Penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora yang selamat melahirkan anak keduanya pada 25 Januari lalu berkongsi nama anak keduanya.
Menerusi Instagramnya, Lesti dan suaminya, Rizky Billar memuat naik sekeping gambar si comel kesayangan yang sudah pun diberikan nama yang cukup indah iaitu, Leshia Tivana Billar.
“Halo Uncle/onty perkenalkan nama aku “Leshia Tivana Billar”,” kongsinya.
Malah kata Billar sendiri, nama indah itu dipilih bersempena nama ibunya, Lesti.
Ads
“Btw nama aku diambil dari Nama Bunda Lesti, Les-nya Leshia dan Ti-nya Tivana.
“Om sama uncle boleh panggil aku Leshia aja atau Adik Leshia juga boleh hehe,” ujarnya menerusi kapsyen.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Billar turut memuat naik sekeping gambar Leshia yang memiliki raut wajah yang cukup comel sekali.
Ads
Wajahnya putih mulus dan gebu malah memiliki mata yang bundar yang cukup comel.
Meninjau diruangan komen rata-rata bayi kesayangan Lesti dan Billar itu dipuji kerana memiliki raut wajah yang cukup comel.
Lesti dan Billar juga turut sama mengadakan majlis aqiqah buat bayi kedua mereka itu. Pasangan ini tampil sedondon cantik dengan busana berwarna putih bersih.
“InsyaAllah sihat selalu dan menjadi anak yang solehah ya nak,” tulisnya.
Untuk rekod, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Bersyukurlah kita duduk di rumah bersama anak-anak. Sebaliknya barisan frontliner kini bekerja tanpa rehat demi memastikan pesakit dijangkiti mendapat rawatan segera.
Malah melalui perutusan Perdana Menteri petang tadi, kakitangan perubatan secara kontrak akan ditambah untuk mengatasi kekurangan frontliners ini.
Dalam pada itu, seorang doktor melalui perkongsiannya, menasihati supaya para frontliners menjaga keselamatan diri ketika melakukan rawatan ke atas pesakit yang dijangkiti virus bahaya ini.
Ikuti perkongsiannya.
Bagi seseorang yang sentiasa pantas nak menyelamatkan pesakit, nak abaikan perasaan sebegitu adalah sukar.
Berkali-kali kami berpesan kepada doktor muda yang mengendalikan pesakit Covid di ICU;
“Pastikan pakai PPE sebelum attend pesakit. Selagi PPE takde, jangan fikir nak dekat dengan pesakit.
Tak mengapa pesakit tak stabil. Tak mengapa nadi mereka memuncak. Tak mengapa tekanan darah mereka jatuh ke lantai. Yang penting kamu mesti lindungi diri terlebih dahulu sebelum menyelamatkan mereka.”
Mantra sama saya ulang-ulangkan.
“Tapi sementara nak sarung PPE, patient boleh bradycardic sampai asystole (jantung memperlahan sampai terhenti). Cytokine surge boleh terjadi terlalu cepat. Saya tak sanggup tengok!” jawab MO saya.
Ya. Dia masih trauma mendengar raungan anak pesakit di telefon yang dalam kuarantin, tatkala dia sampaikan khabar ayahnya di ICU baru saja meninggal dunia.
Sepanjang hayat saya, inilah pandemik pertama yang saya saksikan.
Ia pengajaran yang besar.
Untuk doktor yang dah biasa dahulukan pesakit dalam segala hal; sampai tak kisahkan rehat, atau makan minum, sanggup tahan buang air. Nak biarkan pesakit mati didepan mata semata-mata nak sarungkan perlindungan lengkap terlebih dahulu adalah sesuatu yang sukar diterima akal.
Bak ibu yang menyaksikan saat-saat anaknya bakal dilanggar kereta, si ibu memang takkan fikir dua kali, dia sanggup mati demi nak selamatkan anaknya.
Tapi ini pandemik. Tiada kecemasan dalam pandemik. Prioriti melindungi yang sihat lebih tinggi dari menyelamatkan yang sakit.
Tak mudah nak terima hakikat ini para doktor sekalian. Kita sama-sama belajar ya.
Pasti ada di kalangan kita yang pernah melalui pengalaman waktu kecil dulu disuruh ibu atau bapa untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran. Pengalaman yang dilalui ketika itu, cukup meriah dirasakan. Apa tidaknya boleh dikatakan setiap hari ada sahaja menu yang ingin dikongsikan bersama jiran-jiran, semuanya saling bertukar-tukar juadah.
Walaupun hakikatnya bukanlah balasan hidangan yang dinanti-nantikan, namun dengan menghidupkan suasana harmoni dengan semangat kejiranan yang kuat seperti itu di bulan Ramadan dapat membuatkan hubungan antara kejiranan sangat baik dan rapat.
Nanti Pulangkan Pinggan
Menerusi perkongsian video dari seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @iqblzmri, telah memuat naik satu video yang cukup menarik perhatian bila seorang kanak-kanak menghantar juadah berbuka kepadanya.
comel je “aah” pastu dia boleh ckp “nanti pulangkan pingan” “pulangkn pingan” alah alah alahh😂😂😂 terigt kecik2 dlu selalu berkongsi juadah berbuka dgn jiran pic.twitter.com/LUzPn3YjmS
Dalam video ini, kanak-kanak lelaki tersebut menghulurkan sepinggan kuih kepadanya untuk dijadikan juadah berbuka. Apa yang menariknya adalah aksi si anak kecil memberi peringatan untuk pastikan pinggan tersebut dikembalikan dengan gaya yang begitu comel dan geram melihatnya.
Berulang kali menyebut “Nanti pulangkan pinggan…nanti pulangkan pinggan” sambil berlari dan melompat dengan nada yang cukup membuatkan pengguna Twitter cukup tertarik melihat video yang dikongsikan.
Tidak kurang juga melalui perkongsian video tersebut ada yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika menghantar makanan kepada jiran semasa bulan Ramadan.
Anak anugerah terindah buat kita pasangan suami isteri dan mereka itu ibarat kain putih dan bergantung kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.
Sebagai ibu bapa yang diberi tanggungjawab yang cukup besar ini, kita kena faham pembentukkan dan cara didikan perlu dilakukan bermula sejak mereka kecil lagi.
Semestinya kita semua impikan anak-anak yang baik akhlaknya, berjaya dunia dan akhirat. Doa kita pasti sentiasa ada mengiringi mereka.
Pun begitu, dalam usaha kita untuk membesarkan anak-anak jangan lupa untuk menitipkan pesanan-pesanan yang membuatkan mereka ingat sampai bila-bila walau ibu ayah sudah tiada di dunia ini.
Hubungan anak dan ibu bapa tidak akan terputus walau salah satunya sudah meninggal. Meski tidak berhubungan secara langsung, anak yang soleh akan dapat mengirimkan doa untuk memberikan ketenangan kepada ibu ayah yang telah tiada.
PESANAN PENTING BUAT ANAK
Bila mak ayah dah meninggal…..
-Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak ayah setiap hari. Sebab dulu mak ayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang.
-Jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak ayah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak ayah di kubur.
-Doakan kebaikan untuk mak-ayah setiap hari.
Ini yang lebih penting untuk kita pesan dan wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengaan amalan sendiri.
Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong ‘top-up’kan.
Dan doa, bacaan Quran dan sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari.
Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.
Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat dan gembira.
Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.
Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.
Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran dan sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana.
Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.
Ingatlah,
Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.
Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.
Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak-anak dan, seorang anak yang telah bapanya kembali ke Rahmatullah .
Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :
‘dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka dan zuriatnya di syurga….’ (Surah Thur, 21).
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.