Nikah tak jadi, majlis diganti doa selamat, peguam syarie nasihat tuntut ganti rugi di mahkamah syariah. Persiapan majlis perkahwinan memerlukan kos yang besar dan persediaan yang rapi. Namun, ada kalanya rancangan perkahwinan yang telah diatur rapi tidak berjalan seperti yang dirancang.
Terdapat situasi di mana majlis pernikahan tidak menjadi, dan sebagai gantinya majlis tersebut bertukar menjadi kenduri doa selamat. Dalam keadaan ini, bakal pengantin atau pihak keluarga mungkin mengalami kerugian besar dari segi kewangan dan emosi.
Bagaimanakah mereka boleh menuntut ganti rugi?
Berikut perkongsian daripada Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak & Selangor, Fahmi Ramli
Tetap teruskan majlis kahwin, walaupun majlis nikah batal. Sekarang viral satu video tentang seorang pengantin lelaki tak jadi yang sangat tenang memberikan ucapan kepada tetamu yang hadir walaupun majlis perkahwinannya tak jadi gara-gara dibatalkan oleh pihak perempuan.
Bila diselidik sikit, rupanya majlis sudah batalkan lebih daripada sebulan oleh pihak perempuan tapi pihak lelaki yang nak teruskan juga. Mungkin ada sebab tersendiri, misalnya sudah bayar tempahan katering, sewa dewan, kad kenduri sudah diedarkan lebih awal atau macam-macam lagi alasan.
Persoalannya, boleh ke pihak lelaki tersebut memfailkan kes di Mahkamah Syariah
kerana kos-kos yang telah dikeluarkan dan maruah keluarga yang tercalar? Mesti sudah bayar banyak benda untuk persiapan. Belum kira lagi dengan malu yang dihadapi keluarga perempuan tersebut.
Anda perlu ingat, bila dah bertunang dan menuju ke arah perkahwinan, anda sebenarnya telah terikat di sisi Undang-undang Keluarga Islam.
✅ Boleh ke tuntut gantirugi di Mahkamah Syariah?
Pertunangan itu boleh terjadi sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk melakukan kearah pernikahan pihak-pihak. Ketika bertunang, adalah haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang wanita yang telah bertunang.
Setiap Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri seluruh Malaysia ada diperuntukkan tentang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan gantirugi perkahwinan.
✅ Siapa yang perlu tanggung gantirugi?
Dalam undang-undang disebut pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu adalah bertanggungan untuk pulangkan:
a) pemberian pertunangan (jika ada)
b) memulangkan nilainya
c) membayar apa-apa wang yang telah dibayar oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu
Maksudnya, orang yang putuskan pertunangan itu perlu tanggung gantirugi dan perlu bayar kos kepada pihak yang diputuskan pertunangan tersebut.
✅ Apa yang boleh dituntut?
a) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa majlis pertunangan seperti kos penyediaan makanan kepada tetamu, khemah, photographer dan lain-lain.
b) Baju pengantin untuk majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan. Sama ada telah dibayar secara penuh mahupun separuh.
c) Bayaran upah catering
d) Kad-kad jemputan kenduri
e) Pengubahsuaian rumah/bilik pengantin pihak yang diputuskan pertunangan tersebut. Contohnya kos renovate bilik, bilik air, perabot dan lain-lain.
f) Bayaran DJ & Photographer juga jika telah dibuat, boleh diminta gantirugi walaupun ia mungkin bukan keperluan asas perkahwinan.
g) lain-lain persiapan yang menggunakan kos hanya untuk perkahwinan
✅ Boleh ke nak tuntut kos maruah/saman malu sebab batalkan perkahwinan last minit?
Jawapannya tidak boleh dibuat di Mahkamah Syariah. Saman malu adalah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Jika pihak yang dimungkiri itu rasa malu dan maruah tercalar, anda boleh buat tuntutan kos gantirugi am di Mahkamah Sivil.
Di Mahkamah Syariah hanya berkaitan dengan kos dan gantirugi yang menjurus kepada perbelanjaan persiapan perkahwinan sahaja.
Jadi, nasihat saya kepada bakal pengantin yang melalui isu yang sama, anda perlu membuat tuntutan ini di Mahkamah Syariah. Kos yang telah dibelanjakan untuk perkahwinan tersebut bukanlah murah zaman sekarang ini.
Kalau anda tidak bertindak, orang yang memungkiri janji tersebut akan merasakan hal ini adalah perkara kecil. Sedangkan, maruah yang tercalar serta penat lelah keluarga dan diri anda yang mengumpul duit untuk persiapan tersebut bukan satu perkara kecil. Bahkan ia sangat besar.
Membatalkan pernikahan bukanlah sesuatu yang diingini oleh mana-mana pihak. Namun, dalam keadaan di mana pernikahan terpaksa dibatalkan dan majlis ditukar menjadi kenduri doa selamat, pihak yang terlibat perlu memahami hak dan langkah yang boleh diambil.
Tuntutan ganti rugi mungkin dapat membantu menampung kerugian yang dialami, namun ia harus dilakukan dengan cara yang sah dan beretika. Selain itu, adalah penting untuk sentiasa mengutamakan kesejahteraan emosi dan mental dalam menangani situasi ini.
Sekiranya menghadapi situasi sebegini, berbincanglah dengan pihak yang terlibat secara terbuka dan rujuk kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkenaan untuk mendapatkan panduan lanjut.
Seronoknya tengok orang lain tanam lada solok menjadi, lebat buahnya. Untuk yang nak tahu apa rahsia dan tipnya, ini dikongsikan oleh Encik Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam lada solok tepi rumah!
1. Tanam dalam tong cat terpakai.
2. Tanam satu tong satu pokok.
3. Guna tanah campuran sebagai media tanaman.
4. Tanam masa anak pokok umur 60 hari lepas semai.
“Hari ini genap 1 minggu ditanam. Dah ada cabang Y dan putik bunga. Pagi tadi kali ke 2 siram dengan baja subur. 1 pokok 1 liter. 2 kali seminggu sembur dengan kawalan organik.Hari Selasa ni dah boleh siram dengan baja buah.” Azuan Abdullah.
*Tips Kenapa Saya Suka Guna Tanah Campuran*
1. Boleh jimatkan air sebab siram pagi dan petang je. Jika tak ingat siram 1 hari pun pokok masih ok.
2. Jimat baja sebab siram 2 kali seminggu je dengan baja subur atau buah.
3. Pokok naik tegak dan susah nak tumbang.
Nisbah tanah campuran saya
3 bahagian tanah
1 bahagian pasir sungai
1 bahagian bokashi @ kompos.
p/s : Tong cat boleh diganti dengan pasu, polibag atau apa – apa bahan terpakai. Guna yang kapasiti 15 liter ye untuk senang nak jaga.
2000 usahawan sertai program Rickworks, pacu transformasi dalam perniagaan. Richworks International Sdn Bhd adalah syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia.
BMB adalah program baru, RichWorks International Sdn Bhd yang dikendalikan sendiri oleh Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Program ini disertai sehingga 2000 usahawan yang melibatkan kehadiran daripada usahawan lelaki sebanyak 40.98 peratus dan wanita 59.02%.
Anak didik bimbingan RichWorks dan mentor usahawan yang hadir untuk mengikuti BMB yang memfokuskan soal transformasi beberapa aspek penting dalam sesebuah bisnes.
Ia merangkumi antaranya aspek kepimpinan, pemasaran, media sosial dan lain-lain bagi menyediakan usahawan dalam berdepan dengan krisis.
Dalam pada itu, turut didedahkan mengenai Solusi Bisnes melalui program Bimbingan Mentoring dan secara Aplikasi. Ia menawarkan Solusi Bisnes terkini yang memudahkan usahawan dalam menyelenggara kempen hingga ke jualan.
Program ini juga adalah persediaan untuk membantu bisnes dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan hari ini iaitu selepas pandemik dan dan persediaan awal bisnes untuk krisis ekonomi yang bakal berlaku.
TOPIK YANG DIBINCANGKAN
1.Kepimpinan
2. Komunikasi
3. Metamorfosis dan Transformasi Perniagaan
4. Pemasaran digital
5. Media tradisional dan Pemasaran luar talian
6. Pembiayaan Perniagaan
7. Pematuhan dan Perkhidmatan Korporat
Terima kasih kepada Richworks Azizan Osman dan Enrichment Media Lab bagi usahasama dengan Astro Media Solutions untuk berkongsi pakej khas buat para usahawan yang hadir pada hari tersebut.
Enrichment Media Lab di bawah naungan Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan penasihat jenama yang paling pakar dalam melahirkan idea, konsep, kajian dan data yang relevan dengan sesuatu perniagaan.
Inisiatif ini bagi membantu usahawan-usahawan terus memperkembangkan perniagaan mereka.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...