Meskipun bakal memasuki usia 52 tahun pada tahun ini, wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura tak pernah berubah dan sentiasa kekal awet muda dari dulu hingga kini!
Tetapi, mungkin ada yang masih tak tahu sebenarnya pelantun lagu popular ‘Sha na na’ ini ada dua orang anak gadis iaitu puteri sulungnya, Adriana yang kini sudah berusia 22 tahun dan anak keduanya, iaitu Adalia telah memasuki usia 18 tahun pada pertengahan April lalu.
Yang menarik perhatian, melalui gambar yang dikongsikannya baru-baru ini di laman Instagram miliknya, Amy Mastura kelihatan seperti sebaya dengan anak-anaknya dek kerana personalitinya yang tak makan dek zaman itu!
Memetik laporan dari gempak, sebagai ibu, Amy bukan sejenis mengongkong anak-anaknya tetapi sering ingatkan untuk tidak menyembunyikan apa-apa darinya.
“Saya beri kebebasan untuk mereka membuka akaun di laman sosial. Daripada segi pemantauan, saya kawal secara biasa sahaja. Tidak terlalu mengongkong dan tidak pula memberi kebebasan secara mutlak di tangan mereka.
Saya sering mengingatkan, jika mereka mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik; sehebat mana sekalipun mereka cuba sembunyikan pasti saya akan tahu juga. Justeru lebih baik berterus-terang dengan saya terlebih dahulu.
” Daripada perspektif berbeza, mereka menerima hakikat bahawa ibu mereka adalah public figure. Maka secara tidak langsung gerak-geri atau apa yang mereka lakukan diperhatikan orang. Mahu atau tidak mereka harus lebih berhati-hati dan bijak dalam setiap tindak-tanduk. Dan saya berterima kasih kepada masyarakat sekeliling yang turut sama mengambil perhatian dan membantu saya memantau anak-anak (ketawa).” katanya.
Tambahnya, Adrianna dan Adalia mempunyai perwatakan yang berbeza dan cara Amy membesarkan mereka mengikut kepada peringkat usia dan peredaran zaman. Misalnya Adrianna, Amy akui tidak lagi mempraktikkan apa yang lazimnya ibu-ibu kita lakukan dahulu sesuai dengan keperluan dan zaman ini. Apa jua yang Amy tidak benarkan, Amy akan huraikan mengapa dan sebab-musababnya.
Ads
“Contohnya, jangan keluar tetapi saya huraikan sebabnya. Jangan keluar bahaya dengan penjenayah dan peragut di luar. Itu antara pendekatan yang saya praktikkan. Kemudian, saya imbas kembali ketika zaman saya remaja dahulu. Seboleh mungkin saya pastikan berada dengan mereka saat diperlukan.” jelasnya.
Bagi minat anak-anak pula, siapa sangka dalam diam anak gadis Amy juga memiliki bakat sepertinya dalam bidang seni.
“Kedua-duanya mempunyai minat tersendiri tetapi jika bertanyakan tentang artis, baik dalam negara mahupun luar negara kedua-duanya punya minat yang berbeza. Anak bongsu (Adalia), semua artis di Malaysia dia minat! (ketawa).
Ads
“Berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya, ewah…(ketawa) kedua-duanya punya minat dan kecenderungan ke arah dunia seni dan muzik. Anak sulung (Ariana) minat dalam bidang muzik. Adalia pula lebih meminati bidang lakonan, malah dia juga pernah berlakon dalam teater.
“Tak fahamlah saya mengapa perlu dihalang (ketawa). Malah saya seronok jika mereka ditakdirkan turut sama mewarnai dunia seni. Bolehlah sama-sama pergi shooting (ketawa). Saya tidak menghalang sama sekali malah akan memberi galakan kepada mereka.” tambahnya.
Semangat kejiranan merupakan aspek penting dalam kehidupan supaya dapat menjalin hubungan yang akrab sesama jiran. Malah ia banyak memberi manfaat kepada kita.
Biarpun kita tinggal di bandar, semangat kejiranan perlu ada supaya saling mengenali antara satu sama lain. Malah bertuah jika mempunyai jiran yang baik, pembersih, rajin dan saling membantu.
Begitulah yang dilalui oleh lelaki ini, saudara Khairul Abdullah atau lebih dikenali sebagai superdaddy. Menerusi perkongsiannya, beliau menyifatkan jirannya yang dilihat sebagai seorang yang rajin dan pembersih.
Kagum dengan sikap jirannya yang berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr Lee, Khairul turut inspirasi untuk mengemas rumah walaupun vakum di laman rumah.
Ikuti perkongsian menarik ini.
Aduhh, jiran aku ni awal-awal pagi tadi dah buat hal.Tak boleh jadi ni, terus aku bawak keluar vakum juga. Mana taknya, nanti dia vakum depan rumah aku wehh. Takkanlah tiap Sabtu aku nak biar dia vakum depan rumah aku.
Jatuhlah air muka aku. Kali ini biar aku sendiri yang vakum. Hahaha, padan muka dia. Dia takde chance, lalu dia vakum sampai ke seberang jalan sana. Yer rumah yang depan jalan tu pun dia pergi kutip dulu semua daun kering yang luruh pakai tangan okeh dan masukkan dalam plastik. Lepas tu dia vakum. Rumah depan tu kosong tau, siapa nak sewa mai lekaih. Untung oihh ada jiran macam Mr. Lee ni.
Dia tegur aku sebab nampak aku rajin kemain hari ni.“Wahhh, manyak rajin aah ini hari?” “Kena rajin oihh, kalau tak nanti you vakum sampai dalam saya punya rumah pulak.” “Hahaha. Ehhh, itu rumput kecik-kecik kasi cabut ahh. Nanti itu akar besar pecah you punya simen semua. Saya boleh tolong tu.” Kah kah kah, rumput kecik yang tumbuh celah-celah simen tu pun dia nak cabutkan weh. Malu lah Superdaddy kalau gini.
Dengan kekuatan luarbiasa yang aku ada pagi ni, habis semua rumput kecik celah simen tu aku cabut semua.Padan muka dia sekali lagi. Untung ada jiran yang bersih gini. Kita pun termotivasi untuk rajin membersih sedetail-detailnya. Thanks Lee for keep inspiring me. Siapa nak jadi jiran kami, datanglah. Yang nak jadi teman serumah,Boleh apply.
Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Perkongsian daripada seorang anak menantu yang berkongsi dekorasi rumah kampung di page Kelab Kaki Dekor menemukan satu kisah menarik untuk dikongsikan di sini. Apa tidaknya jika dilihat pada usia rumah kampung tersebut, siapa sangka rupanya telah menjangkau 100 tahun lamanya.
Pun begitu apa yang lebih mengujakan, keluarga ini mampu mempertahankan rumah tradisi ini kekal keadaannya, malah dihias cantik dan dijaga rapi. Mengetahui lanjut berkenaan rumah pusaka ini jom semak perkongsiannya.
Rumah kampung lama yang berusia hampir 100 tahun aje. Tetap gak nak dideko dengan mengunakkan barang IKEA, ssf dan kaison jugak.
Sharing rumah kampung MIL. Tahun ke 3 diberi amanah untuk menjaga dan membersihkannya. Simpan sini untuk kenangan. Ada rezeki sikit tahun ni nak tukar warna lain.
Menurut Fad Kusaini lagi, “Sekarang hanya MIL yang tinggal di rumah tu sendiri. Memandangkan kami sekeluarga tinggal tidak jauh dari rumah MIL memudahkan kami kerap berulang alik untuk melihat keadaan MIL selalu.
“Rumah tu sangat bermakna kepada kami sekeluarga kerana rumah itu dibina sendiri oleh arwah datuk suami saya. Kalau kita lihat zaman sekarang memang susah nak jumpa rumah kayu yang mempunyai ciri-ciri Melayu.
“Jadinya saya setiap kali perayaan memang saya yang akan mengambil alih tanggungjawap untuk menghias dan membersihkan keseluruhan rumah ini,”
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...