Sesak nafas mempunyai pelbagai punca. Mereka yang mengalami sesak nafas selalunya akan mempunyai pengalaman yang berbeza.
Akan ada yang mengatakan susah untuk menarik nafas, ada pula yang mengatakan dadanya ditekan kuat hingga menyusahkan ia untuk menarik nafas dan ada juga yang mengatakan dadanya sakit.
.
Berikut adalah antara punca-punca yang menyebabkan sesak nafas :
1. Penyakit jantung koronari
Penyakit jantung koronari atau “acute coronary syndrome” merupakan spektrum termasuk serangan jantung. Ini adalah keadaan di mana saluran darah arteri yang membawa oksigen ke organ jantung sudah terlalu sempit. Apabila saluran ini sempit dan jantung akan rasa sakit. Tahap pertama dalam spektrum ini adalah “angina” di mana sekatan di arteri tersebut masih membenarkan darah berlalu maka anda hanya akan sakit dada tetapi jantung tidak mengalami kerosakan. Serangan atau sakit jantung merupakan tahap terakhir dalam spektrum ini di mana organ jantung akan mengalami kerosakan.
2. “Heart failure”
Fungsi paling penting jantung adalah untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan bahan lain bagi organ-organ di seluruh badan. Ini adalah situasi di mana jantung tidak berada di prestasi yang optimum. Antara tanda yang anda akan alami ialah sesak nafas, batuk, kaki bengkak dan rasa lesu.
.
3. Penyakit asma
Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat. Antara perkara yang boleh menyebabkan asma adalah alahan. Antara perkara biasa yang mungkin punca alahan adalah habuk, bulu binatang seperi kuncing atau anjing, cuaca sejuk, pencemaran udara, senaman, stres.
.
4. COPD
“Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan. Ini menyebabkan sekatan dalam pernafasan dan membawa kepada simptom seperti sesak dan batuk. Penyebab utama ini adalah tabiat merokok tetapi pencemaran udara juga memainkan peranan.
.
4. Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
Dalam jangkitan paru-paru, kuman akan menyebabkan keradangan dalam kawasan alveolar. Keradangan ini akan menyebabkan cecair terkumpul di dalam kawasan tersebut. Alveolar merupakan kawasan pertukaran gas. Apabila ia dipenuhi air, gas oksigen akan lebih susah untuk diserap masuk ke dalam salur darah.
Perkara ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan bernafas dengan lebih laju.
.
5. Pneumothorax
Paru-paru manusia ditutup oleh dua lapisan dan terdapat ruang di antara dua lapisan ini. Pneumothorax adalah penyakit di mana terdapat kebocoran pada lapisan luar paru paru dan menyebabkan udara masuk dan menghimpit paru-paru. Masalah ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Pneumothorax boleh disebabkan oleh kecederaan seperti tikaman atau patah tulang rusuk, penyakit seperti COPD atau terjadi tanpa sebab.
.
6. Tuberculosis (TB)
Ini adalah jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis secara amnya. Kebanyakan jangkitan terjadi di paru-paru tetapi boleh juga membabitkan tempat lain seperti nodus limfa, lapisan otak, tulang, sendi dan bahagian abdomen. Antara gejala individu yang menghidap penyakit TB adalah batuk jangka panjang, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, hilang berat badan, demam, berpeluh pada waktu malam, hilang selera dan lesu.
.
7. Kanser paru-paru
Kanser paru-paru mempunyai banyak gejala yang sama dengan penyakit TB dan imbasan x-ray boleh membezakan antara kedua-dua penyakit ini dan jika tidak, terdapat pemeriksaan lain yang boleh dibuat. Antara faktor yang memberi risiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah merokok, pendedahan kepada asbestos dan pencemaran udara.
.
8. Pulmonary embolism
Ini adalah keadaan di mana terdapat darah beku di saluran darah pulmonari arteri. Antara faktor yang menaikkan risiko penyakit ini adalah kanser dan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama seperti mana berlaku apabila seseorang patah kaki.
.
9. Alahan
Alahan boleh menjadi penyebab penyakit asma tetapi terdapat juga alahan yang membawa kepada situasi berbahaya iaitu “anaphylaxis”. “Anaphylaxis” amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Simptom termasuk sekatan nafas, bengak bibir dan tekak, tekanan darah rendah dan ruam yang gatal.
.
10. Sakit tulang rusuk
Jika terdapat kecederaan ke tulang rusuk, rasa sakit akan akan menyebabkan anda tidak menarik nafas sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa kepada “lung collapse” di mana paru-paru tidak kembung seperti yang sepatutnya.
.
11. Anemia
Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi. Haemoglobin adalah komponen darah yang membawa oksigen. Jika haemoglobin terlalu rendah, anda akan rasa sesak nafas kerana tidak cukup oksigen. Anemia mempunyai banyak penyebab termasuk pendarahan yang berlebihan(contoh adalah haid bagi wanita) dan pemakanan yang tidak mengandungi cukup zat yang diperlukan.
.
12. Penyakit gastrik
Penyakit gastrik iaitu penyakit yang melibatkan penghasilan jus gastrik yang bersifat asid lebih daripada biasa akan menyebabkan keradangan dibahagian perut.
Ini juga akan menjadi salah satu penyebab pesakit merasa sakit dada dan juga sesak nafas kerana saraf yang bersambung kepada kawasan dada dan perut ini adalah berasal daripada saraf yang sama
.
13. Penyakit Gastroesophageal Reflux disease
Dalam penyakit ini, asid dalam perut boleh ditolak balik naik ke saluran esofagus. Perkara ini akan menyebabkan sakit di bahagian dada dan jugak sesak nafas terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan baring.
.
SIMPTOM SESAK NAFAS
• Bernafas laju
• Pernafasan yang berbunyi (wheezing)
• Kuku dan bibir menjadi biru
• Muka menjadi pucat
• Berpeluh dengan banyak
.
UJIAN PENGESANAN
.
Untuk mengenal pasti punca sesak nafas, beberapa pemeriksaan akan dijalankan oleh petugas perubatan. Antaranya ialah :
1. Pengambilan darah: Untuk mengetahui bilangan sel darah, kandungan oksigen dalam darah berserta bacaan protein yang terhasil ketika serangan sakit jantung berlaku
2. X-ray dada: X-ray ini boleh melihat keadaan paru-paru dan juga jantung
3. Elektrokardiogram: Mesin ini dapat mengesan gelombang jantung yang tidak normal
4. Echocardiogram: Pemeriksaan yang menggunakan teknik “ultrasound” untuk melihat degupan jantung dan tisu paru-paru.
.
RAWATAN
.
Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub. Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit.
Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sikap saling tolak ansur dan sentiasa memahami keperluan isteri adalah kunci kebahagian sesebuah rumahtangga. Memberi hadiah kepada isteri, sediakan sarapan serta makan malam dan bercerita hari tua adalah antara yang dilakukan oleh selebriti ini, sejak berkahwin dengan Mawar Abdul Karim. Perkongsian selebriti Fizo Omar menerusi fizoomar.com sungguh sweet untuk dijadikan panduan bersama untuk keharmonian rumahtangga.
Bait-baik lagu Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hal rumah tangga seharusnya diambil serius kerana apabila rumah tangga kita penuh keceriaan, maka hal-hal lain akan menjadi sangat mudah untuk kita uruskan. Kepada para suami di luar sana, walaupun anda penat bekerja, cubalah untuk menjadi romantik kepada isteri anda. Kalau boleh, jadi lebih romantik daripada zaman sebelum alam perkahwinan. Kali ini saya nak kongsi tips untuk membantu golongan adam di luar sana untuk menjadi suami yang romantic. Jom scroll!
Hadiah tidak semestinya yang mahal. Kadang-kadang tu, benda simple sahaja mampu membuatkan isteri kita tersenyum. Contohnya, bila anda pergi ke mana-mana tempat atas urusan kerja, anda boleh belikan pinggan yang ada lukisan tu. Tak mahal pun dan anggap sahaja ianya sebagai satu pelaburan kepada rumah tangga yang bahagia. Tulis la ayat yang romantik sikit atas pinggan tu. Mungkin ada boleh tulis kenapa anda sayangkan isteri si dia. Sweet kan?
Mesti isteri anda cair punyalah. Kalau isteri anda ada kerjaya tersendiri, memang dia akan lebih terharu la. Anda bangun awal sikit, sediakan breakfast dan bawa ke bilik. Kata orang, mulakan hari dengan senyuman. Tak cukup dengan breakfast, dinner pula. Bayangkan dia penat balik dari office dan anda dah sediakan dinner. Confirm dia akan sebak punyalah. By the way, jangan bagi alasan tak tahu masak sebab buku resipi banyak, di internet pun penuh. Nak masakkan untuk Madame Rose lah malam ni.
Sambil menikmati makan malam tu, tak salah untuk anda tanya tentang rutin harian si isteri. Mana tahu isteri anda stress dengan kerjanya pada hari tersebut. Tetapi bila anda masak untuk dia, ambil berat tentang rutin harian dia, terus dia akan rasa lebih dihargai. The sense of belonging is there and that will make her appreciate you even more. Jika anda boleh tolong dengan masalah yang si dia hadapi, cuba sehabis baik. Beritahu si dia yang anda akan sentiasa menyokongnya walau dalam apa sahaja keadaan pun.
Tidak kisah sama ada anda sudah mempunyai anak mahupun belum ada rezeki lagi, percutian pendek adalah perlu. Sebab apa? Waktu bercuti lah anda boleh hilangkan segala tekanan di tempat kerja. Bukan selalu kan? Plan dengan rapi berkenaan tarikh dan hari yang sesuai dan saya pasti, ikatan kasih sayang antara anda, isteri dan anak-anak akan semakin rapat. Lagipun sekarang pakej percutian ada banyak dan murah-murah belaka.
Secara psikologi, pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga akan cepat tersentuh apabila isu hari kemudian dibincangkan. Mana tidaknya, kita akan dapat gambaran dan perasaan yang perkahwinan kita akan kekal sehingga ke anak cucu, InsyaAllah. Antara topik yang relevan untuk dibincangkan adalah seperti aktiviti harian yang akan dilakukan bila anak-anak kita duah mempunyai keluarga sendiri. Contohnya nak pergi sky diving bila dah bersara hehe. Romantik habis lah! Boleh menitis air mata.
Macam mana bro? Semangat sikit tak nak ajdi romantik selepas baca artikel ni? Mudah kan nak jadi suami yang romantik? Untuk langkah pertama, anda boleh ke dapur dan tengok barang basah yang ada dalam peti ais tu. Mana tahu boleh masak ikan tiga rasa untuk dinner hari ni.
Penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora yang selamat melahirkan anak keduanya pada 25 Januari lalu berkongsi nama anak keduanya.
Menerusi Instagramnya, Lesti dan suaminya, Rizky Billar memuat naik sekeping gambar si comel kesayangan yang sudah pun diberikan nama yang cukup indah iaitu, Leshia Tivana Billar.
“Halo Uncle/onty perkenalkan nama aku “Leshia Tivana Billar”,” kongsinya.
Malah kata Billar sendiri, nama indah itu dipilih bersempena nama ibunya, Lesti.
“Btw nama aku diambil dari Nama Bunda Lesti, Les-nya Leshia dan Ti-nya Tivana.
“Om sama uncle boleh panggil aku Leshia aja atau Adik Leshia juga boleh hehe,” ujarnya menerusi kapsyen.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Billar turut memuat naik sekeping gambar Leshia yang memiliki raut wajah yang cukup comel sekali.
Wajahnya putih mulus dan gebu malah memiliki mata yang bundar yang cukup comel.
Meninjau diruangan komen rata-rata bayi kesayangan Lesti dan Billar itu dipuji kerana memiliki raut wajah yang cukup comel.
Lesti dan Billar juga turut sama mengadakan majlis aqiqah buat bayi kedua mereka itu. Pasangan ini tampil sedondon cantik dengan busana berwarna putih bersih.
“InsyaAllah sihat selalu dan menjadi anak yang solehah ya nak,” tulisnya.
Untuk rekod, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Perbezaan usia sehingga 54 tahun tidak menjadi penghalang buat Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 28, untuk memilih pengamal perubatan Islam, Mokhtar Mohamed, 82, sebagai pasangan hidupnya.
Wan Nor Fatihah yang sebelum ini dikenali sebagai ‘gadis api misteri’ mengakui dia dan suaminya sering disangka sebagai datuk dan cucu apabila muncul di khalayak ramai.
“Beza umur 54 tahun, orang gelar kami datuk dan cucu,” katanya.
Wan Nor Fatihah merupakan anak kedua daripada empat beradik dan cucu kepada Zainab Sulaiman, 88, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab.
Keluarganya pernah menjadi perhatian masyarakat sekitar tahun 2012 hingga 2020 selepas mendakwa berlaku kejadian api misteri di kediaman mereka di Kampung Kubang Terap, Melor dan Penambang.
Wan Nor Fatihah kembali menjadi perhatian selepas memilih Mokhtar Mohamed sebagai suaminya. Mokhtar merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang dikenalinya ketika dia sedang berikhtiar mendapatkan rawatan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 24 Jun lalu selepas berkenalan selama kira-kira dua tahun.
Menurut Wan Nor Fatihah, perkenalan mereka bermula ketika dia berusaha mendapatkan rawatan selepas beberapa kali diuji dengan kejadian api misteri di rumah keluarganya.
“Saya mengenali suami ketika ikhtiar untuk mengubati penyakit selepas beberapa kali diuji dengan misteri kemunculan api di rumah kami walaupun sudah berpindah dari Melor ke Penambang,” katanya.
Wan Nor Fatihah mengakui keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih berusia pada awalnya tidak dipersetujui oleh nenek serta beberapa ahli keluarganya.
Mokhtar Mohamed merupakan seorang duda selepas isterinya meninggal dunia pada Februari lalu.
Namun selepas meneliti segala pertimbangan, Wan Nor Fatihah percaya Mokhtar ialah individu yang paling memahami segala pengalaman pahit serta cabaran yang pernah dihadapinya. Faktor itu menjadi antara sebab utama dia menerima lamaran suaminya.
Sebelum ini, Wan Nor Fatihah pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun sebelum berakhir.
Kini Wan Nor Fatihah menetap bersama suaminya di Kampung Chat, Bachok. Mokhtar pula mempunyai tujuh orang anak yang berusia antara 42 hingga 61 tahun.
Mengimbas kembali pengalaman lalu, Wan Nor Fatihah berkata bukan mudah untuk berdepan dengan pelbagai tanggapan masyarakat susulan kejadian api misteri yang pernah berlaku kepada keluarganya.
Malah, terdapat segelintir pihak yang mendakwa dirinya mengalami masalah mental akibat kejadian tersebut.
“Sebelum ini ramai yang beranggapan saya mental dan sebagainya disebabkan kejadian api misteri tersebut. Bukan mudah untuk saya lalui situasi berkenaan.
“Alhamdulillah, kehidupan saya kini lebih baik di samping suami. Tentang perbezaan usia, itu hanya perkara kecil walaupun kami sering digelar cucu dan datuk bila muncul di khalayak ramai,” katanya.
Bagi Wan Nor Fatihah, perbezaan usia bukan ukuran utama dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga. Apa yang lebih penting ialah memiliki pasangan yang mampu memahami, memberikan sokongan dan sentiasa berada di sisi ketika melalui saat-saat sukar dalam kehidupan.