Perasan tak, kita selalu sangat dengar orang jadikan alasan memiliki ‘tulang besar’ itu sebabnya dia tidak atau sukar untuk turunkan berat badan.
Hakikatnya tiada pun istilah tersebut dan menurut perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah bahawa saiz tulang antara seseorang dengan seseorang yang lain adalah sama sahaja.
TULANG BESAR?
Seorang kakak berusia lewat 40-an datang menemui saya. Datang ke Jabatan kecemasan setelah dirujuk dari klinik sebab sakit lutut. Setelah diperiksa secara fisikal dan X-ray di dapati kakak tadi mengalami osteoarthritis kedua-dua belah lututnya.
“Berat dan tinggi akak berapa ya.”
“Berat akak 108kg, tinggi 158cm, doktor.”
Saya terus mengira BMI (body mass index). BMI kakak adalah 43. “Akak punya berat ni terlebih. Dah masuk kategori obes ni. Lutut akak sakit dan kena osteoarthritis sebab obes. Berat lebih,” ujar aku.
“Taklah doktor. Tulang akak besar sebab tu berat.” Balas kakak.
“Eh! akak. Mana ada istilah tulang besar. Saiz tulang sama saja. Nobody is big-boned. Yang berat tu lemak berlebihan.” Jawab aku. Kakak tersenyum dalam kesakitan.
Photo by Cara Shelton on Unsplash
Formula Mengira BMI
Body Mass Index (BMI)
Cara mengira atau formula BMI = berat (kg) /tinggi² (m)
Ads
Kurang berat badan: BMI <18.5
Normal atau berat ideal: BMI 18.5 – 22.9
Berlebihan berat badan: BMI > 23
Pra-Obes: BMI 23.0 – 27.4
Obes I: BMI 27.5 – 34.9
Obes II: BMI 35.0 – 39.9
Obes III: BMI > 40.0
(Rujukan dari WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia)
Ads
Anda boleh kira sendiri BMI masing dan boleh tahu di tahap mana.
Jalani Hidup Sihat
Selain dari osteoarthritis, anda juga berisiko kepada penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi, kegagalan jantung dan penyakit jantung koronari, stroke, gout, fatty liver, batu karang hempedu, sleep apnea, metabolic syndrome dan macam-macam lagi.
Tiada jalan pintas kalau nak kurus atau kurangkan berat badan. Tiada supplemen atau produk untuk kurus seperti yang dimomokan oleh penjual penipu di luar sana. Semua tu karut.
Tips nak kurus atau kurangkan berat badan simple saja. Hanya menjalankan cara hidup sihat.
Kawal diet dengan amalan pemakanan yang sihat seperti formula pinggan sihat Malaysia ‘suku-suku-separuh’.
Meningkat aktiviti fizikal seperti senaman, jogging, marathon dan sebagainya.
Jika obesiti yang rumit, anda hanya perlu jumpa doktor dan dietitian untuk rawatan.
Ingat! Nobody is big-boned dan tiada jalan pintas kalau nak slim, okay.
Boleh dikatakan, bila berada di dapur kita orang perempuan ini selalu akan ‘berperang’ dengan semut. Pantang letak makanan atau minuman terhidang dimeja, sekejap itu juga akan dihurungnya. Geram rasanya, lalu bermacam-macam cara kita lakukan agar semut ‘tewas’ dan tidak lagi mengganggu ruang dapur kita.
Antara usaha yang biasa orang lain buat dan kita sendiri lakukan adalah seperti letakkan cengkih di dalam bekas gula atau letakkan jug air yang dihidang di dalam bekas berisi air untuk elak semut masuk ke dalam bekas minuman dan pelbagai cara lagilah.
Namun melalui teknik yang dilakukan oleh seorang suami ini dan dikongsikan diakaun fb isterinya, cukup unik dan berbeza sedikit. Nak tahu apa cara yang digunakan, jom semak!
Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
TIP ELAK SEMUT NAIK KE MEJA
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.
3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.
Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.
Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu. Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life”
sumber : Puan Zai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak mendengar berita mengenai pelakon ini yang pernah popular dengan drama Sembilu Kasih. Dalam diam-diam, rupa-rupanya pelakon, Zed Zaidi baru menimang cahaya mata kedua. Lebih menggembirakan apabila dia dan isteri dikurniakan anak kembar.
Zed Zaidi melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Natalia Mustafa selamat menimang anak kembar. Berita gembira itu dikongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi… syukur! tulisnya di kapsyen.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, itu adalah rezeki dan kurniaan Allah SWT walaupun dia dan isteri termasuk keluarga tidak mempunyai sejarah kembar.
Kongsi Zed lagi, dia dan isteri sebelum ini pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar namun tidak menyangka gurauannya itu telah menjadi kenyataan.
“Dalam keluarga kami memang tidak ada kembar. Kembar kami adalah yang pertama dan saya anggap rezeki yang tidak terhingga. Alhamdulillah, Allah berikan dua terus selepas tujuh tahun menanti kelahiran anak kedua. Ramai cakap kami menggunakan teknik IVF, tapi tidak. Ini kehamilan secara semula jadi,” katanya.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia, ini merupakan kelahiran kedua bagi pasangan tersebut selepas dikurniakan anak lelaki Ryan Zikry tujuh tahun lalu.
Zed yang juga pelakon berkata, sepanjang kehamilan isteri, dia menjaga rapi termasuk pemakanan dan pengambilan ubat bagi mengelak sebarang komplikasi. Pada masa sama, Zed juga menasihati isterinya untuk tidak berkongsi perkara itu di laman sosial sehinggalah dia selamat bersalin.
Berkongsi cerita awal kehamilan isterinya, akuinya mereka nyaris kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut apabila isterinya mengalami pendarahan. Kebetulan ketika itu, mereka tidak tahu bahawa kandungan tersebut merupakan pasangan kembar.
“Ketika pemeriksaan awal di klinik, doktor tak cakap pun kembar. Mungkin sebab yang lagi satu tidak dapat dikesan. Selepas usia kandungan tiga bulan, kami ke hospital pula.
“Terkejut apabila diberitahu berlaku pendarahan kecil yang memungkinkan seorang lagi bayi lagi tidak boleh bertahan. Saya bertanya maksud ‘lagi seorang’ dan doktor beritahu isteri hamil bayi kembar.
“Waktu itu memang teruja dan sangat gembira. Saya menjaganya dengan baik termasuk pemakanan dan pengambilan ubat yang disyorkan doktor. Saya juga tak bagi isteri muat naik di Instagram dan biar sampai jadi. Ini bagi mengelakkan kecewa jika berlaku sebaliknya.
“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan isteri dan bayi dalam kandungan sihat hinggalah selamat dilahirkan,” katanya yang turut menemani isteri dari awal hingga selesai proses pembedahan.
Dalam pada itu, Zed turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya serta rakan-rakannya.
mohammad_irfanhalmi Alhamdulillah syukur. Sekalung tahniah diucapkan buat sdr abg @rozaidijamil dan isteri diatas kelahiran cahaya mata kembar perempuan semalam. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yg solehah, taat kepada ibubapa serta menjadi insan yang gemilang suatu hari nanti.. Insyaalah Aaminn amin ya raballalaminn
dayahdaus2014 Alhamdulillah tahniah.rezeki Allah.ramai je sebenarnya yg takde keturunan twins dpt anak twins.tu semua rezeki Allah kan.welcome to the club twins.jom join club kembar
emeldarosemila Congratulations zed, Alhamdulillah rezeki dapat kembar!❤️❤️❤️
Bab hilang atau tercicir barang baik pensil, pemadam mahupun pensil warna sudah menjadi perkara biasa. Ada juga kes tertukar dengan kawan dan sebagainya menyebabkan ibu-ibu pening kerana terpaksa membeli yang baru.
Menerusi perkongsian ibu bernama Zulaikha Ali menerusi laman facebooknya mungkin dapat membantu anda bagi memastikan pensil warna anak-anak tidak hilang lagi. Pensil warna tidak hilang lagi, dalam masa yang sama jimat duit poket ibu-ibu tak perlu membeli yang baru. Jom baca ni
Mak-mak ni kadang nak benda yang menyenangkan kerja dia. Ehehe. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensel kaler anak-anak setiap masa.
Kadang terselit bawah dapur Kadang terselit celah sofa Kadang sampai masuk mesin basuh pun ada
Punyalah merata bersepahnya tu *biasalah anak-anak kecik kan* yang paling haru bila tak sampai berapa hari beli dah kurang 3 batang. Adehhh.
Lagipun tahun depan si abang ni nak masuk sekolah dah (pasti 4 tahun) jadi nak ajar jaga barang sendiri tu mula dengan yang simple-simple dulu. *anak lelaki kot, kalau anak perempuan mungkin boleh harap sikit,hihi*
Lega lepas siapkan benda ni. Lepas ni takde dah sepah-sepah. Paling best takde budak datang mengadu kat ummi kaler pensel dia hilang.
Alatan nak buat semua beli kat Diy je. Step dia pun mudah sangat.
Ikut Panduan ini:
Alatan yang diperlukan
Gam tembak
Pensel warna (ikutla nak yang panjang ke pendek)
Gunting
Tali (macam tali ampai tu, tapi halus je)
Selotape corak
Ring key chain
Step 1 :
• Mula-mula potong dulu tali tu
• Ikutla nak panjang mana
• Ikatkan dekat ring keychain tu kuat-kuat
Step 2 :
• Lekatkan tali kat hujung pensel warna tu guna gam tembak.
• Kalau guna selotape je nanti tali tu boleh cabut
Step 3 :
• Dah siap gam semua tali, buhla selotape corak2 tu bagi lawa sikit. Taknak pun takpe. Nak bagi anak suka je. Hehe.
• Kalau rajin buh la tag nama dia. Yang tu guna kotak Shaklee je. Gunting sikit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di