahulu untuk dijadikan pengasuh. Kita kenal peribadi mereka, kita tahu bagaimana mereka jaga anak-anak kita.
Sepaling tidak, pilih pengasuh yang disyorkan oleh adik-beradik atau kawan-kawan kita.
2. Elakkan hantar ke rumah pengasuh yang mempunyai suami tidak bekerja atau ada rekod dadah/jenayah.
Kebanyakan kes dera/rogol dari suami pengasuh yang ada rekod dadah/jenayah atau kerja tidak tetap.
Ini menyebabkan mereka punya masa luang dengan anak kita dan kadangkala pengasuh tinggalkan anak kita bersama suami bila nak mandi, solat atau ke klinik mahupun ke pasar.
Saat ini risiko besar terutama jika suami pengasuh dibawah pengaruh dadah. Anak kecil kita mereka mungkin pandang sebagai satu alat yang boleh memuaskan nafsu atau satu alat melepaskan geram bila anak itu meragam, berak dan sebagainya.
3. Elakkan memilih pengasuh yang ada anak lelaki remaja. Seboleh-bolehnya cuba elak.
Banyak sangat kes berlaku anak lelaki remaja pengasuh merogol budak perempuan usia 4-10 tahun.
Budak-budak itu anggap anak pengasuh bagai abang mereka, pengasuh pula biarkan anaknya bermain dengan anak jagaannya hingga ke bilik. Pernah dilaporkan anak usia 5 tahun dirogol anak pengasuh berusia 15 tahun.
“Abang(anak pengasuh) ajak main tidur-tidur. Kemudian dia buka seluar adik dan suruh pejam mata.”
Lepas itu berlaku peristiwa hitam dan terus berulang dan berulang jika tiada orang perasan dan tiada laporan dibuat.
4. Siasat latar belakang pengasuh. Sangat penting kita tahu latar belakang pengasuh. Jumpa juga ibubapa yang pernah hantar anak mereka untuk diasuh pengasuh tersebut. Tanya pengalaman ibubapa yang pernah hantar anak ke sana.
5. Bagitahu secara jelas kepada pengasuh DO and DON’T. Apa peraturan kita, bagaimana perlu anak kita dijaga, siapa yang boleh tukar lampin/mandikan anak kita.
Masa ini kena bertegas, anak perempuan kita hanya pengasuh yang mandikan dan tukar lampin. Jangan benarkan anak kita dimandikan/tukar lampin oleh anak lelaki pengasuh atau suaminya.
6. Lawatan mengejut. Sangat penting sesekali buat lawatan mengejut. Kalau biasa hantar jam 7 pagi dab ambil pukul 5 petang, lawat sahaja jam 10 pagi, sesekali singgah tengahari.
Bila buat lawatan mengejut, masuk dan lihat situasi rumah juga. Tempat tidur anak, bilik air, dapur dan ruang tamu.
7. Selalu berkomunikasi dengan anak (bagi anak yang pandai bercakap). Tanya mereka bagaimana mereka dijaga, siapa yang selalu main dengan mereka, dengan siapa mereka mandi, dengan siapa mereka tidur.
Kena alert setiap perubahan sikap anak-anak kita. Jika makin mendiam atau sakit ketika buang air, lebih baik menanam curiga. Check, siasat, bawa jumpa doktor jika perlu.
8. Periksa tubuh badan anak selalu. Jika ada kesan lebam, calar dan sebagainya tolong siasat betul-betul. Jangan percaya 100% pada alasan pengasuh.
9. Jika ada tanda-tanda anak didera, dirogol dan sebagainya, tolong buat laporan polis dengan segera.
Ramai yang terkena tidak buat laporan polis kerana kasihan dan simpati dengan rayuan keluarga pengasuh. Mereka hanya selamatkan anak-anak mereka sahaja.
Dan akhirnya, anak orang lain pula menjadi mangsa. Tolong jangan penting diri dan selamatkan anak-anak sendiri saja ya!
10. Jangan tangkap muat cari pengasuh kat Fb sahaja. Jika pun cari di Fb, wajib siasat betul-betul sebelum hantar anak.
Sebaiknya, hantarlah anak kat taska yang berdaftar. Itu yang sebaiknya.
Jika ada orang kata cerewet cara kita pilih pengasuh, biar sahaja mereka terus berkata begitu.
Kerana itu anak-anak yang sangat kita sayangi dan kita berhak sepenuhnya memberi yang terbaik buat mereka.
Buat Baby Zara, damailah dikau di sana… 🙁
Mohd Fadli Salleh III #MFS .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengatur kehidupan selepas bergelar ibu tunggal untuk memastikan keperluan anak-anak agar tetap sempurna sepertimana keluarga orang lain bukanlah suatu perkara yang mudah untuk digalas. Selain perlu semangat yang kuat untuk terus bangkit demi anak-anak, usaha dan tenaga juga harus digandakan untuk mencari rezeki.
Sedar dengan kepayahan dan kesukaran ini, SuperMum Bakery iaitu sebuah perusahaan pastri di bawah projek Rotary Club Petaling Jaya (PCPJ) menyediakan latihan praktikal untuk ibu tunggal mengasah bakat dan kemahiran dalam bidang kulinari dan seterusnya dapat melahirkan pelatih yang memiliki ciri keusahawanan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Semua ini dilakukan bagi merialisasikan misi program dalam memperkasakan ibu tunggal.
Mewar-warkan lagi usaha yang dijalankan oleh SuperMum Bakery ini, m/SIX merupakan agensi komunikasi media tidak melepaskan peluang untuk turut menyumbang tenaga dengan menghabiskan waktu hujung minggu di SuperMum Bakery untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal ini menyiapkan tempahan yang diterima dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti yang ditaja oleh Bagus Marketing Sdn. Bhd.
Kerjasama ini juga pastinya menguntungkan semua pihak dan khususnya buat ibu tunggal tersebut. Apa yang pasti usaha ini cukup murni dan wajar diteruskan untuk masa-masa akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengaliran udara yang baik di sesebuah rumah selain dapat diwujudkan pada bukaan tingkap dan pintu, tidak dinafikan aliran udara di dalam rumah bertambah baik jika adanya lubang angin di bahagian dinding.
Pun begitu, kadang-kadang lubang angin ini mendatangkan masalah lain pula, contohnya nyamuk mudah masuk ke dalam rumah malah menjadi tempat cicak pula.
Oleh itu, ada baiknya atasi masalah tersebut dengan memasang ‘penutup’ lubang angin dengan cara yang dikongsikan oleh Azmi Ahmad yang cukup mudah dibuat sendiri. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Tutup lubang angin guna jaring plastik saja, tidak perlu gam dan double-sided tape:
* udara boleh keluar masuk,
* habuk kurang masuk,
* nyamuk, lalat, tebuan dan cicak … InsyaALLAH tidak lepas masuk.
Projek pelan-pelan bila masa lapang ….
* buat satu template untuk tutup lubang … lebar ngam-ngam lebar lubang, panjang dalam 10 inci. Jangan pendek sangat, nanti gulung nya mudah terlerai,
* potong jaring plastik nyamuk ikut template,
* ambil satu potongan dan gulung spara,
* selit di celah lubang angin. Adjust supaya terletak di lubang yang kecil dan ia terletak cantik tidak bergerak,
* ulang dan tutup semua lubang angin,
* kalau ada cicak masuk … adjust semula kedudukan jaring supaya tiada lubang,
* kalau terlalu banyak cicak …. spray ubat halau cicak pada jaring tu,
* kalau ada burung buat sarang kat celah tu … biarkan dia menumpang dan makan cicak atau pasang cara sama di lubang luar untuk elak burung bersarang (pasang luar dalam)
Sumber : Azmi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.