Untuk jadi ibu ayah yang hebat tentu perlu mengetahui beberapa cara pendekatan yang betul dalam mendidik anak-anak. Bukannya asyik mencari kesilapan anak. Anak-anak juga mempunyai emosi. Perkongsian seorang guru kaunselor di sebuah sekolah menengah begitu inspirasi untuk dikongsi bersama, Puan Farhan . Menurutnya terdapat tujuh perkara yang ibu bapa perlu tahu dalam mendidik anak.
1.Read
Nak jadi ibu ayah yang hebat kena rajin membaca. Bukan sekadar baca Facebook ye, tapi rajin rajin lah baca tentang ilmu mendidik anak. Dalam dunia hari ini, ramai pakar bahagian parenting. Semuanya dihujung jari, anda cuba perlu rajin untuk cari dan baca apa ilmu yang mereka kongsi agar anda dapat ambil input yang berguna dan amalkan dalam proses mendidik anak.Jangan jadi ibu ayah yang sombong dan rasa kita dah tahu serba serbi sedangkn banyak benda yang kita tidak tahu terutamanya berkaitan dengan perkembangan anak anak.
2.Reflect
R yang kedua adalah reflect. Sebelum jadi ibu bapa yang hebat, kita perlu sentiasa muhasabah. Setiap hari sebelum tidur fikir balik apa yang kita dah buat dengan anak anak hari ini. Bagaimana cara kita bercakap dengan mereka.Kasar ke atau sudah cukup berhikmah.
3.Responsive
R yang ketiga adalah Responsive. Nak jadi ibu dan ayah yang hebat kita perlu sentiasa jadi seorang yang responsive dan sensitif kepada anak anak.
Bagaimana cara kita respon kepada setiap permintaan dan perangai anak anak.
Adakah kita banyak guna emosi berbanding akal kita yang sihat. Adakah kita peka kepada perubahan anak anak?
4. Respect
Ads
Seorang ibu dan ayah yang hebat akan menghormati anak anak. Mereka tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan maruah anak anak.
Memarahi anak anak di hadapan khalayak ramai contohnya akan memalukan anak anak dan menyebabkan anak anak rasa diri mereka tidak di hormati dan hina.
Jadi, ibu bapa yang hebat tidak akan mengambil tindakan melulu sebegini.
Apabila anak anak diajar dengan rasa hormat, mereka juga akan cepat untuk belajar menghormati orang sekeliling.
Apabila mereka rasa apa yang mereka dapat itu sudah cukup, mereka akan mula berikan perkara itu kepada orang sekeliling (Farhan,2019)
5.Round table
Ads
Kalau dalam mesyuarat, akhir sekali kita akan buat round table. Kita ada bertanya sekiranya ada apa apa ketidakpuasan hati di antara ahli ahli mesyuarat yang lain. Kan.
Begitu juga kalau dalam rumah kita. Anda sebagai ibu dan ayah perlu sentiasa melakukan round table dan berbincang di antara anak anak. Tanya pada mereka jika ada perkara yang mereka tidak puas hati. Dari situ anda boleh cuba untuk duduk bersama dan selesaikan apa sahaja isu yang timbul.
6.Responsibality
Seterusnya ibu bapa yang hebat akan sedar bahawa bukan mereka sahaja yang mempunyai tanggungjawab dalam hidup ini. Malah anak anak juga ada tanggungjawab sendiri. Mereka tidak akan ‘pentingkan diri’ dan hanya fokus pada tanggungjawab masing masing. Ibu bapa yang hebat akan berusaha untuk membantu anak anak agar mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab masing masing.
7.Real
Akhir sekali, ibu bapa yang hebat perlu mrnjadi real.
Ads
Apa yang saya mahu fokus di sini adalah real dalam menjadi diri mereka sendiri. Tidak perlu untuk berpura pura di hadapan anak anak. Sebaliknya jadilah diri anda sendiri.
Tidak ada masalah untuk menunjukkan kelemahan anda. Tunjukkan kepada anak anda bahawa setiap hari anda belajar untuk menjadi lebih baik tanpa perlu berpura pura.
Anda perlu walk the talk.
Kalau anda suruh anak mengaji, anda juga perlu mengaji
Kalau anda tegur anak bercakap kasar anda juga perlu belajar mengubah cara anda bercakap
Sekiranya anda tersilap, jangan malu mengaku salah.
Akhir sekali, wujudlah secara real dalam dunia anak anak. Kadang kadang kita rasa kita sudah wujud dalam dunia anak anak, namun hakikat sebenarnya anda tidak wujud dalam dunia anak anak.
Kewujudan anda itu tidak real, kerana anda sibuk dengan urusan sendiri sehingga anak anak rasa kewujudan anda itu sekadar ada pada fizikal namun mereka tidak dapat merasa di jiwa mereka bahawa ibu dan ayah sebenarnya ada.
Ada bagaikan tiada, lebih teruk dari si yatim yang kehilangan ibu dan ayah di dunia.
.
Mulakan perubahan secara perlahan lahan. Saya percaya 7R ini akan membantu anda menjadi ibu bapa yang hebat!
#notaparentingpuanfarhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tip mengalih atau memindahkan anak pokok dari tempat semaian pun ada caranya. Ini dikongsikan untuk info bagi memudahkan kita yang baru berjinak-jinak menanam di laman rumah.
Ketahui caranya sebagaimana yang dikongsikan ini.
CARA-CARANYA
1. Pastikan Media Tempat baru untuk mengalih anak pokok telah di gembur dan disuburkan..
2. Lembabkan media/tanah anak pokok yang hendak dialihkan..siram dengan air..
3. Bila Berdaun 4…Tarik anak benih perlahan-lahan atau bersama media/tanahnya sekali..Pastikan tidak memutuskan akar..Jika putus..Anak pokok akan stress dan lambat membesar atau mati.
4. Masukkan anak pokok ke dalam media/tanah baru yang telah di suburkan tadi…timbus akar dan tekan pelahan-pelahan media supaya mampat sedikit..Tujuannya untuk akar tidak mempunyai ruang kosong dalam tanah..kalau ada ruang kosong..pokok akan Stress..bantut dan mati juga..
5. Terus siram anak pokok dengan air selepas menanam..
Tanam satu..siram..Tanam satu..siram..jangan tunggu selepas habis tanam kesemuanya..baru nak siram..Tujuannya bagi menghidari pokok stress..
PERINGATAN
Waktu yang paling afdal ialah seawal pukul 4.30 petang hingga menjelang senja..
Nak tanam pada awal pagi atau tengah hari.. tanpa ikut masa di atas…Boleh..Tapi…Bersedialah dengan pokok yang akan stress dan layu..
Perkongsian yang cukup memilukan dari seorang ibu yang kehilangan bayi akibat Anencephaly atau bahasa mudahnya baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kegembiraan bakal menimang cahaya mata bertukar duka bila mana si kecil pergi buat selama-lamanya. Ibu dan ayah hanya sempat menatap selama 18 jam sebelum akhirnya si kecil kembali kepangkuan ilahi . Kisah sedih ini dikongsikan menerusi Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia . Pada hari khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby(anencephaly) semasa scan.
Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokan je kat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.
Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 7bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu.Due adik dijangka 30 september tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit. Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami. Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah2.Tiap malam sebelum ibu tido abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila. Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu. Doktor cakap air ketumban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik. Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini. Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan diwad dan dimasukan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada diwad adik baru keluar. Pada 21 julai tepat 1410h adik dilahirkan. Alhamdulillah abi org pertama dapat azankan adik. Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi harini adik tinggalkan kami pada jam 0810 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami. Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to komplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung. Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini. Saya mohon anda share dan tag untuk bakal2 ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang. Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi.Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu Pasti .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.
1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.
2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.
9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.